Isnin, 3 Disember 2018

Falasi dalam Argumentasi


Sebagai mana yang kita tahu, para ulama falsafah Islam menyebutkan manusia diertikan sebagai 'hayawan natiq' yang bermaksud 'makhluk yang berkata-kata'. Lebih dari itu, manusia merupakan satu-satunya ciptaan Allah SWT yang memiliki 'aql, justeru punyai kapasiti untuk menimbang di antara yang baik mahupun buruk. Dalam penegakan hujah atau argumentasi, seni atau disiplin ini dapat ditelurusi sejarahnya bermula daripada Tamadun Greek. Tokoh-tokoh pemikir atau filosophia ini menjadi rujukan seluruh pengkaji mengembangkan lagi ilmu kalam. Saat kedatangan Empayar Islam ke pentas dunia memperlihatkan keterujaan dan kesungguhan para intelektualnya mengusai bidang ini dan mengharmonikannya dengan nilai-nilai ajaran Islam. Tamadun dunia terhutang budi dengan dunia Islam, manakan tidak, banyaknya buku-buku falsafah Greek Purba itu sampai ke tangan kita hari ini adalah melalui terjemahan-terjemahan intelektual Muslim ke dalam Bahasa Arab. Ibnu Rusyd, Ibn Khaldun, Ibnu Sina, Al-Ghazali, merupakan antara nama-nama gergasi dalam lapangan ilmu kalam. Namun di sini, bukanlah tempatnya untuk berbicara tentang tawarikh ilmu ini. Fokus kita, kembali kepada ilmu mantiq atau ilmu logik itu.

Dunia telah mengecapi zaman Revolusi Industri 4.0. IR 4.0 ini, timbul apabila penggunaan internet yang menjadi sebahagian hidup manusia zaman ini dengan kecanggihan teknologi fiber optik dan tanpa wayar membawa kepada internet semesta (internet of things). Penggunaan media sosial boleh dikatakan telah menempati aktiviti kehidupan manusia pada hari ini. Mungkin sekali, anda yang membaca ini sedang menggunakan peranti gajet sambil menggelungsurkan skrin ke bawah, dan ke bawah. Allah must'aan. Bercakap mengenai penggunaan media sosial, khususnya konteks di Malaysia, kita dapat melihat trend dan pola penghujahan manusia atau netizen. Manusia berbalah dalam bermacam-macam hal sehingga menjadi rancu fikiran kita. Namun, menariknya, tanpa perlu kita membuang masa menyertai perbalahan yang tidak mencambahkan minda, berbalah dalam hal politik, kenegerian, faham-aliran, perkauman dan lain-lain adalah lebih seronok untuk mengkaji cara penghujahan atau argumentasi mereka. Menariknya kita boleh dapati bahawa bentuk penghujahan yang nampak zahirnya benar, akan tetapi ia hanyalah falasi semata-mata. Jadi untuk itu marilah kita mendalami apakah yang dimaksudkan dengan falasi dalam argumentasi. 

Definisi Falasi

Antara analisis terawal berkenaan falasi adalah penulisan ahli fikir Greek iaitu Aristotle yang berjudul: "On Sophistical Refutations". Falasi secara umumnya merupakan ralat dalam penaakulan. Ianya boleh ditakrifkan sebagai: penghujahan yang tidak terpakai yang tampak sah pada pandangan pertama. Analisis yang tajam diperlukan untuk menapis dan menalar dalam penghujahan mengapa dikatakan ta'akulan itu tidak sah. 

Psychology of Ignorance According to Al-Ghazali


It is not blameworthy for being ignorance, unless knowing yourself, being humble, and have a faith to learn, ready to abandon asobiyyah* and prepared to embrace the truth.

The one of which blameworthy – is the type of ignorance; merely a disease which ruins the ummah, harming the Islamic teachings when, an ignorant people do not realize their state of being ignorance. They are not willing to learn, or listen or even think. This type of people, has the biggest probability to enter hellfire because Allah SWT has mentioned in Al-Quran that most of the inhabitants (of hellfire) is people who was in dunya are lazy enough to listen and to think.

