Ahad, 12 November 2017

Himpunan jawapan merungkai Kebingungan

الجامع الكلام على راد المحتار


هيمڤونن جواڤن مروڠكاي كبيڠوڠن




مصنف



عباد الرحمن الصوفي



BAB PEMBETULAN 6 BULAN
Soalan 1: Maaf nak bertanya, kalau pembetulan major 6 Bulan kena submit softcover lagi ke?

Jawapan: Tidak, terus hardcover.

BAB PROGRESS REPORT
Soalan 2: Al salamualaikum sahabat, saya ada masalah untuk progress report. Sv dah OK. Saya telefon jabatan kata ketua jabatan Dan OK. Tiba2 di pejabat timbalan pengarah nama tak ada. Nak contact dah tutup. Boleh daftar ke. Mohon sahabat bantu.

Jawapan: Bila student buat last minit, Kdg biasa lah ada kelewatan... TPIT dan KJ banyak meeting dan tak mengadap komputer 12 jam di office, so lain kali buat awal awal. Untuk proses progres report...
1)...approval penyelia /penyelia penyelia penyelia dan KJ shj...
2)..Jika penyelia ada KJ, Maka perlu approval TPIT...
3)jika tpit penyelia, Maka perlu approval pengarah
4)jika pengarah penyelia, Maka perlu approval Dekan ips


BAB PROGRESS REPORT CEMERLANG
Soalan: Kalau dua2 sv bg cemerlang tapi napa result keseluruhan blh xcemerlang ya

Jawapan: Ooo ya, report sv tak diambil kira dlm perkiraan lulus atau tak, cemerlang atau tak Sv hanya buat laporan prestasi calon shj.. Rajin ke malas Hanya report pemeriksa.. Kalau pemeriksa bagi cemerlang pun, kita tengok tesis juga...ada calon Profesor selia, seorang syor cemerlang tapi panel tolak (PhD)... Kerana tesis biasa biasa shj

BAB PERUNTUKAN PEMBENTANGAN
Soalan: Assalamualaikum... nk tanya...ijazah tinggi ada tak bagi apa2 peruntukan untuk student master buat pembentangan seminar dlm apa2 konvensyen... syukran...

Jawapan: Wasalam, buat masa ini sudah tidak ada peruntukan lagi, dahulu mmg ada...

BAB MASA YANG SESUAI UNTUK CD
Soalan: Bila masa yg paling sesuai utk CD ya.. Bila dah ada finding?

Jawapan: Cd... Tak lewat drp sem 3 utk ma dan sem 5 utk phd... Skrg dah dibenarkan calon buat PD dan CD dlm satu sem pun, misalnya pd awal sem dan CD akhir sem.. Utk calon phd, nak cd sem 4 pun boleh dipertimbangkan... Tak lewat drp sem 5 (utk calon phd)...tak semestinya kena cd sem 5,awal drp tu pun boleh;
Cd kena buat bila sampai waktu nya, tak kira finding ada atau tak ada... Kalau tak ada, kita akan gagalkan cd dan perlu buat semula, dua kali gagal, Jab boleh gagalkan terus calon

Sabtu, 22 April 2017

Deustche Sprechen Lernen - Baca Artikel



From Berliner Zeitung

Cannabis ist verboten. Trotzdem sollen bis zu 25.000 Berliner in den "Genuss" des legalen Konsumierens kommen:

1) Verboten (sebutan: "ferbot-en); kata sifat ~ dilarang; forbidden

2) Trotzdem (sebutan: "t-ghotz-daem"); kata keterangan ~ walaubagaimanapun; sungguhpun begitu; nevertheless

3) Sollen (sebutan: "z-zollen"); ~ mesti; sepatutnya; be to; be obliged to

4) bis ~ hingga; sampai; until; to

5) zu (sebutan: "tzuw"); ~ kepada; to

6) 25.000 - fünfundzwanzigtausend (sebutan: "fun-fun-zvan-zij-tau-send") ~ dua ratus ribu

7) den (sebutan: "din") ~ the

8) Genuss ~ keseronokan; enjoyment

9) des ~ of

10) Konsumierens (sebutan: "kon-zu-mier-ghen") ~ pengambilan; konsumsi; consume

11) kommen ~ datang; tiba; berlaku; come



"Kanabis adalah bahan larangan. Walaubagaimanapun seramai 25,000 orang Berlin menikmati penggunaannya yang sah menurut undang-undang."

