Memaparkan catatan dengan label Terjemahan buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terjemahan buku. Papar semua catatan

Ahad, 1 November 2015

TEACHING THINKING | Edward De bono

Teaching Thinking (Book) Edward De Bono
Vocabulary


1. Resentment. (Kebencian; rasa geram)

A feeling of displeasure or indignation at someone or something regarded as the cause of injury or insult; pique; irritation.

Suatu perasaan tidak senang atau yang menyebabkan rasa mara terhadap seseorang atau sesuatu yang dianggap sebagai punca kecederaan atau cacimakian; menyebabkan orang berasa marah; merengsakan.

Ayat: Thinking is a most awkward subject to handle. It always involves resenment.

2. Temperament. (watak, sifat)

An individual's character, disposition, and tendencies as revealed in his reactions.

Sifat peribadi, watak, dan kecenderungan sepertimana yang ditonjolkan melalui perbuatannya.

Ayat: The fundamental human thinking operations seem very similar, even though the overlying temperament and behaviour may be different.


3. Sage. (Orang yang bijaksana; bijakpandai)

One venerated for experience, judgment, and wisdom.

Orang yang muktabar, terhormat atas pengalaman, penghakiman, dan kebijaksanaan.

Ayat: I had been led to believe by various sages in the education field that teachers and heads would resent (marah, tersinggung) any attempt to treat thinking as a skill.


4. Innate. (Asli)

Existing naturally or by heredity rather than being learned through experience

Wujud secara semulajadi atau melalui perwarisan; bukan pembelajaran melalui pengalaman.

Ayat: On the contrary, there has been a very positive response, based on a feeling that thinking skill was not quite the same as accumulation of knowledge or innate intelligence.


5. Absurd. (Tidak masuk akal)

Extremely unreasonable, incongruous, or inappropriate

Sangat tidak masuk akal, tidak layak/sesuai atau tidak sepatutnya.

Ayat: It would be absurd to pretend that only newness had value.


6. Eschewing. (Menghindari)

To avoid using, accepting, participating in, or partaking of; to refrain; abstain from

Untuk mengelakkan menggunakan, menerima, menyertai atau mengambil bahagian; menahan diri; menjauhkan diri.

Ayat: I see no reason for eschewing those aspects upon which most people agreed.


7. Intrigue. (Muslihat; tipu daya)

A secret or underhand scheme; a plot.

Suatu rahsia atau skim yang tersembunyi; suatu perancangan muslihat.

Ayat: Above all I wanted to avoid the sort of book which might intrigue the reader.


8. Pompous. (Sombong; angkuh)

Exaggeratedly or ostentatiously dignified or self-important.

Membesar-besarkan dengan berlebihan atau berlebih megah atau megah diri.

Ayat: We would call it 'cognitive studies' but that would be jargon and pompous.


9. Complacent. (Berpuas hati)

Satisfied with the current situation and unconcerned with changing it, often to the point of smugness

Berpuas hati dengan situasi semasa dan tidak mengendahkan akan sebarang perubahan padanya, selalunya ke arah kesombongan.

Ayat: We are complacent.


10. Vague. [vaeg] (Samar-samar)

Not clear in meaning or expression; inexplicit

Tidak jelas maknanya atau zahirnya; tidak terang-terangan.

Ayat: On the surface of the earth, however, most situations are vague, interrelated, subjectively defined, shifting in value and dependant on human whims.


11. Whims. (Tingkah; ragam)

A sudden or capricious idea; a fancy.

Idea yang tiba-tiba, mengejut dan berubah-ubah; bermacam-macam.

Ayat: On the surface of the earth, however, most situations are vague, interrelated, subjectively defined, shifting in value and dependant on human whims.


12. Adoration. (pemujaan)

The act of worship; profound love or regard.

Tindakan memuja, kecintaan yang mendasar.

Ayat: There are three reasons for our adoration of the critical intelligence.


13. Self-Contained. (serba lengkap)

Constituting a complete and independent unit in and of itself.

