53 hari lagi berbaki sebelum ramadhan. Ramadhan dinanti, namun pembaikian diri tetap berterusan. Taubat diperbaharui setiap masa. Sebab manusia, tidak dapat lari dari kesilapan dan dosa. Innal insana nasiya. Banyak yang telah dilalui sepanjang bulan Mac ini. Bulan mujahadah, sebab banyak tugasan luar. Mujahadah fizikal dan mental. Pertimbangan prioriti, tanggungjawab, dan melaksanakan hak. Semua ini kena pandai balance.
April dah tak lama, pastinya menjanjikan 1001 misteri dan barangkali sudah beratur cabaran dan dugaan menanti. Nak fikir apa yang kedepan, tak terjangkau. Nak dirisaukan perkara ke depan, kita diajar doa Allahumma auzubika minal hammi wal hazan.
Apa yang kita dapat lakukan pada tika ini, adalah islah dan islah diri. Perbaharui niat, muhasabah dan terus muhasabah. Pesanan para guru, ingat dan hadam. Kesalahan orang lain, kita maafkan dan berlapang dada. Kita marahkan orang lain, kita istighfar. Kita salah, kita mohon maaf dan cuba untuk tidak ulang.
Semakin hari, semakin nampak betapa pentingnya pengahayatan tasawwuf. Tasawwuf ilmu yang bukan semua orang boleh kuasai dan amalkan serentak. Penghayatan dan pembumian tasawwuf dalam diri dan dalam kehidupan mampu kuatkan dalaman seseorang. It keep us going. Going through life.
Kenapa sebut tasawuf pula? Sebab, saya baru nak kenal. Baru nak belajar. Sebab itu ditulis bulan keinsafan. Insaf atas kedaifan diri. Insaf kerana banyak hak saudara lain yang tak tertunaikan. Insaf atas penzaliman diri sendiri sebagai hamba Allah dan ke atas saudara lain.
Kenapa tasawwuf? Kenapa sekarang? Sebab musababnya, baru jumpa sebuah buku namanya qut al-qulub, dalam rak tinggalan lama pensyarah terdahulu. Yang ada cuma jilid ketiga. Perbahasan Tawakkal. Tak mahu ulaspun tentang ini. Perlu ada mursyid agar lebih terpandu.
Ah, satu perkara lagi. Sedang menceburi manhaj imam al ghazali. Rasa nak beli kitab ihya dan mustasfa, walaupun dah labur untuk ashbah nazair. Al ghazali, hebat tak hebat, ulama fiqh, usul fiqh, falsafah, tasawuf, semua beliau kuasai. Ada perbahasan menarik baru terbaca tadi dalam jurnal fiqh. Kupasan yang saya kira mantap dan sedap baca, tetapi rujukannya satu sahaja: ihya'. Satu perbahasan di mana beliau mengemukakan hujah yang 'lain' dari jumhur. Menarik cara al ghazali defend pendapat. Ini pun baca pelan-pelan.
Faham sikit-sikit, boleh lah buat modal tazkirah kalau tiba-tiba diseru.
So, itu saja lah setakat ni. Assalamualaikum.
- insan biasa, daif lagi ta' punya apa2 di dunia.