Rabu, 21 Disember 2016

Al-Manakh 2016

Aisey, tahun 2016 dah nak sampai ke penghujung, tapi aku tak sempat nak buat catatan Al-Munakh (almanac) untuk tahun 2016. Banyak berita-berita menarik berlaku sepanjang tahun, selalunya aku rajin untuk abadikan dalam blog ini sebagai rujukan masa depan. Dah Disember dah pun, sebab apa yang aku nampak, orang kita ni dia kurang sifat mencatat. Aku rasa lah. Catatan ini penting, tahu, hatta sekarang ini pun kalau ada territorial dispute (China guna ini untuk tuntut pulau Senkaku dengan Jepun) dan historical dispute, catatan sejarahlah benda yang jadi hujah. Jadi aku ambil inisiatif untuk tuliskan kronologi-kronologi yang berlaku dalam setahun. Sayangnya, 2016 dah nak habis. Takpa, aku cuba buat review balik apa yang berlaku sepanjang tahun ini. Untuk post ini, aku letakkan apa yang aku ingat. Almanac aku buat ini, juga memuatkan topik-topik hangat yang dibincangkan atau yang "digaduhkan" dalam laman sosial khususnya Facebook. Well, orang Malaysia ini memang rajin bergaduh dalam facebook dan banyak betul masa mereka (termasuklah yang menulis ini).

FACEBOOK REHAB

Saja nak sebutkan kat sini, hari ini hari ke-3 aku temporary deactivate facebook; (ya, ianya untuk sementara; macam rehabilitation gitu) terlalu banyak maklumat sangat pun boleh membuatkan pemikiran serabut, dan menyebabkan ketagihan. Ya, memang ringan sedikitlah kepala ni memikiornye[1]. Facebook tak dinafikan sangat bagus untuk tahu berita-berita dengan pantas, melalui viral (sekarang orang tengah promosi perkataan "tular"[2]) dan banyak pengetahuan secara tidak langsung kita perolehi seperti informasi agama, jawatan kosong, politik, tips hartanah, tips insurans, buku-buku, discourse-discourse yang mencabar minda dan pengetahuan. Cuma sangat annoying bila terlalu ramai orang nak jadi jaguh isu. Tambahan pula sekarang ini semuanya adalah bersifat "clickbait" (ada istilah baharu untuk ini tak?)[3] dan terlalu banyak propa (slang modern untuk propaganda[4]). Marah orang sebab tak terbuka dan tak suka dikritik, tapi akhirnya dia sendiri yang tak boleh terima kritikan bila patah hujah. Alah, aku tahu semua ni business strategy/marketing sahaja. Strategi clickbait makhluk-makhluk media sosial ini antaranya:

1) Tulis panjang-panjang, supaya nampak intelektual. Sebenarnya nak masuk agenda.
2) Tulis dengan gaya bahasa gaya ala samseng, otai, dan outlaw
3)Tulis dengan sindiran dan sarkastik. (Termasuklah juga melukis comic strip yang menyindir). Orang buat komik strip ini pun masalah juga. Ada sesetengah nak buat sindiran terhadap orang-orang dakwah (mungkin ada cara yang tidak kena; atau kurang hikmah), tetapi tidak sedar sehingga membuat sindiran terhadap agama. Moga mereka sedar. Tapi, memang tak dinafikan ada yang memang sengaja, sebab nak cucuk ideologi-ideologi masing-masing (I don't want to talk about it).

Jadi, apa yang cuba aku mahu sampaikan adalah, jangan jadikan media sosial ini sebagai sumber no.1 maklumat dan ilmu. Jangan terlalu berdamping dengan Facebook, sebab ia bukanlah yang selalunya benar, kemudian, boleh menjadikan ketagihan, dan boleh membuat hari kau murung (sebab baca macam-macam ideologi you can smell it, post-post kurang kasih sayang dsb.). Aku kenal ada beberapa kenalan yang memang tiada akaun Facebook. Tapi mereka hidup macam biasa je, sedikitpun tidak terjejas hidup mereka dek kerana takda fb. Hebat. Aku awal-awal dulu pun skeptikal untuk buat fesbuk (another modern slang for facebook in Malay), tapi dah terjebak, nak buang sayang, banyak gambar, dan member-member jauh.

Aku pointkan dulu, nanti aku kemaskan balik.

PERINGATAN: INI ADALAH UNTUK TUJUAN REKOD SAHAJA.
AMARAN: AWAS!MENGANDUNGI MAKLUMAT MENTAH.


DISEMBER 2016


1. Aleppo
2. Buntat
3. israel (occupied Palestine) terbakar
4. Hutan balak orang asli kelantan
5. Mrt
6. Pewd nak delete akaun
7. TGHH dengan Ulama Iran

[PRO]Berikut merupakan excerpt sebaran dari sebuah akaun facebook, quote:

Dari laman rasmi TGHH [Link]