Sabtu, 28 Januari 2017

Koleksi Catatan TGNA - Syiah dan Nasionalis Sekular (2013)

Jika Syiah Menipu, Nasionalis Sekular Apa Kurangnya?

Saya terbaca kenyataan seorang pemimpin sebuah parti politik yang menyebut tentang Syiah. Katanya, ciri utama Syiah ialah menipu. Saya sekadar ingin memberikan respon ringkas sahaja. Jika ciri utama Syiah disebut oleh beliau sebagai menipu, maka nasionalis sekular pun tidak kurang menipu berbanding Syiah. Tidakkah menipu namanya apabila mewar-warkan kononnya berjuang untuk kepentingan agama namun di dalam masa yang sama bekerja untuk membelakangi syariat agama tersebut? Tidakkah menipu namanya apabila bermegah-megah dengan binaan masjid yang banyak dan indah tetapi tidak berusaha mendaulatkan hukum Allah SWT? Sedangkan Allah SWT yang disembah di dalam masjid itu ialah Allah yang sama yang berkuasa di luar masjid? Atau mereka menyembah tuhan yang berlainan di dalam dan di luar masjid?

Hakikatnya, nasionalis sekular lebih hebat menipu berbanding Syiah. Syiah ialah musuh yang sudah muncul sejak berbelas abad. Ciri-ciri akidah mereka telah ditulis dan diterangkan oleh para ulama Sunnah di dalam banyak penulisan. Tinggal lagi, menjadi peranan para ulama untuk memastikan umat Islam tidak terjebak dengan penyelewengan Syiah. Saya tidak menyatakan Syiah tidak bahaya, tetapi saya agak pelik apabila sang harimau tiba-tiba berlagak baik mengingatkan sekumpulan kambing tentang bahaya serigala. Baguslah kalau harimau tiba-tiba ingin menjadi baik, tetapi sekurang-kurangnya bersihkanlah taring dan kuku terlebih dahulu daripada daging mangsa.

Alasan untuk mengingatkan masyarakat tentang bahaya Syiah ialah agar umat Islam tidak berpecah belah. Saya sokong bahawa Syiah tidak wajar wujud di negara ini. Namun dengan meletakkan alasan agar umat Islam tidak berpecah belah menampakkan pemimpin berkenaan masih kabur dalam terang. Benarlah tanpa lampu suluhan akidah yang benar, meraba-rabalah dalam kegelapan sekalipun mata tidak buta.

Manusia hanya boleh bersatu dengan Islam. Bukan seruan kebangsaan yang boleh menyatukan manusia. Usahlah disebarkan khurafat moden bahawa merekalah satu-satunya tempat untuk Melayu bergantung. Sedarkah bahawa dahan yang didakwa kuat itu sedang mereput dimakan anai-anai? Di zaman Rasulullah SAW, bangsa Habsyah dan bangsa Parsi boleh tunduk di bawah naungan Islam dan bukannya seruan kebangsaan. Rasulullah SAW seorang yang berbangsa Arab tidak pernah sesekali menyeru kepada semangat kebangsaan. Bahkan sekalipun bangsa Arab seringkali mendakwa diri mereka sebagai bangsa yang mulia, ia tidak sekali-kali diungkapkan oleh baginda Rasulullah SAW. Inilah yang memikat bangsa lain untuk tunduk kepada Islam.

Jika nasionalis sekular itu benar-benar mahu masyarakat bersatu, campakkanlah ke laut ideologi kebangsaan yang tidak membawa apa-apa manfaat itu. Palsunya seruan yang dilaungkan sehingga bangsa pun tidak pernah dijaga. Kelantan menjadi bukti nyata. Negeri Melayu dipinggirkan dari pembangunan semata-mata kerana kerasukan politik sang harimau yang berpura-pura baik.

Justeru, janganlah mendabik dada diri sangat sebagai pembela Islam dengan menghentam Syiah. Masyarakat sudah bijak untuk menilai bahawa bukannya Syiah yang ingin diserang, tetapi parti lawan yang semakin mendapat sambutan. Jika benar ingin membasmi Syiah, lakukan sahaja tangkapan dan tidak perlu berdolak-dalik. Soalnya, bagaimana ingin membuat tangkapan sedangkan di dalam parti sendiri pun berselindung penganut ajaran sesat. Saya tidak menamakan sesiapa di dalam tulisan ini. Alhamdulillah jika ia boleh difahami dengan baik.

