Isnin, 11 Julai 2016

10 Nilai positif Muslim Produktif

oleh Ahmad Faisal Abdul Hamid

2 hrs ·

Untuk menjadi seorang muslim pro-aktif dan berfungsi membentuk zaman mereka, dicadangkan 10 nilai positif ini harus diterapkan.

(1) mengarahkan segala aktiviti hidup untuk mencapai matlamat agung iaitu mengapai redha Allah,

(2) tidak sesekali bertolak ansur mengenai prinsip hidup Islam, jauh sekali mengadai nilai agama,

(3) menjaga identiti muslim secara menyeluruh bukan muslim kosmetik, ianya dapat dilakukan dengan dua perkara i. Sentiasa melihat pencapaian orang lain dengan tujuan mengukur pencapaian sendiri, ii. Mengukur secara berkala pencapaian peribadi dan sumbangan terhadap masyarakat,

(4) menjadi muslim yang tidak menghambakan diri kwpada harta, alat, kepalsuan dan kealpaan,

(5) tidak mudah mengalah dalam menghadapi setiap cabaran, hanya orang yang gila sahaja yang tidak mempunyai masalah,

(6) merasa bangga apabila menunaikan tanggungjawab, rasa bangga bukan kerana mendapat upah dari kerja sebaliknya bangga kerana berjaya menyumbang kepada manusia,

(7) jelas matlamat hidup, matlamat peribadi atau matlamat masyarakat,

(8) berusaha mencapai matlamat yang telah digariskan, tidak suka bertangguh dan malas,

(9) sentiasa berfikir secara logik, fakta dan sedikit emosi, tindakan yang dibuat adalah hasil perancangan,

(10) ingin menjadi dan dikenali sebagai seorang yang sukakan kejayaan kerana hanya orang yang berjaya sahaja mampu masuk syurga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan