Ahad, 19 Januari 2014

Resepi Sempoi: Cucur tepung [Bujang sahaja]

Bahan-bahan:

Tepung gandum (tepung lain tak boleh)
Ikan bilis (hati-hati ikan bilis dah mahal)
Kucai
Serbuk kunyit
Bawang besar
Garam
Air
semestinya, minyak masak

Cara-cara membuat:

1. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas besar.
2. Tumbuk ikan bilis sehingga lumat, masukkan ke dalam tepung gandum tadi. Ikan bilis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Lagi banyak ikan bilis, lagi sedap. (1kg boleh cecah RM60 maa..)
3. Potong kucai ikut sedang-sedang, bagi macam rectangle gitu. Masukkan ke dalam adunan tadi.
4. Potong bawang besar halus-halus, dan masukkan ke dalam adunan.
5. Tambahkan serbuk kunyit, untuk bagi warna kekuningan dan kerangupan.
6. Tambahkan air dan kacau sehingga sebati. (jangan terlalu banyak air, nanti terlalu lembik). Air yang banyak mungkin menyebabkan shear stress molekul cucur menjadi rendah menyebabkan viscosity nya yang bertambah, ia tidak lagi menjadi bendalir newtonian. (abaikan.)



7. Adalah lebih baik, dibiarkan seketika adunan tersebut lebih kurang 20 minit.
8. Bubuh minyak dalam kuali, dip fry punya, guna sudu, cedok, dan goreng sampai kuning keemasan. Balikkan. Siap.



9. Hidang bersama teh panas. Masyuk.


Asyik makan maggi saja, cuba yang ini pula. Senang je. Dan yang paling penting, kongsilah dengan member lain sekali. Tak baik kedekut. Heh heh. =)