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 7 Safar 1435H bersamaan 10 Disember 2013M

Sumber: Nik Abdul Aziz Nik Mat diakses 28/1/2017; 8:34 PM

Kenyataan Media TGNA (2012)

KENYATAAN MEDIA

Saya dimaklumkan bahawa terdapat bahan-bahan berunsur Syiah yang dipamerkan di Ekspo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada masa ini. Bagi pihak kerajaan negeri Kelantan, saya ingin melahirkan rasa dukacita yang teramat sangat di atas sikap peserta ekspo yang nyata sekali tidak menghormati sentimen umat Islam tempatan yang berpegang dengan akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Justeru, saya telah mengarahkan agar pihak urusetia memastikan semua bahan-bahan ini diturunkan serta merta dengan seberapa segera serta memastikan perkara ini tidak berulang. Saya merakamkan terima kasih kepada semua pihak yang bertindak segera di dalam memaklumkan perkara ini kepada pihak urusetia khususnya serta pihak kerajaan untuk tindakan.

Pada saya, urusan akidah ialah perkara yang tiada tolak ansur.

Salam hormat,

(DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Bertarikh : 28 Rajab 1433 H bersamaan 18 Jun 2012



Sumber: Page facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat diakses pada 28/1/2017 GMT: 8:27 pm

Jumaat, 20 Januari 2017

KAMUS MELAYU SLANGA INTERNET (sehingga 2017)

Ⓒ 2017 Hakcipta Ibadurrahman89
The No.1 Malay Internet Slang Reference

Tags: | Culture | Language | Trends |

Language is beautiful. Human are intelligent creature created by the Almighty with the ability to think and understand words. It is their tool of communication that make up the language. We are created by the Most Merciful as different in looks, skin color, for us to understand and learn from each other so that we become better and better. Language is everything. It can utter destruction and spreading love. Language can be paralleled with living things as well, they can die, live and even extinct. And by that, it means it undergoes change. It grew, expand and enriched, for most of them. By the time, it flourish and upgrading. All this impacted by the culture of it's speakers. How can a man stop such change?

And of course, this also true with Malay language. It formed from ancient time, along with culture affiliations during its development: sanskrit, Arabic, English, Chinese, all of these is undeniable fact that make up what and how Malaysians spoke today. Malay, too, is changing. Whether it is a positive or negative direction, that depends on what your narrative of choice. I can see some linguistic movement (internet movement) attempted to deter several new words (I call this internet slang) that people started to use which not existed 5 or 10 years back, and others try to introduce and promote newer Malay word to catch up with the trends (and also attempt to reduce the internet slang usage).

For example the word "reruai", "swafoto" and so on. And I also found some facebook user (probably a linguist) criticize other people for not using the new words introduced ( I'm not sure whether it is official from authoritative DBP or not because people shared it alot) to substitute English loan words - on the internet. Its seems that they are close to saying: "Hey your language is wrong, and mine is correct!" The latter one is just newly introduced, just barely touched the surface of the deep Internet ocean. Its a good move to make our Bahasa Ibunda great again. But I do believe that the factors which interwoven in modern language is culture, such as sub-culture. By this I mean, what is people thinking and talked about the most in the internet, it quickly adapted into modern language indirectly. Again, "How can a man could stop such change?"

Therefore, for those who interested to know, here are the lists of several Malay internet slangs as 2016-2017. (Note: The lists may not arranged according to alphabetical order)

1. Retis or retiss

Origin: Artis (celebrity)
Date: post-social media; most usage: 2014-2017
Example: "Jangan upload weyh retis sangat."
Rough translation: "Hey, don't upload that, (I felt like) so celebrity."
Note: "weyh" is equivalent to English "Hey"

2. Poyo

This word can be considered ancient, but the status confirmed. I still remember started using this word in late 2000's. Yes, Y2K era.
Origin: Probably from "Beriya-iya" simplified "iya-iya" or "yo-yo"
Meaning: Overreact, show-off, brat, and most identical with "eksyen"
Date: Late 2000's.
Example: "Poyo giler budak tu."
Rough translation: "That boy is a total show-off!"
Note: Giler is originated from "gila" means "crazy" but in usage it means "too" or "much" for amplification. Budak literally means "boy" but in usage can be equivalent to "dude, guy, or youth (irrespective gender)" with affiliation. For example, "Budak U" (University Student), "Budak sains" (Science stream student), Also simplified as "Dak". Example "Dak Wicet" (Weechat kids).