Allah SWT mentioned in Al-Qur’an:

“They (the inhabitant of the hellfire) said: “If had we wanted to listen and to think, surely we will not end up as the inhabitant of sa’ir” (Al-Mulk:10)

Al-Ghazali explained that, psychologically, the ignorance of ordinary people, means to follow blindly the scholars or leaders. Taqlid, however is not blameworthy, as it is practiced within the boundary of syara’. But not the other kind of ignorance – which rooted with asobiyah sentiment. This kind of ignorance hold to unwritten principle:

“Anyhow, my groups/affiliation must be always right. My leaders spoke nothing except the truth. Even though it might seem as wrong or weak, we should husnudzon first, as we may are the one who not understand just yet.”

When a person infected with blind asobiyyah up to this level, the cure and the probability of getting guidance is may no longer effective against these people, compared to the ignorance of a lay person which still have the sense of insof in their self.

Al-Ghazali said:

“The majority of the ignorance that shelter within the hearts of ordinary people is due to fanaticism, asobiyyah towards a group of juhala ahl al-haqq that enlights truth and viewing their weak opponent with shaming eye. Therefore, their soul tumbles and tends to dispute and oppose, and by that time, false belief harbours to their soul. And this make difficult for the gentle scholars to remove them but the destruction is crystal-clear.” (Al-Iqtisad fi al-I’qtiqad)

May Allah SWT protect us from our own nafs that always covered with the robe of piety.