===============MESEJ BERMULA=============
FAHAMI KONSEP NASIHAT.
APABILA saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan musuh Islam yang mencipta provokasi. Maka, yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah. Di sini saya kemukakan huraian Al-Quran dan Sunnah yang menjadi perkara dasar yang tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS.
PAS menetapkan supaya setiap majlisnya, usrah, perjumpaan besar dan kecil ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr, di dalamnya ayat yang menegaskan betapa konsep nasihat sangat penting kepada Jamaah Islam dan ummatnya dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak temasuk musuh yang paling zalim. Ini kerana mesejnya kepada seluruh manusia, firman Allah:
وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Dan berpesan-pesan (Nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." [Surah Al-Asr : ayat 03]
Ayat ini menegaskan gabungan konsep nasihat dan sifat sabar.
Hadis Rasulullah SAW pula menegaskan:
الدِّينُ النَّصِيحةُ قلنا : لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأئِمَّةِ المُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ
“Agama itu nasihat. Kami (Para sahabat) bertanya: Untuk siapa? Sabdanya: Kepunyaan Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh mereka.” [Riwayat Muslim]
Hadis ini menegaskan nasihat dengan rukun Iman yang asasi dan hubungannya secara bermasyarakat madani yang menjadikan manusia bersaudara. Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa Al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta Al-Quran.
Allah juga mengesah dan menafsirkan dalam Al-Quran bahawa konsep nasihat dilakukan oleh semua Para Rasul AS terhadap manusia di zamannya, termasuk terhadap penentangnya yang paling zalim. Nabi Nuh AS menegaskan kepada kaumnya:
وَأنْصَحُ لَكُمْ
"Dan aku memberi nasihat kepada kamu." [Surah Al-A'raf : ayat 62]
Nabi Hud AS menegaskan kepada Kaum Aad:
وَأنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أمِينٌ
"Dan aku juga adalah penasihat yang amanah kepada kamu." [Surah Al-A'raf : ayat 68]
Apabila seorang hamba Allah datang menasihati Khalifah Abbasiyyah Al-Makmun kerana ketelanjurannya, tiba-tiba menggunakan kata-kata yang kesat, kasar dan keras. Maka Al-Makmun menjawab ; "Sesungguhnya orang yang lebih baik daripadamu, diperintah Allah supaya menasihati orang yang lebih jahat daripadaku, dengan bahasa yang baik". Allah menegaskan kepada Nabi Musa AS dan Harun AS yang lebih baik daripadamu, ditugaskan menghadapi Fir’aun yang lebih zalim daripadaku supaya mengunakan bahasa yang lebih baik. Allah berfirman :
اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى *
"Wahai Musa dan Harun !, pergilah kamu berdua kepada Fir’aun. Sesungguhnya Dia toghut (terlalu melampau). Katakanlah kepadanya dengan ucapan yang lembut, mudah-mudahan dia menerima pengajaran atau merasa takut (kepada Allah)." [Surah Toha : ayat 43 - 44]
Hikmatnya ialah kerana Islam adalah rahmat Allah yang menyelamatkan manusia dengan memberi petunjuk ke jalan yang benar, adil dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mesej para Rasul AS yang membawa Islam adalah menyelamatkan manusia bukannya menghalau atau mencari musuh seramai-ramainya. Allah menegaskan kepada Rasulullah SAW supaya menjadi contoh kepada umatnya sehingga hari kiamat:
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ * وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ *
"Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada petunjuk Allah (Islam) serta dia mengerjakan amal soleh dan menegaskan ; Bahawa saya termasuk dikalangan orang-orang Islam. Tidak sama kebaikan dibandingkan dengan kejahatan. Maka balaskan yang terbaik terhadap orang yang berlaku jahat terhadapmu. Maka tiba-tiba orang yang bermusuh antaramu dan dia bertukar menjadi teman yang saling mengasihi. Dan tidaklah dapat menerimanya melainkan oleh orang-orang yang sabar dan tidaklah boleh menerimanya malainkan oleh orang-orang yang berhak mendapat ganjaran yang besar (daripada Allah). Dan apabila syaitan cuba memesongkan kamu dengan sesuatu caranya, maka mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah Fussilat: ayat 33-36]
Apabila Rasulullah SAW menyerahkan bendera perang Khaibar kepada menantunya Ali bin Abi Talib, yang terlalu tinggi semangatnya untuk memerangi kaum Yahudi pengkhianat perjanjian, ditegaskan dengan sabdanya:
انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم، ثم ادعهم إلى الإسلام، وأخبرهم بما يجب عليهم من حق الله تعالى فيه، فوالله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خيرٌ لك من حمر النعم
"Laksanakan tugas sehingga apabila kamu tiba dilapangan mereka, kemudian ajak mereka kepada Islam dan beritahu kepada mereka apa-apa yang wajib keatas mereka terhadap Allah. Maka Demi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang mendapat petunjuk Allah lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya." [Muttafaqun Alaih]
Apabila berjaya membebaskan Mekah daripada jahiliyah maka jumlah yang dimaaf berlipat kali ganda daripada yang dihukum. Kita jangan berlagak lebih kuat Islam dan taqwa sehingga merasa lebih daripada Rasulullah SAW.
PAS memilih pendekatan semokrasi barat kerana perubahannya daripada demokrasi purba kepada demokrasi moden hasil kajian para orentalis mereka daripada penulisan para ulama Islam. Ini menunjukkan pengaruh Islam memilih pendekatan damai (muwajahah silmiyyah) dalam perubahan politik barat, dan Islam lebih berhak daripada mereka.
Maka ahli politik PAS yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada Al-Quran dan Sunnah, bukannya pembangkang daripada England, Amerika Syarikat, Amerika Latin, Taiwan, Korea, Jepun dan sebagainya.
Mesej kita bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat. Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat. Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan. Allah juga berfirman:
وَلا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ
"Dan jangan kamu berdebat dengan ahli kitab malainkan dengan cara yang terbaik, malainkan terhadap orang-orang zalim di kalangan mereka." [Surah Al-Ankabut : ayat 46]
Walaupun terhadap yang zalim sabda Rasulullah SAW:
انصر أخاك ظالما أو مظلوما
"Tolonglah saudaramu yang zalim dan dizalimi."
قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما ؟
"Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! yang ini kami menolongnya kerana dizalimi, maka bagaimana pula menolong orang yang zalim."
Sabdanya:
تأخذ فوق يديه
"Kamu pegang tangannya (mencegahnya daripada berlaku zalim)."
Kita berdepan penganut Islam yang tenggelam dalam pengaruh penjajahan pemikiran, namun dalam hati mereka masih wujud kemanisan Iman dan kalangan bukan Islam pula sudah berilmu dan mencari kebenaran.
Rasulullah SAW mengajar kebijaksanaannya bukan marah dan semangat tanpa kawalan yang istiqamah mengikut pasang dan surut. Sabda Rasulullah SAW lagi :
ليس الشديد بالصرعة، إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب
"Bukanlah orang yang gagah perkasa itu dengan bertindak keras melulu. Sesungguhnya orang yang sebenarnya gagah perkasa itu ialah yang dapat mengawal diri ketika marah." [Muttafaqun Alaih]
Di atas konsep ini, Rasulullah SAW berhijrah setelah diwujudkan masyarakat Madinah yang menerima Islam dengan bai’ah ikatan perjuangan yang tidak ditukar dengan isteri, kawan, harta, pangkat serta menggabungkan Tahaluf (Persefahaman kerjasama dalam perkara yag baik), Ta’awun dan lain-lain, bersama kalangan bukan Islam yang berdamai tetapi menerima kedaulatan Islam.
Di atas konsep ini juga apabila Raja Masqat dan Oman, Raja Habasyah dan Bahrain yang menerima Islam dikekalkan memimpin kerajaan masing-masing, tanpa dirampas kuasa dan takhta mereka.
Di atas prinsip dan konsep Islam yang teguh juga para generasi awal bersedia menghadapi kuasa besar dunia Parsi, Rom dan lain-lain yang paling keras mengikut keadaan, tanpa menyerah kalah sehingga mati atau menang. Akhirnya kuasa paling besar, paling zalim dan keras jatuh dan tumbang. Berkonsepkan meruntuh jahiliyah dan menegakkan Islam, bukannya menggantikan jahiliyah dengan jahiliyah.
Maka perjuangan Islam tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang keras semata-mata dan selama-lamanya. Perjuangan Islam juga tidak layak dilaksanakan oleh kalangan yang malu meyebut Islamnya, lebih-lebih lagi yang pengecut menyebut Islamnya. Perjuangan Islam juga tidak layak kepada mereka yang menyerah kalah menghadapi kekerasan, atau menentang kekerasan dengan kekerasan tanpa sempadan, atau terpukau dengan habuan jawatan dan harta sebelum menang dan selepas kemenangan, atau bermimpi dengan seronok bersama kabinet bayangan.
Dalilnya apabila Rasulullah SAW tegas menolak semua tawaran, kemudahan dan kesenangan takhta, harta dan wanita yang menggadaikan prinsip. Konsep asas dan matlamat perjuangan Islam yang tidak disembunyikan, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru dan terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh tanpa dilihat penghujungnya dengan mata kasar.
Rasulullah SAW tidak berbaiah dengan para pemimpin Bani Amir yang meminta jawatan sebelum menang. Hanya berbaiah dengan kalangan Ansar yang beriman dan budiman bersama perjuangan dengan ikhlas meletakkan wawasan Akhirat. Namun melihat dengan cahaya iman kepada kebenaran daripada Allah dan janji Allah di dunia yang dekat dan akhirat yang belum dilihat. Menempah pahala menyelamatkan manusia seramai-ramainya. Bukannya merosak dan membunuh seramai ramainya.
Allah SWT mengingatkan akan kita semua dengan Firman-Nya di dalam Al-Quran :
فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ * وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ
"Beristiqamah sebagaimana engkau diperintah (Wahai Muhammad SAW) bersama sesiapa yang bertaubat bersamamu, dan kamu jangan melampau, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim nanti kamu disambar api neraka, dan tiada wali (yang wajib diberi kesetiaan) bagi kamu selain Allah, nanti kamu tidak diberi pertolongan." [Surah Hud: ayat 113]
Dan Firman Allah kepada Rasul-Nya yang menjadi ikutan kita:
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ * وَإِمَّا يَنزغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نزغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
"Ambillah sikap bermaafan dan suruh kepada yang baik. Jangan peduli terhadap orang-orang yang jahil. Jika kamu dirasuk syaitan oleh apa-apa cara rasakannya, mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah Al-A'raf: ayat 199-200]
Sebenarnya kini, kita tenggelam dengan bencana zaman orang-orang jahil menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan. Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan dan hidayah, kita mengikut sempadan Allah menghadapi peganut Islam yang paling baik, sederhana dan menzalimi diri sendiri, menghadapi golongan munafik, kafir yang berdamai dan bermusuh, namun semuanya adalah hamba Allah dan ummat Dakwah Muhammad SAW.
"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
13 Rabiul Awwal 1437 / 25 Disember 2015
===============MESEJ BERAKHIR============

