Selasa, 9 Ogos 2016

WIKIPASCA: JURNAL BERWASIT

Jurnal Berwasit 

Jurnal Berwasit, merupakan kategori jurnal bagi memenuhi pengajian peringkat pasca-siswazah. Bergantung kepada institusi, pengkategorian dibuat mungkin berbeza-beza di antara fakulti atau jabatan. Biasanya, terdapat dua kategori jurnal berwasit, iaitu jurnal kategori a dan jurnal kategori b. Senarai jurnal dikeluarkan oleh pihak institusi berkenaan.

Definisi

Menurut laman DBP, perkataan wasit bermaksud orang tengah, pengantara, pelerai atau pendamai. Dari segi istilah, ianya bermaksud jurnal yang artikel di dalamnya mengalami proses pembacaan dan kritikan oleh komuniti saintifik bagi menentukan sama ada layak atau tidak artikel tersebut diterbitkan atau yang dikenali dengan peer-review journal. [1]
Oleh sebab itu, jurnal berwasit ini biasanya dikaitkan dengan jurnal akademik, jurnal yang penuh dengan tulisan, warna hitam putih, sangat kurang gambar rajah dan jika ada carta/graf sekalipun, sangat-sangatlah tidak menarik sama sekali. [1]

Jurnal ini mempunyai pengarangnya sendiri (dalam maksud ‘editor’), dan penilai dalaman serta penilai luaran. Kewujudan sistem penilaian inilah yang menyebabkan jurnal berwasit ini mempunyai kredibilitinya tersendiri kerana setiap terbitan artikel di dalamnya telah dinilai oleh organisasi penerbit dan juga penilai luaran yang turut serta memberikan pandangan terhadap artikel tersebut. [1]  

Misalnya jurnal A yang diterbitkan oleh Universiti A, dinilai oleh pengarang A dan juga pengarang B daripada Universiti B. Disebabkan proses yang begitu lama, biasanya penerbitan jurnal berwasit ini memerlukan masa yang lebih panjang dan wujud senarai menunggu yang sudah pun beratur untuk diterbitkan. [1]

Rujukan
[1] http://lappanblablabla.blogspot.my/2011/11/jurnal-berwasit-vs-jurnal-terindeks.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan