Memaparkan catatan dengan label Algoritma. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Algoritma. Papar semua catatan

Isnin, 2 Disember 2013

Pengenalan kepada Bahasa Pengaturcaraan (Programming)

Bahasa Pengaturcaraan

Katakunci: | Bahasa pengaturcaraan | syntax | bahasa peringkat tinggi | bahasa peringkat rendah | bahasa mesin Keywords: | Programming language | syntax | High-level language | low-level language | machine language


Suatu bahasa pengaturcaraan adalah suatu bahasa yang direkabentuk khusus untuk menzahirkan bentuk pengiraan yang dijalankan menggunakan komputer. Bahasa pengaturcaraan adalah digunakan untuk menghasilkan sesuatu program yang mengawal kelakuan sesuatu sistem, atau menjalankan algoritma atau juga sebagai satu mod perhubungan sesama manusia.

"Asas kepada komputer bukanlah bahasa pengaturcaraan, tetapi algoritma."

Samalah seperti bahasa manusia, bahawa 'programming language' adalah bahasa komputer; turut memiliki perbendaharaan katanya yang tersendiri, 'syntax' dan 'semantics' bagi mengarahkan sebuah komputer supaya menjalankan sesuatu tugasan. Terma 'programming language' biasanya merujuk kepada bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti BASIC, C, C++, COBOL, FORTRAN, Ada, PASCAL, dan banyak lagi. Setiap satu bahasa ini memiliki set katakunci yang tersendiri dan syntax khas untuk menyusun atur program. 

Seperti bahasa pertuturan manusia, bahasa pengaturcaraan turut mempunyai nahu atau tatabahasanya. Jika tidak disusun dengan betul, komputer tidak dapat memproses arahan-arahan, dan program tidak berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi adalah mudah bagi manusia untuk dibaca dan difahami, akan tetapi komputer sebenarnya hanya memahami bahasa- dipanggil bahasa mesin (machine language) yang terdiri daripada digit-digit. Setiap unit pemproses pusat (CPU) yang berlainan memiliki bahasa mesinnya yang tersendiri. 

Diantara kedua-dua bahasa mesin dan bahasa peringkat tinggi, terdapat satu lagi jenis bahasa yang dikenal sebagai 'assembly language' atau bahasa pemasangan. Bahasa ini sama seperti bahasa mesin, tetapi ianya lebih mudah untuk diprogramkan kerana ia membenarkan programmer untuk menggantikan nama dengan digit (nombor). 

Bahasa perinkat tinggi: High-level language
Bahasa mesin: Machine language 
Bahasa peringkat rendah: Low-level language/ assembly language

Akan tetapi, apa-apa bahasa sekalipun yang ditulis oleh programmer mestilah ditukar kepada bahasa mesin supaya komputer dapat memahaminya. Terdapat dua cara untuk menterjemahkan bahasa pengaturcaraan kepada bahasa mesin; iaitu 'compiling' atau 'interpreting'. 

"Apakah bahasa pengaturcaraan yang sesuai?"

Bagi menjawab persoalan diatas, ia sangatlah amat baik untuk mengambilkira faktor-faktor ini:
  • Jenis komputer yang akan melaksanakan program
  • Jenis program
  • Kepakaran atau kehandalan programmer itu sendiri 
Sebagai contoh:

FORTRAN: bahasa yang paling baik untuk memproses data bernombor (numerical), tetapi sangat kurang baik untuk program yang besar.

PASCAL: sesuai untuk program yang mudah dibaca dan berstruktur, tetapi tidak fleksible seperti C.

C++: adalah penambahbaikan C dengan mempunyai ciri berorientasikan-objek, akan tetapi tersangat kompleks dan rumit untuk dipelajari.

Contoh bahasa-bahasa pengaturcaraan -online compiler

Lagi bahasa pengaturcaraan -ideone online compiler

Ahad, 1 Disember 2013

Ciri-ciri Wajib pada Algoritma

Ciri-ciri wajib Algoritma: Sequence


Kata kunci: | algoritma | pengaturcaraan | turutan | 
Keywords: | algorithm | programming | sequence |

Suatu algoritma mempunyai suatu bilangan langkah yang tertentu dan sesetengah langkah boleh jadi melibatkan 'pembuat-keputusan' dan pengulangan. 