-Translated from Muafa

Footnote
*
 Means to support one's nation/tribe/affiliation with oppression



Jumaat, 9 November 2018

Ashbah Wa Al-Naza'ir Jalaluddin al-Suyuti- Catatan dan Terjemahan


بسم الله الرحمن الرحيم وبه نستعين ، وصلى الله على سيدنا محمد وآله وسلم ، نحمدك يا من تنزه في كماله عن الأشباه والنظائر ، وتقدس في جلاله عن أن تدركه الأبصار ، أو تحيط به الأفكار ، أو تعزب عنه الضمائر ، وتأزر بالكبرياء وتردى بالعظمة ، فمن نازعه واحدا منهما فهو المقصوم البائر ونشهد أن لا إله إلا أنت وحدك لا شريك لك شهادة يلوح عليها للإخلاص أماير ، وتبهج قائلها بأعظم البشائر ، يوم تبلى السرائر ، ونشهد أن سيدنا محمدا عبدك ورسولك أفضل من نسلته من ظهور الأماثل وبطون الحرائر ، وأرسلته لخير أمة أخرجت للناس ; فهديت به كل حائر ، ومحيت به مظالم الجاهلية ، وأحييت به معالم الإسلام والشعائر . وواعدته المقام المحمود وشفعته في الصغائر والكبائر ، وكم بين شرائع دينك القويم ، حتى ورثها من بعده أولي البصائر ، صلى الله وسلم عليه وعلى آله وصحبه ذوي الفضل السائر ، صلاة وسلاما نعدهما يوم القيامة من أعظم الذخائر ، دائمين ما سار الفلك الجاري ودار الفلك الدائر .
Terjemahan:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, [وبه نستعين] kepada-Nya Kami memohon pertolongan; perkataan [وبه نستعين] di dalam Ilmu bahasa Arab [بلغة], ia disebutkan sebagai adawat al-hasr [أدوت الحصر] iaitu didahulukan maf’ul bihi [مفعول به] daripada ma’mul [معمول]. Tujuan adawat al-hasr ini adalah bagi menunjukkan bahawa Allah SWT sahajalah yang menjadi tempat untuk meminta pertolongan. Yakni, bersifat ekslusif, tidak ada selain daripada-Nya. Sekiranya ayat tersebut tidak ditaqdimkan maf’ul bihi (Allah) iaitu: [نستعين به] ia tidak lagi membawa maksud eksklusif, akan tetapi ia menjadi apa sahaja (selain Allah) yang dijadikan tempat memohon pertolongan, sedangkan sememangnya kita bermaksud hanya Allah tempat memohon pertolongan. Contoh lain penggunaan adawat al-hasr ini adalah seperti: [إياك نعبد] [والله أرجوا] dan [إنما يغشى الله من عبده] yang mana dapat dilihat didahulukan maf’ul bihi daripada ma’mul. Dan selawat serta salam ke atas sayyidina Muhammad dan ahli keluarga baginda. Kami memuji ke atas Engkau yang Maha Suci dengan segala kesempurnaan-Nya dari sebarang persamaan dan penyerupaan (makhlukNya). Jika dilihat di sini, Al-Imam Al-Suyuti menggunakan perkataan [الأشباه والنظائر], akan tetapi ianya adalah dari sudut bahasa, bukan dari sudut fiqh. Ia merupakan isyarat kepada pembaca bahawa inilah topik yang akan diperkatakan secara panjang lebar pada bahagian seterusnya. Penggunaan ini diumpamakan seperti khatib yang menyebut beberapa 'alamat kepada tajuk perbahasan khutbah sekadar beberapa kalimah sahaja agar: (1) ma'mum yang mendengar akan pantas memahami isi perbahasan yang akan disampaikan tanpa si khatib perlu menyebut: "Hari ini khutbah yang akan dibicarakan adalah...." (2) menarik minat pendengar atau dalam konteks ini pembaca. [الأشباه والنظائر] di sini merujuk kepada sebarang penyamaan dengan sifat makhluk - Maha suci Allah SWT - sebagaimana firman-Nya [لَيْسَ كَمِثْلِهِۦ شَىْءٌ ۖ] Surah Al-Syura, 42:11. Maha Suci akan ketinggian-Nya sehingga tidak tercerap oleh sebarang penglihatan, atau yang dapat ditanggapi oleh sebarang fikiran, yang kata namaNya itu tidak terpisahkan, maka sesiapa yang (menyandarkan dirinya) dengan kedua-dua sifat ini, maka dia telah merendahkan (menghinakan dirinya). Dan kami bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau yang Maha Esa, tiada sekutu bagi Engkau, kepada Engkaulah persaksian yang ditiupkan bersama sinar keihklasan, yang menggembirakan sesiapa yang menyebutnya dengan khabar-khabar gembira, pada hari yang menampakkan segala rahsia. Dan kami bersaksi bahawa Sayyiduna Muhammad pesuruhMu dan RasulMu, dari sebaik-baik keturunan, sebaik-baik teladan, dan (lahir) dari perut yang mulia, dan Engkau mengutuskannya kepada sebaik-baik umat manusia, maka Engkau hidayahkan melalui (kedatangannya) bagi (manusia) yang kebingungan, Engkau menghapuskan melalui (pengutusan) nya akan para penindas, dan Engkau memadamkan kezaliman-kezaliman para Jahiliyyah, dan Engkau menghidupkan tunjang-tunjang Islam dan syiar-syiarnya, dan Engkau menjanjikan kedudukan yang terpuji dan memberi syafaat kepada (yang berbuat) dosa-dosa kecil dan (yang berbuat) dosa besar. Dan betapa banyaknya telah (datang) keterangan-keterangan syariat-syariat agamaMu yang kukuh, sehinggalah mewariskan kepada (pewaris) yang [أولي البصائر] bijak pandai, selawat serta salam keatas baginda dan ke atas ahli keluarganya, para sahabatnya yang memiliki sebaik-baik kemuliaan. Selawat serta salam kami perkirakan kepada keduanya sehinggalah hari kiamat, dan (selawat) berterusan selagi mana bergeraknya planet pada orbitnya dan berputar planet (mengelilingi orbitnya). 