3. Jilake

This word is vulgar word and abusive usage. However, it is widely used as style of writing on social media, to express gangster-masculine style.
Origin: Celaka. Early usage probably from Ayahnda Rani Kulup Fans page
Meaning: Damned, Cursed
Example: "Jilake betul"
Meaning: "Damned!"
Note: Changing to "ji" makes the word more humorous and sarcastic. Please say Astaghfirullah and don't use this word.

4. Kompom or kompem

Origin: Confirm; English loanword
Examlple: Ko kompom ke?
Meaning: "Are you sure/confirm?"


5. Jer or Jerk

Origin: Sahaja, saja, ja. (je) alternatively 'jew' (lesser feminine-style)
Meaning: just that, only. This word is nothing to do with English 'jerk'.
Example: Aku biasa-biasa jer.
Meaning: "I'm just ordinary/so-so"


6. Ko dah kenapa?

Alternative: ko da knape? or ko da npe?
Meaning: What the heck is wrong with you? / wth


7. Siyes

Origin: Serius (Serious)
Example: "Eh ko siyes ke nih?"
Meaning: "Eh, are you serious?"


8. Titew

Origin: Kita (we/us), kite, kitew, titew (cute-style/childish)
Example: "tantek tak titew?"
Meaing: Am I beautiful? (Corrupted form of "Cantik tak kita?")
Even though I wrote as cute-style, this can be tremendously annoying. Seriously. If a guy say this to you, he deserve a mega punch. Having said that, based on my experience and observation, this may be imitation of younger kids which may speak with the "t" sound for every word (early stage to learn language), we called it "pelat" pronounce: pay-lard. I still remember my younger brother's friend who is pelat-spoken during their childhood said: "Tite nak pedi tedai." (Kite nak pergi kedai) "I wanted to go to the shop."

9. Tanjat boboi.

Corrupted form of "Terperanjat boboi." Meaning: "Boboi was startled!"
Boboi is a popular nickname for boys in Malay. A famous Malaysian cartoon named "boboiboy" depicted the usage of the nickname. It is difficult to explain the usage of this word, because its just random. Generally, it expressing the feeling of shocked + relieved.

10. Sila meninggal

Translation: "Please die."
Origin: Popularized by Luqman Podolski's Train to Busan parody (2016)
Example: "Ini dah makan dedak banyak sangat nih. Sila meninggal."
Meaning: "This dude eats animal feed too much. Please go die."
Note: "Dedak" (lit. "animal feed palette") refers to political motivated temporary gain (bait to gain support). "pemakan dedak" refers to hardliner or hardcore of a or extreme political party supporter, some of them political cybertrooper. It is similar to word "macai" (pronounce: mah-char-yee).

11. Untung arr

Translation: approximately ~ "Your'e so lucky."
Origin: Unknown. Possibly post-social media
Usage: To express excitement on other people's achievement.
Situation Example:
A: "Alhamdulillah. Indahnya Istanbul." *mengeposkan gambar hagya sofia*
: "Guys, I'm now at Istanbul" *posting some hagya sofia pic*
Friend of A: "Untung arr..."
: "My, my, you're so lucky..."(to have such vacation)


12. Mereput

Meaning: literally "rot" or "decay". But in use, it may means "boredly" or "going to do something so focus and doesn't care anything else" and usually attached with an activity.
Example: Habislah aku jumpa novel baru. Mereputlah aku sorang-sorang kat rumah.
English translation: Omg. I have found a new novel. I'll rot myself (finishing the novel) at home.

13. Sentap

This is legit word. According to prpm (dewan bahasa), "sentap" is closely related or similar to "sentak". From my opinion, sentap is the action, whereas sentak is the effect.
Meaning: jerk (action), hitch, hoick.
Function meaning: expression for sarcasm.
Usage: post-social media. Primarily popularized by facebook page "Tarbiyah Sentap".
(The list will be updated)

Isnin, 26 Disember 2016

Pembukaan Islam Bumi Andalus (Hispania)

☙{الفَتحُ الإسلَامِيُّ لِلأندَلُسِ}❧

Kempen pembukaan Islam semenanjung Iberia; gerbang selatan barat benua Eropah merupakan operasi ketenteraan terakhir dan paling dramatik pernah dicatatkan oleh bangsa Arab. Peristiwa ini menjadi mercu tanda dan kemuncak perluasan wilayah Afrika-Eropah oleh orang Islam, sepertimana pembukaan Turkestan, menandakan kemuncak perluasan di wilayah Asiatik-Mesir. Ekspedisi ke Sepanyol ini menjadi titik sejarah yang cukup unik dalam catatan sejarah ketenteraan zaman pertengahan di mana dengan kepantasan perlaksanaan dan kecekapan menyempurnakannya - menjadi faktor penting kejayaannya. Reconnaissance pertama telah dilaksanakan adalah pada 710, apabila seramai 400 anggota infantri disusupkan bersama kekuatan 100 ekor kuda, yang kesemua mereka berbangsa Barbar telah dioperasikan.