Mengandungi unit yang lengkap dan bebas di dalam dan padanya (sesuatu).

Ayat: Secondly, critical thinking allows us to work in the comfortable self-contained environment of the available data without having to worry about getting fresh data.


14. Ecclesiastical. [ek-li-sias-ti-kal] (bersifat kegerejaan)

Of or relating to a church, especially as an organized institution.

Berkaitan dengan gereja, terutamanya sebagai sebuah institusi berorganisasi.

Ayat: Thirdly, education was for a long time in the hands of the ecclesiastical authorities who founded most of our elite educational establishments and so established the traditions of education.


15. Edifices. [e-di-fi-ses] (bangunan-bangunan)

A building, especially one of imposing appearance or size

Suatu bangunan, terutamanya yang menonjolkan zahirnya atau saiznya.

Ayat: Critical thinking is of paramount importance in the ecclesiastical world since it is the only weapon against heresy (bid'ah) and deviation and since that world consists of concept edifices which must have internal validity if they are not to collapse.


16. Extol. (memuji dengan keagungan)

To praise highly, lavishly; exalt

Untuk memuji dengan tinggi, keagungan, memperdewakan.

Ayat: We rightly extol scholarship because scholarship is valuable and because scholars are what the system prides itself on producing.


17. Contemplative. (tafakkur, berfikir dalam)

Expressing or involving prolonged thought

Menunjukkan perasaan atau melibatkan di dalam keadaan berfikir panjang.

Ayat: But passive, contemplative thinking - nor matter how subtle (sin. delicate-halus) or acute (perih) - is not the same as generative thinking.


Konsep Archway Affect:

"If a stream of brilliant people go towards an archway, then from that archway will emerge a stream of brilliant people, even if the archway has done no more than straddle their passage."


Konsep Generative Thinking:

"Generative thinking is concerned with bringing things about and solving problems. Generative thinking is practical, creative and constructive. Generative thinking has to deal with the world and take action, even if, the knowledge is incomplete. Generative thinking cannot ask the world to wait while it applies itself in scholarly fashion to generating that sufficiency of knowledge on which action can properly be based."


Kata Untuk Difikirkan Matematik membuatkan kita berfikir, tetapi...:

"Where we can use mathematics it is superb thinking system. But getting to the moon is easier than solving urban poverty, juvenile deliquency or even a simple strike."


Kata Untuk Difikirkan (Edward) Tuhan tidak memerlukan untuk befikir, akan tetapi...:

"God does not need to think: thinking is used only to supplement inadequate knowledge. Too often there is a god-like attitude in education. If only we could increase knowledge then we would throw out doubt, indecision and problems."


Kata Untuk Difikirkan Pendidikan hanya ajarkan pengetahuan, kerana tiada apa lagi yang dapat diajarkan...:

"Education teaches knowledge because there is nothing else to teach. But knowledge is no more a subtitute for thinking than thinking is a subtitute for knowledge."

Analogi Salah tanggap tentang kemahiran berfikir:

"We often mistake fluency and argumentation for thinking skill. Fluency and the power of coherent expression are tools of thinking, not thinking itself. Error-free thinking is not necessarily good thinking, as will be discussed in detail later. Very able pupils usually react to an idea by making an initial judgement ('I like it', 'It will never work', and so on). They then use reason and skilled argument to back up initial judgement. The argument may be flawless, yet the thinking may be appalling beacuse it includes those major perceptual errors of looking at only part of the situations or ignoring the magnitude of effects. We also confuse debating skills with thinking: 'I can prove you wrong, therefore I am right.'"

Ahad, 20 Oktober 2013

KAJIAN LITERATUR: MAQASID SYARI'AH (Part 2)

KAJIAN LITERATUR

CASE STUDY: THE OBJECTIVE OF THE ISLAMIC LAW
KES KAJIAN: TUJUAN (MAQASID) SYARI'AH

12.2 CATEGORIES OF BENEFITS IN ISLAM
12.2 KATEGORI-KATEGORI MASLAHAH DALAM ISLAM

Sebagaimana yang kita telah sebutkan bahawa Imam al-Ghazali mentakrifkan maslahah sebagai sesuatu yang memelihara atau menjaga kepentingan/faedah atau menghalangi kerosakan. Akan tetapi, kepentingan-kepentingan yang diterangkan di dalam Syariah adalah terdiri daripada 3 jenis:

1-[MASALIH MU'TABARAH] atau (Accredited benefits)

Iaitu maslahah yang ditentukan oleh Allah SWT dalam bentuk autoriti kontekstual, daripada hukum syara' yang dapat didapati untuk membuktikan keabsahan/boleh diterima pakai. (Nota tambahan: masalih mu'tabarah adalah maslahah atau kebaikan yang diambil kira oleh syara' dan dibinakan hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu (kebaikan kepada manusia). Contohnya;
  • Maslahah untuk menjaga nyawa manusia -> Hukum Qisas 
  • Maslahah untuk memelihara harta benda -> Hukum memotong tangan pencuri 
  • Maslahah untuk memelihara akal -> Hukum diperundangkan hukuman ke atas peminum arak 

(Salleh Hj. Ahmad 1999:124) 

2-[MASALIH MULGHAT] atau (Nullified benefits) 

Terdapat juga beberapa maslahah atau kebaikan yang mana syari'ah mengabaikannya, kerana ia membawa kepada keburukan dan kesulitan (mafsadah). Nota tambahan: Masalih mulghat adalah maslahah yang dibatalkan oleh syara' dan tidak diberi perhitungan kerana ia menghilangkan maslahah yang lebih besar; contohnya menyerah kalah kepada musuh, maka ia tidak diperhitungkan oleh syara' walaupun di sana adanya maslahah untuk memelihara jiwa mereka yang berperang, tetapi jika maslahah ini dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu memelihara negara dari dijajah oleh musuh dan mensia-siakan kehormatan serta maruah anak watannya, justeru inilah maka Islam mewajibkan berperang menentang musuh. (Ibid 1992:124) 

3-[MASALIH AL-MURSALAH] atau (Unregulated benefits)

Iaitu maslahah-maslahah yang tiada dinyatakan oleh syara' sama ada terdapat peraturan-peraturan tetap untuknya. Dan masalih ini boleh digunakan secara bebas oleh hakim dan ahli fiqh. 

BENEFITS AND THE OBJECTIVES OF SYARI'AH
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN DAN TUJUAN SYARI'AH

Menurut Imam Al-ghazali, masalih atau kepentingan akan menjadi harmoni dan konsisten dengan objektif atau tujuan Syari'ah, kerana tujuan dasar pensyari'atan adalah untuk memelihara kepentingan manusia dan menghapuskan kerosakan (mafsadah). Dengan merujuk kepada prioriti dan keutamaan; para cendekiawan Muslim telah membahagikan masalih kepada 3 bentuk:
  1. Daruriyyat 
  2. Hajiyyat
  3. Tahseeniyyat
Diagram tentang maslahah 

BAHAN BACAAN: ISLAMIC DIVINE LAW OF SHARI'AH
THE OBJECTIVES (MAQASID) OF THE ISLAMIC DIVINE LAW
AUTHOR: Mashad Al-Allaf

Sabtu, 10 Mac 2012

Terjemahan Buku - Ibnu Rusyd

ابن رشد


ابن رشد۱۱۲۶-۱۱٩٨م
هو ابو الولد محمد بن احمد بن رشد، ولد في قرطبة في بيت اشتهر بالعلم والفقه: فكان جده من اشهر اهل زمانه تضليعا في الفقه، وقد ولي منصب قاضي القضاة في الاندلس. وكان والده قاضي قرطبة. درس ابن رشد الشريعة على الطريقة الاشعرية، والفقه على المذهب المالكي. ثم درس الطب والرياضيات والحكمة. وفي عام ۱۱۵۳ م دعاه عبد المؤمن، اول الملك المواحدين، الى مراكش ليعاونه على انشاء معاهد هناك. ثم اتصل بأبناء زهر، من مشاهر الاطباء. ووضع ابن رشد كتاباً في الطب اسماه -الكليات


Terjemahan:
Ibnu Rusyd (1126 – 1197 masihi)[72 tahun]
Beliau adalah Abu al-Walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd, lahir di Cordova (Andalusia) dalam keluarga yang terkenal dengan keilmuan dan mahir dalam ilmu fiqh. Datuknya merupakan tokoh ternama pada zamannya dalam ilmu fiqih; karenanya beliau telah dilantik menjadi qadhi (hakim) di Andalus. Beliau (Ibn Rusyd) mempelajari syariah mengikut landasan Asya’irah dan ilmu feqah mengikut aliran Maliki. Beliau juga mempelajari ilmu perubatan, ilmu matematik, dan ilmu intelek. Pada tahun 1153 masihi, beliau telah dijemput oleh Abdul Mu’min[1]; penguasa Kerajaan Al-Muwahhidun; ke Marakesh bagi membantuny dalam membangunkan pusat-pusat pengajian di sana. Beliau turut berkerjasama dengan Ibnu Zuhr, seorang pakar perubatan terkenal disampingnya beliau menghasilkan sebuah karya mengenai perubatan bertajuk “Al-Kulliyyat”.


وفي مراكش اتصل عن تريق ابن طفيل، بالخليفة ابي يعقوب يوسف عبد المؤمن، الذي كان ذا ثقافة واسعة ومحبا للعلم واهله. وكان هذا الخليفة قد اظهر رغبة امام ابن طفيل، في ان تفسر كتب ارسطو و تلخص لدفع الشك الذي كان يحوم حولها. ولما كان ابن طفيل متقدماً في السن طلب من ابن رشد ان يقوم بهذه المهمة. فأكب على دراسة ارسطو بكل جهد، وكان له علم سابق بفلسفته.

Terjemahan:
Dan di Marakesh beliau turut berhubung baik dengan Ibnu Tufail[2]; yang berkhidmat di bawah khalifah Abi Ya'qub Yusuf Abdul Mu'min [3], yang memiliki pengetahuan luas dan sangat menyangjungi ilmu. Khalifah turut memberi dorongan kepada Ibnu Tufail akan usahanya dalam menafsir banyak buku-buku serta meringkaskannya; bagi menolak hujah-hujah serta tanggapan buruk terhadap perbahasan-perbahasan (dalam analisisnya). Sehinggalah usianya lanjut; maka Ibnu Tufayl memberikan tugas tersebut kepada Ibnu Rusyd sebagai penggantinya. Maka dari situlah Ibnu Rusyd tekun mempelajari bidang falsafah terutamanya dalam pemikiran Aristotle.


وفي عام ۱۱۶٩ م عينه الخليفة قاضياً في اشبيلية. فلخص ابن رشد في هذه السنة ((كتاب الحيوان)) لارسطو. وفي عام ۱۱٨۱ م عينه ابويعقوب قاضيا في قرطبة، وبقي في هذا المنصب مدة تزيد على العشر سنوات، شرح فيها ((كتاب ما بعد الطبيعة)) لارسطو وعدة كتب اخرى. و في عام ۱۱٨۲ م استدعاه الخليفة الى مراكش وجعله طبيبه الخاص، ثم اعاده الى قرطبة بوظيفة قاضي القاضة

Terjemahan:
Pada tahun 1169 Masihi beliau (Ibnu Rusyd) dilantik oleh khalifah sebagai hakim di Sevilla. Tatkala beliau berkhidmat beliau menghasilkan sebuah ringkasan [Nota: Talkhis: Komentar ringkas; Tafsir: Komentar panjang] (tahun yang sama) terhadap buku Aristotle bertajuk “Buku Haiwan [History of Animals]”. Pada tahun 1171 Masihi beliau telah diminta berkhidmat sebagai Hakim di Cordova oleh Khalifah Abu Ya’qub dan berkhidmat di sana selama 10 tahun; dan dalam tempoh tersebut beliau menghasilkan komentar pada karya Aristotle “Potentuality and Actuality –Pent.” dan banyak karya-karya lainnya. Pada tahun 1186 Masihi, Khalifah memanggilnya ke Marakesh untuk berkhidmat sebagai doktor peribadi khalifah dan kemudiannya kembali berkhidmat di Cordova dalam kehakiman.

وبعد وفاة ابي يعقوب خلفه ابنه ابو يوسف الملقب بالمنصور م فلقي ابن رشد في بادئ الامر، ما لقي على يدي والده من خطوة اكرام، واصبح في ذلك الزمان (( سلطان العقول والافكار، لا رأي الا رأيه، ولا قول الا قوله)) الامر الذي اثار حسد الفقهاء والمتزمتين وحقدهم الذين رموه بالكفر و الزندقة. فتمكنوا من قلب الخليفة عليه.

Terjemahan:
Selepas kewafatan Khalifah Abu Ya'qub, jawatan tersebut berpindah kepada anaknya, Abu Yusuf atau dikenali dengan nama Al-Mansur. Pada awal penguasaannya, khalifah masih lagi mengekalkan corak pemerintahan bapanya, namun ia telah bertukar apabila-semua pandangan dan buah fikiran adalah tertakluk kepada pemerintah-tambahan pula iri hati yang berbekas dikalangan ahli fiqh dan golongan ortodoks; menghukumnya sebagai kufur dan pembid'ah. Lambat laun, persepsi ini mendapat tempat di hati khalifah; langsung merubah pandangannya terhadap Ibnu Rusyd.

فنقم على ابن رشد واستجوبه فقهاء قرطبة وقضاتها، وقرروا ان تعاليمه كفر محض، ولعنوا من يقرأها، وقضوا على صاحبها بالنفي. فنفي الى قرية تدعى اليسانة، على مسافة نحو خمسين كيلومترًا الى الجنوب الشرقي من قرطبة. وامر الخليفة بحرق كتب ابن رشد وكتب الفلسفة، وحظر الاشتغال بالفلسفة والعلوم جملة، ما عدا الطب وعلم النجوم وعلم الحساب

Terjemahan:
Maka prasangka itu terpendam lalu, khalifah berbincang dan bermesyuarat bersama para hakim dan ahli fiqh di Cordova tentang perihal Ibnu Rusyd; dan mereka memutuskan bahawa Ibnu Rushd terjatuh kafir-nau’dzubillah-pent.-dan mengeji akan sesiapa yang membacanya (akan tulisan-tulisan Ibnu Rusyd); tetapi Ibnu Rusyd menafikannya. Lantas, beliau dihukum buang negeri; maka beliau pergi ke perkampungan bernama Lucena, jarak sekitar 50 km selatan timur Cordova. Khalifah telah memerintahkan supaya segala tulisan-tulisan falsafah dan ilmu kalam Ibnu Rusyd dibakar, melainkan tulisan beliau dalam ilmu perubatan, astrologi dan matematik sahaja.

__________________

[1] Abd al-Mu'min (1094–1163)seorang berketurunan Muslim Barbar yang menjadi khalifah pertama kerajaan Al-Muwahhidun [sunni] (1130-1163) yang berpusat di Marrakesh (Morocco).

[2] Abu Bakr Muhammad ibn Abd al-Malik ibn Muhammad ibn Tufail al-Qaisi al-Andalusi (1105-1185) dilahir di Granada; merupakan anak murid kepada Ibnu Bajjah. Berkhidmat sebagai pakar perubatan diraja kerana kemahirannyya dalam pembedahan dan autopsi, sehingga persaraannya digantikan oleh Ibnu Rusyd.

[3]Yusuf I merupakan khalifah kedua kekhalifahan al-muwahhidun.

*Rujukan: Kitāb Fasl al-Maqāl wa Taqrīru mā bayna al-syarīah wa al-hikmah min al-ittisol; Abi Al-walid Muhammad bin Ahmad bin Rusyd: Daar al-Masyriq, Beirut.