أما بعد : فعلم الفقه بحوره زاخرة ، ورياضه ناضرة ، ونجومه زاهرة ، وأصوله ثابتة مقررة ، وفروعه ثابتة محررة . لا يفنى بكثرة الإنفاق كنزه ، ولا يبلى على طول الزمان عزه . أهله قوام الدين وقوامه ، وبهم ائتلافه وانتظامه ، هم ورثة الأنبياء ، وبهم يستضاء في الدهماء ، ويستغاث في الشدة والرخاء ، ويهتدى كنجوم السماء ، وإليهم المفزع في الآخرة والدنيا ، والمرجع في التدريس والفتيا ، ولهم المقام المرتفع على الزهرة العليا ، وهم الملوك ، لا بل الملوك تحت أقدامهم ، وفي تصاريف أقوالهم وأقلامهم ، وهم الذين إذا التحمت الحرب أرز الإيمان إلى أعلامهم ، وهم القوم كل القوم إذا افتخر كل قبيل بأقوامهم :
بيض الوجوه ، كريمة أحسابهم شم الأنوف ، من الطراز الأول
Terjemahan:
Amma ba’du [أما بعد]. Dalam bahasa Arab, kalimah ini dinamakan sebagai bara’atul istihlal [براعة استهلال] iaitu kata pemisahan di antara pujian kepada Allah SWT dan selawat ke atas Rasulullah SAW dengan perbahasan. Setelah amma ba’du, ia memberi isyarat kepada pembaca bahawa penulis telah mula membicarakan isi perbahasannya. Amma ba’du merupakan sunnah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan diikuti oleh para sahabat apabila berkhutbah atau membuat pengucapan. Maka adalah sangat besar pahalanya apabila kita mengikuti sunnah ini. Kita juga dapat lihat, di sini Al-Imam Al-Suyuti membuka tirai perbahasannya dengan menerangkan tentang fiqh. Katanya: Maka (ketahuilah bahawa) lautan ilmu fiqh adalah samudera yang luas, dan (umpamanya) taman yang berwarna warni (dengan segala macam bunga-bungaan yang cantik), dan (umpamanya) bintang-bintang yang bergemerlapan, dan usulnya adalah pasak yang mengakar (dan) mencengkam kuat, dan furu’nya (dahannya) tumbuh membiak-biak. Tidak akan fana (musnah, hancur) (sungguhpun) begitu banyak produk [الإنفاق] dikeluarkan dari perbendaharaannya (maksudnya: walaupun banyak digali hukum-hukum menggunakan ilmu fiqh, namun ia tidak mengurangi khazanah ilmu fiqh bahkan semakin mekar berkembang). Dan ke’izzahannya (kemuliaan) (ilmu fiqh) tidak akan pernah terjejas sungguhpun berlalunya peredaran masa. Ahli-ahlinya (para fuqaha’) adalah tiang-tiang (pendiri) kepada agama dan agama ditegakkan oleh (mereka), dan disebabkan mereka, (ramai manusia sama ada) menjadi rosak atau menjadi teratur. Mereka adalah pewaris para nabi-nabi. Dan dengan merekalah menjadi penyuluh kepada orang-orang yang dalam kegelapan, dan menjadi tempat dipinta pertolongan sama ada masa sukar atau lapang. Dan mereka itu memberi petunjuk umpama bintang-bintang di langit, dan kepada mereka tempat berlindung (dari dosa dan azab kerana mereka memberikan petunjuk hukum dalam agama) di dunia dan akhirat, dan sumber rujukan dalam pembelajaran serta fatwa-fatwa. Dan bagi mereka kedudukan (maqam) yang tertinggi. Mereka (fuqaha’) adalah para raja (majazi), tidak, bahkan para raja (haqiqi)(maqamnya) terletak di bawah telapak kaki mereka (dari sudut darjat keilmuan, kerana para raja pun akan mengambil nasihat dan fatwa mereka), disebabkan ketajaman (artikulasi) kata-kata mereka (fatwa) dan tulisan-tulisan mereka. Dan mereka adalah orang-orang yang apabila terjadinya peperangan, mereka menyelimuti iman di bawah panji-panjinya, dan mereka adalah sekelompok manusia (yang menjadi kebanggaan sesuatu kaum dengan keberadaan mereka) sebagaimana kebanggaan suatu kabilah itu dengan keturunan mereka yang mulia (melalui syai’r):
“Wajah yang putih, keturunan yang mulia; hidung-hidung yang menghirup bauan, dari sulaman yang pertama (generasi awal)”
Maksud sya’ir: Kabilah terdahulu memuji keturunan yang baik dari sudut paras rupa dan keturunan mulia yang ada pada kabilah mereka.

Isnin, 5 November 2018

Tarikh Wafat Ulama Islam (6/11/2018)


Direktori Kitab: Al-Dzakhirah - Al-Qarafi

Nama Kitab: Al-Dzakhirah (الذخيرة)
Nama Penulis: Ahmad Bin Idris al-Qarafi Syihab Al-Din
Tahun Lahir Penulis: 626 H
Tahun Wafat Penulis: 684 H
Tempat Wafat: Qahirah, Mesir
Guru: 'Izz al-Din 'Abd al-Salam
Mazhab: Malik
Pengiktirafan: Imam Usul Fiqh, Imam Usuluddin (Al-Zahabi)
Jilid/juzu': 14
Kandungan:
الجزء الأول : الطهارة
الجزء الثاني : الصلاة - الصيام
الجزء الثالث : الزكاة - الجهاد
الجزء الرابع : الأيمان - النكاح
الجزء الخامس : البيوع - الإجارة
الجزء السادس : الجعالة - الوقف
الجزء السابع : الوصايا - الشفعة
الجزء الثامن : الوكالة - الغصب والاستحقاق
الجزء التاسع : تابع الغصب والاستحقاق - الإقرار
الجزء العاشر : الأقضية - الوثائق
مجلد 11الجزء الحادي عشر : الدعاوى - أمهات الأولاد
الجزء الثاني عشر : الجنايات - الجراح
الجزء الثالث عشر : الفرائض والمواريث - الجامع
الجزء الرابع عشر : الفهارس العامة

Direktori Kitab: Al-Muhalla - Ibn Hazm

Nama Kitab: Al-Muhalla
Maksud Nama Kitab: "Yang dipermanis"
Nama penuh Kitab: Al-Muhalla bi al-Athar (المحلى بالآثار)
Nama Penulis: Ibn Hazm
Nama Penuh Penulis: 'Ali Bin Ahmad Bin Sa'id Bin Hazm Al-Andalusi Abu Muhammad
Asal: Cordova, Khilafah Qurtuba
Tempat wafat: Seville (Ishbilya)
Tahun Lahir: 384H / 944 M
Tahun wafat: 456H / 1064 M
Jilid/juzu': 12
Mazhab: Zahiri
Kategori/Genre: Fiqh Zahiri
Era: Al-Andalus/Umayyah
Jenis: Syarah kepada Al-Mujalla (kitab yang telah hilang dalam lipatan sejarah)
Kitab setaraf: Al-Mughni, Al-Sunan al-Kubra, Al-Tamhid
Kandungan:
Juzu' 1: Al-Tahud, Masa'il mi al-Usul, al-Taharah, al-Tayammum, al-Haidh wa al-Istihadhah, al-Fitrah, al-Niyyah
Juzu' 12: al-Hudud, al-Muharibin, al-Surqah, Syarib al-Khamr, al-Ta'zir

Direktori Kitab: Al-Majmu' - Al-Nawawi

Nama Kitab: Al-Majmu'
Nama Penuh Kitab: Al-Majmu' Syarh al-Muhazzab (المجموع شرح المهذب)
Nama Penulis: Al-Nawawi
Gelaran/Kuniyyah/Laqab: Abu Zakariya
Nama Penuh Penulis: Yahya Bin Sharaf Al-Nawawi Muhy Al-Din Abu Zakariya
Tarikh Lahir Penulis: 631H / 1233 M
Tarikh Wafat Penulis: 676H / 1277 M (45 Tahun)
Asal: Nawa, Damsyik
Jilid/Juzu': 23
Jenis: Syarah kepada Al-Muhazab Al-Syirazi
Mazhab: Al-Syafi'i
Kategori/genre: Fiqh Mazhab Syafi'i, Mu'tamad Mazhab Syafi'i
Gaya penulisan: Perbandingan Mazhab / mirip metode Al-Umm /ensiklopedik
Karya setaraf: Al-Muhalla, Al-Mughni, Al-Masbuth, Bidayah al-Mujtahid
Kandungan:
Jilid 23: (bab terakhir) Bab Jami' al-Aqrar