Dari sebaran seorang pengguna facebook [tidak dinamakan]

=================MESEJ BERMULA=================
Kehadiran Presiden PAS ke program di Teheran dijadikan polemik. Ia bermula panas apabila ada seorang Arab mengecam kehadiran Presiden PAS ke program tersebut tanpa menyelidiki sebab musabbabnya. Ia lalu disambut oleh beberapa orang yang ada nama sebagai orang ada ilmu agama di Malaysia juga mengecam. Salah seorangnya menghantar whatsap peribadi kepada saya bertanya betulkah gambar yang tersebar. Saya menjawab: ya itu program tahunan taqrib mazhab. Tak lama selepas itu keluar tulisannya mengecam Presiden PAS. Tak ada pula ditanya: kenapa presiden PAS hadir? Apa yang dibuat? Entahlah apa niatnya!!! Saya serahkan kepada Allah menilainya. Kemudian Arab tersebut menulis surat terbuka kepada Kesatuan Ulamak (KUIS) agar "menghalau" Presiden PAS daripada Kesatuan Ulamak kerana kehadiran tersebut. Kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Presiden menyatakan kehadiran Presiden PAS telah "dimaklumkan" kepada Setiusaha KUIS. Kemudian keluar pula kenyataan media KUIS dengan bahasa keras mengecam kehadiran Presiden PAS juga tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu. Isunya ialah perang di Syria. Bagaimanakah perlu diselesaikan? Maka berteriak dan bertempiklah pelbagai pihak yang sememangnya menanti "bola tanggung" untuk menyerang Presiden PAS. Media Sosial menjadi medan mengecam dan batu api. Prasangka diperluas dan diperbesarkan. Setiap orang ingin menulis sama ada dengan ilmu atau tanpa ilmu. Tanpa sedar bahawa Malaikat mencatat setiap apa yang dititipkan. Ramai yang sedang "makan daging mayat saudaranya" sendiri. Dosa yang tidak terampun melainkan jika hanya dimohon maaf kepada empunya diri. Presiden PAS mengambil sikap menghantar surat kepada Syeikh Qardawi menjelaskan pendirian beliau dalam isu perang di Syria. Ia adalah pendirian seorang Presiden kepada sebuah parti dan tidak semestinya mewakili pendirian KUIS. Saya juga mengeluarkan kenyataan dalam versi Arab dan Melayu menegaskan kehadiran beliau atas kepentingan PAS dalam menyampaikan pandangan dalam apa sahaja forum. Bagi saya isu ini tidak perlu dipolemikkan. Sikap saling menghormati pendiriaan mesti ada. PAS sepertimana seluruh umat Islam bersatu hati dalam mengecam tindakan perang oleh Bassyar sehingga menyebabkan pertumpahan darak rakyat. Tinggal lagi bagaimana pendekatan bagi menyelesaikan isu ini. Bagaimana Kita melihat akar umbi permasalahan. Siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan? Siapa di belakang tabir? Bagaimana perlu dihentikan perang bagi menyelamatkan nyawa. Kita berbeza pada cara menangani dan melihat sisinya tetapi bersatu dalam mengecam pembunuhan dan peperangan. Itu adalah hak setiap orang untuk berbeza sudut pandang. Kehadiran Presiden PAS dalam KUIS tidak mengikat sebuah parti seperti PAS untuk mempunyai pendirian tersendiri dalam pelbagai isu dunia. KUIS sebagai sebuah Kesatuan peringkat internasional perlu menjadi platform tokoh-tokoh Ulamak untuk bertemu dan berdiskusi mencari titik sepakat dalam pelbagai isu ummah dan menghormati lerbezaan. KUIS berhak berbeza pandangan dengan Presiden PAS. Namun, ada pihak dilihat sangat seronok sekiranya Presiden PAS dilihat tidak lagi bersama KUIS. Sebagaimana barat mahu umat bertembung sesama sendiri di bumi Syria, Iraq, Palestin, Mesir, Libya maka begitulah mereka juga mahu KUIS juga dilihat bertembung sesama sendiri. Hari ini ada pula parti yang majoriti pimpinannya tidak Islam yang sememangnya memusuhi PAS tumpang semangkuk atas isu ini dalam perutusan Krismasnya. Biarkanlah.... Saya yakin tokoh-tokoh Ulamak seperti Syeikh Qardawi dan Tuan Guru Hj Hadi akan sentiasa bersama menghadapi permainan pihak berkepentingan dalam memecah belahkan umat. Dr Khairuddin Takiri 24 hb Disember 2016, Belgium.
=================MESEJ BERAKHIR=================
[OPOSISI] Berikut merupakan excerpt sebaran daripada sebuah akaun facebook, quote:

