Selasa, 17 April 2012

bagaimana gula dipecahkan?

Hari-hari manusia makan gula, dan sememangnya gula itu wajib bagi semua benda yang hidup. Sebab, gula ini kandung tenaga. Pemecahan gula akan membebaskan tenga. Dan tenaga ini diguna supaya kita boleh bergerak dan sebagainya. Jadi bagaimana gula ini dipecahkan sebenarnya dalam badan? Jadi sebelum kita masuk tajuk ini lebih dalam, ada sedikit perkara yang nak dikongsikan. Apa yang saya belajar selama ini iaitu tentang gula dan asid amino-ia sudah mentah-mentah menolak idea neo-darwinisme yang mendakwa bahawa penciptaan ini adalah berlaku secara tidak sengaja dan sendirinya "by chance". Namun jika benar-benar kita kaji cukuplah dengan asid amino dan gula asas itu sendiri jelas membuktikan bahawa penciptaan segala makhluk di alam ini bersistem, teratur, yakni ada kuasa yang mengawalnya dan tiap-tiap benda tercipta punyai peranan yang tersendiri.

Jadi, masuk tajuk gula. Gula apabila kita konsume, sel akan cuba tangkap molekul gula ini. Jadi, untuk memudahkan kerjanyamenangkap gula ini masuk kedalam sitoplasma, satu enzim bernama hexokinase akan tambahkan P-fosforus pada gula menyebabkan ia menjadi elektronegatif. Maka, bila sudah elektronegatif, ia akan larut dalam air. ATP merupakan pembekal kepada fosforus dalam proses penangkapan ini. Apabila gula dah masuk ke dalam sel, jadi ia perlu dipecahkan. Maka, di sini dapat kita lihat kecerdikan sel itu untuk menukar bentuk gula tersebut supaya jadi simetri/sama tengah untuk senang dipotong. Langkah pertama sel akan buat ialah hantar enzim fosfofruktoisomerase yang akan cepatkan proses tukar bentuk ini. Jadi sekarang sudah ada bentuk yang sama tengah. Tak cukup dengan itu, nak bagi sama lagi, sel akan hantar satu lagi enzim untuk tambahkan satu lagi fosforus pada hujung molekul gula supaya ia betul-betul jadi simetri sama dua-dua belah.

..bersambung