Mudahnya, algoritma mesti memiliki 3 perkara ini;
  1. Sequence (turutan)
  2. Decision (keputusan)
  3. Repetition (pengulangan)

SEQUENCE (TURUTAN)

Turutan di sini bermaksud setiap langkah algortima tersebut dilaksanakan di dalam susunan yang telah dispesifik-kan. Contoh dibawah menunjukkan algoritma yang menjalankan operasi tambah dua nombor, yang mana dilaksanakan dalam susunan turutan:

Step 1: Input the first number as A
Step 2: Input the second number as B
Step 3: Set Sum = A + B
Step 4: Print Sum
Step 5: End

Di sini saya cuba terjemahkan bertujuan untuk menambahkan kefahaman, dan sesungguhnya, masih belum ada bahasa pengaturcaraan berbahasa Melayu.

Langkah 1: Input nombor pertama sebagai A 
Langkah 2: Input nombor kedua sebagai B
Langkah 3: Set hasil tambah = A + B
Langkah 4: Cetak hasil tambah
Langkah 5: Tamat

DECISION (KEPUTUSAN)

Pernyataan keputusan adalah digunakan apabila hasil akhir sesuatu proses tersebut bergantung kepada beberapa syarat. Sebagai contoh,

if x = y, then print "EQUAL"

Oleh yang demikian, bentuk umum 'if' dapat digambarkan seperti ini:

if condition then process

'Condition' atau syarat dalam konteks ini adalah apa-apa pernyataan yang mungkin menilai sama ada kepada nilai benar dan nilai tidak benar. Seperti contoh sebelum ini, pembolehubah x boleh jadi sama atau tidak sama nilai dengan y. Akan tetapi, ia tidak boleh jadi: kedua-dua betul atau kedua-dua salah. Sekiranya syarat adalah betul, barulah proses dilaksanakan. 

Suatu pernyataan pembuat keputusan dapat ditulis seperti turutan sebegini:

if condition 
      then process1
else process2

Bentuk ini dikenal sebagai if-else construct. Di sini, sekiranya kondisi adalah benar, process1 akan dilaksanakan, kemudian else process2 dilaksanakan. 

Langkah 1: Input the first number as A
Langkah 2: Input the second number as B
Langkah 3: if A =B
         then print "Equal"
     else
          print "Not equal"
Langkah 4: End


Rujukan: Reema Thareja, Oxford Learnings.

Pengenalan kepada Algoritma (asas pengaturcaraan)

Pengenalan Kepada algoritma

Kata kunci: | algoritma | pengaturcaraan | logic |
Keywords: | algorithm | programming | logic |

Secara mudah, algoritma dapat diertikan sebagai prosedur yang telah ditentukan bagi menjalankan sesuatu pengiraan. 

Sekiranya prosedur telah ditentukan secara formal, ia nya kemudian mestilah dilaksanakan dengan menggunakan 'bahasa' yang juga formal, dan bahasa inilah yang disebut sebagai bahasa pengaturcaraan. 

Logik: Algoritma tersebut akan memberikan logik program tersebut, iaitu, suatu perincian langkah-demi-langkah terhadap bagaimana ia dapat sampai kepada suatu penyelesaian.

Umumnya, suatu algoritma menyediakan 'plan' atau kerangka untuk menulis suatu program bagi menyelesaikan suatu masalah tertentu. Ia dianggap untuk menjadi suatu prosedur yang efektif dalam menyelesaikan suatu masalah di dalam beberapa langkah yang telah ditentukan (dirapikan). Begitulah, jika suatu algoritma adalah disusun rapi setiap aturannya, tiada keraguan bahawa ia akan sentiasa menghasilkan penyelesaian dan terjamin sesuatu program berjaya dihentikan (terminated) dengan sempurna.

Algoritma biasanya dan sebilangan besar digunakan untuk mencapai 'software-reuse'. Apabila kita sudah mendapat suatu idea atau blueprint (kerangka plan) untuk menyelesaikan masalah, kita dapat menggunapakainya di dalam mana-mana bahasa yang bertaraf tinggi seperti C, C++, Java dan sebagainya. Bagi menjadikan sesuatu algoritma itu diterimapakai, suatu turutan arahan mestilah memiliki ciri-ciri yang berikut:

Contoh unambiguous

  • Tepat
  • unambiguous (tidak terbuka kepada lebih dari satu intepretasi)
  • Tiada satupun mana-mana arahan berulang 
  • Setelah algoritma berjaya dihentikan (terminated), keputusan yang dikehendaki mestilah dicapai dan berhasil.


Rujukan: Reema Thareja, Oxford Learnings