================MESEJ BERMULA===================
*BANDINGKAN KENYATAAN MEDIA DARI TRANSKRIP HJ HADI*
*Transkrip penjelasan isu Syria oleh Presiden PAS IZWAN ABDUL HALIM | 23 Disember 2016.*
*MEDIA: Tentang kejadian di Aleppo itu macam mana?*
*PRESIDEN PAS:* Bismillahirrahmanirrahim. Yang pertama kita perlu baca politik Aleppo ini kepada kedudukan Syria daripada awal. Perlu difahami Syria ialah negara yang termasuk dalam perjanjian Sykes-Picot, antara British, Perancis dan Russia, selepas kejatuhan Uthmaniyyah, Syria dengan Lebanon termasuk di dalam bahagian Perancis. Maka polisi dan politik Syria berlainan dengan Jordan, Iraq, negeri di bawah pembahagian British.
Yang kedua, Syria bersempadan dengan Israel, sangat rapat dengan strategi keselamatan Israel. Apa yang berlaku di Syria adalah strategi keselamatan Israel yang diatur oleh Barat. Ini mesti kita faham, bukan bumi Syria itu, tanpa mengira siapa yang memerintah Syria, yang penting kepada kuasa-kuasa Barat ialah keselamatan Israel, ini mesti kena faham.
Selepas berlaku kejatuhan Shah di Iran, kumpulan Islam Syiah memerintah Iran. Mereka mengisytiharkan putus hubungan diplomatik dengan Israel, mengisytiharkan Israel sebuah negara haram, yang pertama. Lalu, Barat menggunakan Saddam Hussein untuk menyerang Iran, semua negeri Arab menyerang Iran di masa itu, kecuali Syria, Yaman, Sudan, Algeria, Libya tidak menyokong serangan ke atas. Libya tak, Libya lain tak menyokong serangan Iraq ke atas Iran di masa itu.
Yang ketiga, Hafez al-Assad, Parti Ba'ath, Saddam Hussein Parti Ba'ath, dua ini ada krisis, krisis dalam parti Ba'ath, dan tidak bersama. Bila Syria tidak bersama dengan Iraq dalam Perang Teluk yang pertama, Iran dikepung oleh semua negeri di bawah pengaruh Barat. Maka Iran mengambil kesempatan mengadakan hubungan dengan Syria, hubungan dengan Syria. Hafez al-Assad yang walaupun kalangan (Syiah) Alawi, (Syiah) Alawi dalam 10 peratus ataupun 20 peratus sahaja, 80 peratus adalah Sunni di Syria, ini perlu dia sedar. Walaupun Barat mengatur supaya Hafez al-Assad menguasai Syria, tapi dalam masa yang sama mereka mesti meraikan 80 peratus Sunni di Syria.
Dalam masa yang sama, Hafez al-Assad mengadakan hubungan dengan Iran. Iran mengambil peluang, Syria menjadi pintu untuk keluar ke dunia lain dalam Perang Teluk yang pertama, ini kita kena faham. Dalam masa yang sama, Syria termasuk kalangan negeri yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo yang mengiktiraf Israel. Mereka menolak penyelesaian dua negara Palestin, satu untuk Yahudi dan satu untuk Israel.
Sama dengan Yaman, Sudan, Libya, Iraq juga sama, termasuk Algeria. Negara-negara ini dianggap sebagai ancaman kepada Israel. Maka menjadi sasaran kepada Arab Spring, Arab Spring, jadi sasaran semua negara ini. Mesir juga jadi sasaran kerana Mesir, kedudukan Terusan Suez yang menjadi penghubung kepada laluan dunia Barat, bekalan tenaga minyak petroleum daripada negeri Teluk. Mesir juga menjadi perhatian mereka dalam masa yang sama, pengaruh Islam juga kuat di Mesir.
Maka Arab Spring dijadikan satu cara untuk membentuk peta baru Asia Barat, peta baru Asia Barat yang dirangka oleh Barat, demi keselamatan Israel. Kita melihat, semua negeri Arab Spring ini kumpulan Islam gagal walaupun kumpulan Islam yang paling ramai turun ke padang, Arab Spring, kerana dicaturkan oleh Barat untuk menyelamatkan Israel.
Syria yang mengambil kesempatan daripada strategi kedudukan dia, dengan hubungan yang rapat dengan Iran, dalam masa yang sama membenarkan semua kumpulan Palestin yang dianggap ekstrem, Hamas, Tanzim al-Jihad, kumpulan ...., dan lain-lain, berpangkalan di Syria. Dan Iran membantu kumpulan-kumpulan ini melalui Syria, melalui Syria.
Dan Iran telah mencapai kemajuan teknologi yang tinggi dalam membantu Gaza dan Selatan Lubnan. Menggagalkan serangan Israel ke atas Gaza dan Lubnan sebanyak dua kali, gagal, senjata Amerika tidak berkesan. Mereka mengetahui bahawa bantuan senjata ialah melalui Yaman dan Sudan, serta Syria. Yaman dengan Sudan pangkalan yang jauh. Kita jangan lupa, Israel pernah menyerang Sudan, 'Port' Sudan, dalam masa yang sama juga Israel menyerang Syria. Syria dianggap paling bahaya kerana di situ pangkalan, ada kumpulan Palestin yang tidak mengiktiraf Israel, mereka perlu dikacau.
Beberapa tahun yang lalu, beberapa media Barat telah menyiarkan artikel, termasuk Al Jazeera, penglibatan Arab Saudi dan Barat menghantar Daesh, menghantar kumpulan pelampau yang ditugaskan oleh Amerika di Afghanistan. Yang balik ke negeri masing-masing ditahan, dihantar ke situ, tujuan untuk mencetuskan kekacaun di Syria dianggap sebagai pangkalan di atas nama untuk menentang kezaliman Hafez al-Assad.
Mereka yang bersemangat ini pergi ke sana berperang untuk menentang Hafez al-Assad kerana dia (Syiah) Alawi. Mereka lupa bahawa di sini mereka telah digunakan untuk mencetuskan kekacauan di Syria.
Dalam hal ini kita melihat, ulama-ulama Syria sendiri berbelah bahagi, contohnya Dr Wahbah al-Zuhaili Al Marhum mengambil sikap diam, (tidak) mengkritik kerajaan Syria, diam, dan tak keluar daripada Syria, Dr Wahbah.
Syeikh Ali As-Sobuni duduk tinggal di Saudi, sebahagian tinggal di Turki. Syeikh Dr Said Ramadan Al-Bouti mengambil sikap bersama Hafez al-Assad. Kita melihat ulama-ulama di Syria pun berbelah bahagi, bagaimana nak menentukan sikap mereka dalam perkara ini.
Dalam hal ini kita mesti faham, apa yang berlaku di Aleppo pada hari ini adalah rantaian daripada semua yang saya sebut tadi. Khususnya tiga hari lepas saya baca dalam media, di Aleppo, Bangsa-Bangsa Bersatu menangguhkan genjatan senjata, minta tangguh genjatan senjata dan minta hantar pengaman. Wakil Syria di Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendedahkan dalam sidang media di PBB, sidang sehari. Wakil Syria mendedahkan ada 12 orang agen tentera yang dikepung di situ, dan mereka senaraikan nama-nama, seorang daripada Israel, seorang daripada Amerika, seorang daripada Jordan, seorang daripada Turki, seorang daripada Morocco, seorang daripada Qatar, 6 orang daripada Saudi, yang masih duduk di Aleppo.
Apa makna ini semua? Menandakan betapa campur tangan tentera asing, rakyat menjadi mangsa. Campur tangan semata-mata untuk menyelamatkan Israel. (Agen tentera) Turki itu saya yakin, Turki yang Fethullah Gulen punya, bukan Turki yang Erdogen, yang masih lagi ada dalam tentera Turki. Saya rasa begitulah agaknya.
Dan kita melihat bagaimana Turki sudah mengubah dia punya (pendirian) ke Arab Barat, sekarang ini baik dengan Rusia dan Iran kerana mengetahui percaturan politik yang berlaku di Asia Barat. Ya?
*Dato' Seri, apa, yang apa, Dato' Seri pergi hadir ke Tehran baru ini kan? So, ada banyak yang kritik la, kata Dato' Seri pergi tidak tepat pada masanya, satu lagi macam Kesatuan Ulamak, Dr Yusuf Al-Qardhawi sendiri pun kata dia tidak atas, Dato' Seri pergi atas kapasiti peribadi bukan atas (KUIS) itulah*
Saya menjadi ahli Majma' Taqrib yang ditubuhkan tahun 1980, dan saya hadir program tahunan di situ, kecuali saya uzur saya tak pergi, bukan kali pertama saya hadir. Dan saya hadir di situ dengan pandangan saya terhadap perpaduan ulama tanpa mengira Sunni dan Syiah, mereka perlu bersatu. Dan saya kritik Iran, kena baca ucapan saya di Tehran apa ucapan saya. Ucapan saya, saya tidak tunduk kepada mana-mana kerajaan dan pengaruh dengan Barat ataupun Timur, apa yang itu ialah kepentingan Islam, dan bila ada desakan ini, saya dah tulis surat kepada Kesatuan Ulamak Sedunia, bahawa itu pendirian saya. Saya tak terpengaruh dengan dasar Qatar, dengan dasar Saudi, dengan dasar Emirate.
Apa lagi saya terkilan dengan Persidangan Negara Teluk dua minggu yang lalu, disertai oleh Perdana Menteri British. Apa kedudukan Perdana Menteri British? Adakah British ini anggota Negara Teluk? Mengapa hadir dalam sidang ini? Sidang ini membuat resolusi untuk bersama menentang Iran, bukan menentang Israel, (tetapi) menentang Iran, ini apa makna? Ini satu benda yang sangat kacau di Asia Barat.
Apa lagi dengan yang saya sebut dalam perkara yang pertama tadi, dan saya ada pendirian. PAS ada pendirian PAS sendiri. Dalam Perang Teluk yang pertama dulu, tahun 1980, Iraq menyerang Iran, di masa itu PAS bersama dengan Iran dan menyokong Iran. Semua negara Arab kecuali sedikit menyokong Iraq dan beberapa kumpulan Islam menuduh PAS terpengaruh dengan Syiah. Bila Saddam Hussein berpaling tadah menyerang Kuwait, dan negara Arab menjemput Amerika, kita dijemput balik untuk ikut mereka, kita ada pendirian kita, kita adalah Sunni, tidak Syiah. Kita membaca politik antarabangsa bukan politik yang sempit, yang tengok satu masa berlaku itu sahaja, kita baca semua, ini.
*Dato' Seri, macam mana dengan kunjungan ke Tehran itu mendapat kecaman Presiden KUIS sendiri, al-Qardhawi, so apa?*
Saya dah tulis surat, dan saya bersedia untuk letak jawatan, dan saya pegang jawatan itu bukan saya minta, saya tak minta jawatan, dia lantik saya, saya tak hadir pun muktamar dia, saya bersedia.
*Tapi kiranya dia ada berhubung secara peribadi dengan Dato' Seri?*
Saya tulis surat, cukup dengan surat saya itu, beliau uzur, beliau uzur, telinga tak dengar, mata tak berapa nampak, saya tak tahu kenyataan dia itu benar ataupun tidak.
*Melalui facebook pula itu kan?*
Saya tak tahu, tak tahu, beliau uzur. Beliau uzur, dan telinganya tak dengar, dan guna alat pun payah, dan mata pun tak nampak, saya tak tahu adakah daripada beliau (atau) daripada orang lain.
*Surat itu dihantar bila ya? Ya Dato' Seri, surat itu dihantar bila ya?*
Surat saya? Surat saya 4 hari lepas.
*Empat hari lepas, kali terakhir Dato' Seri?*
Saya hantar kepada Setiausaha Agung Kesatuan supaya dibaca oleh mereka. Dan setahu saya, seorang sahaja yang tulis surat supaya .... saya itu. Yang lain senyap, tak kata apa. Seorang sahaja, duduk di UK, dia ini jadi Rektor kepada Universiti di Ireland, universiti dibiayai oleh Negara Teluk. Barangkali dia bekerja dengan Negara Teluklah, yang ini sahaja, yang lain senyap tak kata apa.
*Dato' Seri, mengenai dengan kesihatan al-Qardhawi itu, daripada mana Dato' Seri dimaklumkan yang dia dah berapa lama dia dah tak sihat?*
Saya jumpa dia, memang jumpa yang terakhir baru 2, 3 bulan lepas, memang. Dan saya terpaksa menjadi pengerusi mesyuarat, kerana beliau tidak menjadi pengerusi mesyuarat itu. Yang lain pun uzur, tua-tua semua, banyak uzur. Itu
*Rasa berat hati tak dengan keputusan untuk meninggalkan KUIS?*
Saya mahu supaya Kesatuan Ulamak ada pendirian dia sendiri, tidak dipengaruhi oleh Qatar, dipengaruhi oleh mana-mana negara, kena ada pendirian dia sendiri. Dan saya juga dijemput oleh ulama-ulama Sunni di Iran. Kita kena sedar bahawa 30 peratus rakyat Iran adalah Sunni. 30 peratus adalah Sunni. Berapa juta, daripada 30 peratus itu orang Sunni. Yang hadir muktamar itu banyak sebahagian besarnya adalah ulama-ulama Sunni daripada Iran. Apa kita nak letakkan kedudukan mereka?
*Pasal Syria itulah, pasal ada keadaan....*
Syria itu perkara, kita boleh tumpu kepada masalah-masalah Palestin, masalah-masalah Palestin, masalah budaya mengkafirkan antara satu sama lain, dan masalah isu minoriti Islam termasuk Rohingnya, itu sahaja. Ya, ya? –
*HARAKAHDAILY 23/12/2016*
*Transkrip penjelasan isu Syria oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS dalam temubual bersama media pada 23 Disember 2016, di Masjid Rusila, Marang, Terengganu disediakan wartawan Harakah Izwan Abdul Halim.*
================MESEJ BERAKHIR==================

Lain-lain respon:

Dr. Maza:

================MESEJ BERMULA================
Ada orang bertanya: Bolehkah kita berdialog dengan Syiah? Jawapannya, sudah pastilah boleh. Bahkan berdialog untuk menegakkan kebenaran itu digalakkan sekalipun dengan Yahudi. Tambahannya: Jadi tidak salahlah kita pergi berdialog dengan Syiah. Jawapannya, memang tidak salah, sekalipun jika kita pergi ke Tel Aviv untuk berdialog dengan Yahudi. Namun, yang salah apabila kita pergi Tel Aviv di saat zionis sedang mengembom dan membunuh rakyat Palestin tanpa menzahirkan tanda bantahan. Apatahlagi jika dalam ucapan kita secara jelas memuji, menjustifikasikan dan menyokong perbuatan mereka. Demikianlah halnya dengan apa yang berlaku di Syria. Nabi Musa s.a.w. juga pergi ke Istana Firaun tapi bukan untuk memuji Firaun sebaliknya menyatakan bantahan atas perbuatan Firaun. Ibn Taimiyyah juga pernah pergi ke istana Raja Qazan, tapi bukan untuk memuji sebaliknya menyatakan bantahan yang jelas dan tegas.
=================MESEJ BERAKHIR==============

Salman Ali:

=================MESEJ BERMULA===============
Isu Syria benar merupakan isu yang complicated... banyak pihak terlibat secara langsung atau tidak langsung.... Amerika dan negara Teluk terlibat menyokong puak penentang Bashar, ISIS mengambil peluang menimbulkan kekacauan. Bashar disokong diudara menerusi penglibatan Rusia dan di darat menerusi penglibatan Iran dan Hizbullah. Diperingkat dalaman, isu pertembungan sunni syiah merupakan tajuk utama... Jadi apa masalahnya dengan analisis presiden PAS, masalahnya adalah presiden PAS meletakkan kesalahan keatas semua pihak kecuali Syiah dan Iran, satu kesimpulan yang jelas-jelas pro syiah Iran. Beliau memperkecilkan konflik antara Sunni dan Syiah dengan memberi gambaran palsu bahawa betapa selama ini sunni dan Syiah hidup aman tanpa konflik. Sedangkan rekod membuktikan pertembungan berterusan antara kedua kelompok sepanjang sejarah. Beliau mengisyaratkan bahawa perbezaan pandangan antara sunni dan syiah rafidhah di Iran adalah dalam masalah fiqh sedangkan beliau mendiamkan isu yang lebih besar berkaitan pengkafiran dan penghinaan para sahabat Nabi yang berterusan dilakukan oleh rafidhoh Iran. Beliau memberi gambaran bahawa isu ini merupakan geopolitik semata tanpa pertalian dengan pertembungan madzhab sedangkan ulama sunni Syria jelas menyebut tentang kezaliman rejim syiah. Menjadi presiden parti islam tidaklah membuktikan analisisnya lebih tepat berbanding orang tempatan yang menyaksikan konflik. Beliau menganggap Iran tidak lebih dari sekadar mahukan negara Arab bersatu membebaskan diri dari belenggu barat sedangkan beliau mengabaikan hakikat penglibatan berterusan Iran dengan bantuan logistik dan ketenteraan kepada Bashar yang jauh melebihi penglibatan negara Islam lain yang kebanyakannya terlibat secara tidak langsung. Apakah menjadi orang tengah merupakan 1 kesalahan; tidak sama sekali... dalam konflik antarabangsa, meja rundingan adalah medan terbaik menyelesaikan masalah. Tetapi yang berlaku bukan sekadar rundingan, pemergian presiden PAS diiringi dengan artikel beliau yang mengecam pihak lain disamping memuji penjenayah sebenar iaitu Iran dan Syiah. Resolusi muktamar yang beliau hadiri dengan jelas menggambarkan penentang Bashar sebagai pengganas sedangkan kemenangan Bashar sebagai sesuatu yang diraikan.... menjadi orang tengah dan berbincang tidak sama sekali menghalalkan tindakan memuji penjenayah dan bersimpati dengan mereka.
===============MESEJ BERAKHIR===============

Putera AlFateh:

================MESEJ BERMULA===============
Kalau diikutkan, aku cukup berhati-hati untuk melontarkan kritikan kpd TGHH ni. Maklumlah, sejak muda lagi ketika di univeristi dulu aku merupakan pengkagum beliau dan Masjid Rusila tu dah macam rumah kedua aku dah. Sejak masjid itu selapis kecil di atas tanah berpasir di tepi jalan Rusila itu hinggalah masjid tersebut di perbesarkan hingga dah jadi 4 tingkat untuk dijadikan Darul Quran. Seperti yg aku jelaskan sebelum ini, selama 30 tahun aku tak penah mengkritik beliau kerana mengkaguminya sejak sekian lama. Aku dengan PAS ibarat dahaga dengan air sejuk, yg sangat diperlukan untuk orang yg mencintai harakah Islamiyah. Ketika Harakah organ rasmi Pas dikeluarkan pertama kali dahulu pada tahun 1985 (kelahirannhya sama tahun dgn Proton Saga) aku tak pernah "miss" setiap keluarannya sehingga untuk suatu tempoh lebih kurang 15 tahun aku tak ketinggalan membelinya. Demikianlah "teguhnya" aku bersama Pas dan kepimpinan ulamaknya. Ketika itu, ceramah2 hj hadi dalam kaset-kaset yg dirakamkan pelbagai pihak menjadi koleksi aku hingga berkotak-kotak banyaknya. Dalam 1000 keping kalau tak silap aku kira dulu. Sampai sekarang masih ada lagi aku simpan walaupun teknologi terkini tidak lagi sesuai untuk mendengarnya kerana tali-tali kaset lama begitu akan rosak dan putus. Demikianlah kagumnya ku dengan insan bernama hj hadi itu. Pidatonya, karismanya, kredibilitinya dahulu amat membanggakan. Malah jika aku ke masjid rusila dan orang lain yg mengimamkan solat jumaat, nescaya masjid itu tak seramai bilamana ketika beliau ada memberikan kuliah dan seterusnyan imam solat jumaat. Seolah-olah Masjid Rusila akan lesu ketika beliau tiada di situ. Jika nak tulis kisahnya nescaya panjang berjela dan menjadi memoir yang indah sebagai seorang yg mencintai perjuangan Islam. Walau bagaimanapun, pandangan dan persepsi aku terhadap hj hadi ni sedikit demi sedikit mulai berubah dan kekaguman aku terhadapnya mulai luntur bilamana beberapa tuturkata dan tindakanya sangat kontra dengan apa yg dilaung-laung selama berpuluh tahun sebelum itu.Misalnya dalam kes 1MDB sangat janggal bilamana seorang yg bukan ahli dalam bidang ekonomi memberikan komen yg melucukan, perlu ada saksi untuk tuduh najib katanya. Ini betul2 mengarut punya statement sedangkan kes itu dah jadi isu dunia. Kemudian banyak lagi kenyataan2 beliau yg memeningkan seperti PAS bukan gila kuasa, Pas tak nak Putrajaya dan sebaginya, yg rasanya tak perlu aku ulang dis ini kerana smua orang dah maklum. Apa dah jadi dgn ulama ni sorang? Tindak tanduk dan percakapnya sudah tidak lagi membayangkan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin yg dihormati. Kluk klek kata orang Terengganu. Seolah2 habis segala ludah dan liurnya selama ini dijilat kembali apabila mengambil pendekatan jinak dengan umno. Kalau begitu, apa bezanya dia dgn ibrahim ali dari segi pendekatan politik? Terkini, apabila isu kehadirannya ke persidangan syiah di Tehran menjadi kecaman ramai pihak, beliau yg kelihatan berada dlam situasi mempertahankan diri semakin menyerlahkan kelemahan dirinya sebagai seorang yg berilmu agama yg seharusnya dihormati ramai. Bila motif kehadirannya itu kantoi, dicari-cari alasan lain utk membela diri sedangkan di zaman sekarang beliau patut sedar maklumat di hujung jari dan orang boleh mendapatkannya sepantas mungkin. Kita lihat urutan sikap kluk klek hj hadi ini yg sama sekali tidak wajar dilakukan oleh seorang yg berggelar ulamak yg aku petik dr tulisan friendlist; 16 Disember : Presiden Pas kata sudah maklumkan pemergian ke Tehran atas kapasiti Timbalan 3 Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) kepada sekretariat 21 Disember : KUIS hentam Presiden Pas menipu pemergian kununnya direstui Dr Yusof al-Qardhawi dan sekretariat 22 Disember : Setiausaha Majlis SYURA Ulamak (MSU) kata pemergian adalah atas kapasiti Presiden Pas dan tidak mewakili KUIS 23 Disember : Dah kantoi, tuduh Dr Yusof al-Qardhawi telinga tak berapa dengar dan mata tak berapa nampak kununnya tidak faham krisis Syria sedangkan seminggu sebelum itu BANGGA kununnya jadi wakil KUIS! Apa dah jadi dengan Tokguru ni? Kenapa sampai begitu sekali payah dan rohoknya dia nak mengaku "kesilapannya" bhw sebenarnya dia tak jujur dalam bicaranya? Bukankah mudah jika beliau meminta maaf shj dan mengaku bhw pemergiannya ke tehran itu adalah amalannya sejak 30 tahun dahulu? Kemudian dicarinya kelemahan dr yusof qardhawi, makin lah lagi menyerlahkan kelemahan sbg ulama yg tersohor dgn mengatakan dr yusof dah kurang pendengaran dan kurang penglihatan yg kemudiannya telah disanggah dgn bukti oleh seseorang seperti di sini; https://www.facebook.com/ahmadsayutibashir…/…/10154803694809. Jika dalam kes sebegini kelihatan beliau spt "berbohong", apakah tidak mungkin dlm beberapa kes yg lain spt isu dedak 90 juta itu juga menuntut keberanian dan kejujuran yg tinggi untuk menafikannya? AKu bukan nak menuduh atau menelan bulat2 tuduhan yg dilemparkan itu tetapi hingga kini tiada suatu penafian konkrit pun yg keluar dari mulutnya sendiri, yg meyakinkan semua orang. Apatah lagi kedua pihak diam membisu. . Yg ada cuma TITM shj yg berpencak silat mempertahankannya manakala tindakan saman ke atas SR itu seolah-olah akan menjadi debu di tiup angin lalu sahaja.Bukankah ini melibatkan maruah diri dan parti PAS sendiri? Syak wasangka atau suuz zhon kadang terjadi apabila tindak tanduk kita secara sedar atau tidak, secara langsung atau tak langsung terserlah melalui keputusan2, tindakan2 dan tuturkata kita yg bercanggah dgn kebiasaan yg orang melihatnya. Sikap berjinak2 dgn umno itu kelihatan semakin ketara selepas isu itu timbul. Apakah ada udang di balik rimbunan lumut2 hijau di danau yg nampak jernih riak air tasiknya? Dalam kes video "orang kuatnya" dahulu misalnya, yg pada aku boleh dipercayai ketulenannya berdasarkan suara, gerak tubuh, wajah yg jelas dll, kenapa beliau mengambil pendekatan membisu dan dalam masa yg sama terus memberikan kedudukan penting kepada orang itu dalam parti. Apa dah jadi dgn PAS yg hendak dibawa oleh tokguru ini hah? Dah lah dia kental dgn sokongannya kpd syiah. Hadoii. Apa yg aku bangkitkan ini bukan bermaksud serangan peribadi ttp ingin ungkapkan isu kredibiliti seorang tokguru dan moral sebuah parti yg menjadikan Islam sebagai dasarnya. Ini isunya. Seorang ulama seharusnya perlu berlaku jujur dan tawadhuk sepanjang masa. Tapi apabila beliau spt merendah2kan dr yusof qardhawi orang akan makin hilang rasa hormat kpd tokguru PAS ini. Mengaku silap akibat khilaf kita tentunya akan meningkatkan lagi darjat kita tp jika merasa diri serba bijak, serba tahu, serba betul itulah yg jadi masalahnya. Renung2kanlah wahaiTokguru ! ================MESEJ BERAKHIR===============

Arham Merican

===============MESEJ BERMULA==============
Alhamdulillah selesai Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Bank bertempat di Pejabat Rasmi Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dan mesyuarat dipengerusikan oleh Sheikh Dr Abdul Sattar Abu Ghudah melalui telefon daripada Kuwait. Nota: Disebabkan ramai ingin tahu kaitan KUIS dengan ucapan dan kehadiran TGHH ke Persidangan anjuran Majlis Taqrib Mazhab-mazhab Islam Antarabangsa di Tehran, Iran: Jawapan ringkasnya adalah tidak ada keizinan daripada pihak Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS). Sekadar itu sahaja. Jangan bertelagah dan jangan kaitkan nama Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) dan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, Pengerusi KUIS dan Sheikh Ali Al-Qaradaghi, SU Agung KUIS, orang kanan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi, orang nombor dua KUIS yang keduanya senada dan telah menolak sebarang usaha taqrib selepas apa yang terjadi di Syria. Muhammad Arham Munir Merican
Doha, Qatar
19/12/2016
==============MESEJ BERAKHIR==============

8. Rempuhan Berlin
9. Isu Rohingya
10. Cerita Animasi berunsur "dajal"
11. Berita sebuah U ditarik akreditasi.
12. Tragedi pesawat PIA yang mengorbankan Junayd Jamshed, pendakwah terkenal Pakistan
13. Isu Mengucapkan "Merry Christmas" oleh Muslim kepada orang-orang Kristian.