Tarif Ibn Malik, pegawai kepada Musa Ibn Nusayr, gabenor Afrika Utara yang ditabalkan oleh Umayyah, telah menjejakkan kaki ke semenanjung kecil terletak paling hujung selatan benua Eropah. Semenanjung itu, yang kininya dikenali sebagai Tarifa, iaitu bersempena dengan namanya, dinamakan sebagai Jazirah Tarif. Musa, yang telah memegang jawatan gabenor semenjak 700, telah mencabut kekuasaan Byzantine untuk selamanya dari wilayah selatan Kartagena (Carthage) dan melaksanakan perluasan demi perluasan, sehingga ke Atlantik, menjadikan kelebihan buat barisan Muslimin membentuk point d'appui (titik siapsiaga barisan) sebelum menakluk Eropah. Dengan semangat yang terinspirasi oleh kejayaan Tarif ditambah dengan kemelut yang berlaku dalam kerajaan Visigoth di Sepanyol itu, bersama dengan keinginan yang tinggi terhadap khazanah yang bakal diraih, Musa telah memarakan Tariq bin Ziyad, seorang Barbar yang telah dimerdekakan olehnya, ke Sepanyol pada 711 dengan kekuatan seramai 7,000 anggota yang majoritinya warga Barbar. Tariq telah mendarat berhampiran dengan sebuah batu yang gah, yang mana semenjak itu telah mengabadikan namanya, Jabal Tariq (Bukit Tariq; Inggeris: Gibraltar).



Menurut catatan sejarah, kapal-kapal Tariq Ibn Ziyad ada dibekalkan (separa lagenda) oleh Julian, iaitu bangsawan Ceuta (Count of Ceuta), sebuah negeri yang terletak di benua Afrika yang dipisahkan oleh selat yang hanya seluas 13 batu sahaja dari benua Eropah Andalus [Ceuta, Arab: سبتة "Sabtah" berasal dari perkataan Latin "Septa" bermaksud 'tujuh'. Nama penuhnya adalah "Septem Fratres" yang bermaksud 'Tujuh bersaudara'; merujuk kepada 7 bukit kecil yang terdapat sekeliling bandar itu yang kelihatan seperti adik-beradik; ianya sebuah bandar yang dahulunya dikenal sebagai bandar purba Abyla. Ia juga disebut sebagai "Ad Septem Fratres"]. Dengan bantuan ketenteraan ini, Tariq yang mengetuai angkatan seramai 12,000 orang, bertemu ruas dengan buku tentera Raja Roderick pada 19 Julai 711 di pinggir Sungai Barbate, di persisiran lagun Janda [Sungai kecil ini kini dikenal sebagai Salado. Orang Arab menyebutnya Wadi Bakkah (Lakkah), yang kemudiannya dikorupkan kepada Guadilbeca yang menjadi kesilapan sejarawan merujuknya sebagai Guadelete. Sungai Salado terletak di Tarifah. Untuk rujukan pantas, sila rujuk Battle of Guadelete]. Sejarahnya, Raja Roderick telah menurunkan takhta raja sebelumnya, iaitu anak kepada Wittiza, dan merampas takhta itu. Sungguhpun Roderick memiliki sejumlah 25,000 kekuatan tentera, namun angkatan Visigoth itu cukup terkesan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh seteru politik raja itu, yang dikepalai oleh Uskup Oppas, abang kepada Wittiza. Nasib akhir Raja Roderick pada akhirnya kekal menjadi misteri sehingga ke hari ini tanpa diketahui, dan menurut kedua-dua catatan versi Sepanyol dan Arab masing-masing menyebutkan bahawa dia sekadar hilang begitu sahaja.



Khamis, 22 Disember 2016

Kanji 1: "Aida"



"Aida"

Skrip Hiragana: あいだ

Erti: Ruang; semasa; sewaktu; di antara; sela masa

Contoh ayat:

間に立ってください。
aidani tatte kudasai.
Sila berdiri di tengah-tengah.