Beberapa respon:

Tuan Muhammad Shahzuan

==================MESEJ BERMULA================
Ucapan hari natal/Christmas ? Ya, dulu semasa Saya jahil, Saya Akan ucap hari raya apa pun pada Kawan Kawan non Muslim. Tapi setelah diberitahu/dijelaskan Oleh ustaz/guru yang alim, mereka menjelaskan lebih terperinci tentang dalil dan ijma' para ulama, Saya berpegang pada "tidak boleh mengucapkan nya" Kepada yang hendak berpegang kata harus/boleh, kena baca semula penjelasan para ulama supaya tidak tergelincir Daripada fatwa mereka. Sehingga ke hari Ini, Ada juga rakan rakan non Muslim tetap berkawan dan bersahabat dengan Saya biarpun Saya tidak ucap apa apa pada hari raya mereka.
Bagi Saya, Cukup lah sekadar kita menghormati hak setiap insan yang dituntut Oleh agama kita (islam) dengan jujur,amanah, dalam setiap hal dan tindakan. kita tunjukkan akhlak Islam yang murni kita pada mereka. Insha-Allah kita AKAN dihormati tanpa perlu ucap apa apa yang boleh buat mereka gembira/senang hati dengan kita (ucapan hari agama/raya) Walalhualam..
Tuan Muhammad Shahzuan
==================MESEJ BERAKHIR===============

Lain-lain respon:

Mesej di dalam penyampaian:

==================MESEJ BERMULA================
David: Morning..wat a great day..
Muslim: morning..so, hows ur Christmas?
David:great..will be enjoying very soon...
Muslim: good.
David: No wish for me?
Muslim: Islam respects the non Muslim, but to greet other religion is not allowed.
DAvid: but why?
Muslim: seems like we cant stop u to drink liquor, but we cant drink it..
David: But many of Muslim did wish for me..
Muslim: can you confess our confession of faith?(syahadah)?
David: NO!..can not!..it will effect my faith..
Muslim: but why? just a word.. say it..:)
David: now i am understand:)
Happy holiday to all Malaysian~
==================MESEJ BERAKHIR================

14. Aktivis Alam Sekitar Ditahan
15. UN memutuskan israel dilarang membangunkan perumahan di tanah yang dijajah (Palestin)
16. Isu Gaji yang dipohon oleh Graduan Segar sehingga RM6,500.

Dalam isu ini, dapat dibahagikan respon kepada dua golongan:

(1) Oposisi. Golongan yang mengkritik ini menghujah soal kos sara hidup yang meningkat, dan ada yang menyifatkan isu ini sebagai permainan golongan kapitalis yang akan memandang rendah kepada graduan yang ingin bekerja dan membuka peluang menindas.



Berikut merupakan antara diskusi di dalam facebook yang membincangkan isu ini.
===================MESEJ BERMULA==================

Anas Alam Faizli Ikuti · 8 jam ·
Cadangan gaji fresh grad SPM 1500 Diploma 2500 Degree 4000 Master 6500 SukaTunjukkan lagi reaksiKongsi 136 Aiman Uslim dan 135 yang lain 42 kongsian 9 Comments Komen
Fadzal Ahmad Fadzal Ahmad Elaun sarahidup student US 1990 usd395-450/m.....2016 usd850-1200/m. UK pun sama kan? Suka · 1 · 8 jam
Arvin Seeva Arvin Seeva I think maybe the better formula is the compensation for degree holders and its ilk should commensurate by a factor of the highest paid employee of the company.. i.e if the factor was 3 times, and the CEO was the highest paid, then the CEO can't be earning any more than 3 times of the graduate's basic salary.. it will incentivise the decision makers to give better salaries for their subordinates since their own salary is now dependent on it.. Suka · 5 · 7 jam
Anas Alam Faizli Anas Alam Faizli We are proposing to cap it at 50 times - now it is close to 300 times Suka · 6 · 7 jam
Arvin Seeva Arvin Seeva And one wonders if these lot are 300 times more effective.. Suka · 7 jam
Anas Alam Faizli Anas Alam Faizli Marahnya kalau fresh grad gaji 4000 - nilai ni berapa sahaja banding tahun 1998 masa fresh grad gaji 2000? Suka · 5 · 7 jam
Ikhwan Hafiz Ikhwan Hafiz Saya pun pelik Tuan. Saya berangan-angan untuk yang terbaik pada anak (generasi akan datang) untuk Malaysia yang lebih baik.
Duit gaji fresh graduates ini akan boast Malaysian economy as well.
Kita hanya pentingkan diri bila consider living cost tetapi for greener pasture we tend to look back. Saya TIDAK PAHAM 😑 Suka · 3 · 6 jam
Farhat Zuhairi Farhat Zuhairi Apa mksdnya greener pasture? Suka · 2 · 5 jam
Ahmad Anas Ahmad Anas Agreed with this, long discussion about this, unfortunately old gen keep on living in the past.. Suka · 2 · 1 jam
Hairi Hashim Hairi Hashim Ya tuan, ada yang cuba membantai graduan hari ini dgn membandingkan pendapatan mereka di tahun 90an dgn hari ini tanpa mengambil kira kos sara hidup yg semakin meningkat saban tahun. Penulisan mereka indah, tetapi tanpa pengiraan dan fakta yg logik. Suka · 48 min
Atie Salwati Atie Salwati Bergantung kepada kemampuan company.... rasanya sure x ramai company akan amik fresh degree holder kalau 4k starting.... Suka · 2 · 7 jam
Anas Alam Faizli Anas Alam Faizli 90% Malaysians are wage earners - tapi marah bila orang mintak gaji yang berpatutan? Apa value RM4k pada 2016 banding RM2k 1998? Suka · 6 · 7 jam
Atie Salwati Atie Salwati Rasanya semua org bukan marah tuan anas.. rasa mcm x mungkin.... banyak impak dia.... cuba bygkan kalau betul2 implement... effect dia gaji org2 dah lama keje juga kena naikkan.... takkan lah gaji fresh grad dapat sama dengan gaji org berpengalaman yg dah lama keje... so tak adil so company sure kena naikkan gaji diorg juga... itu pun dah memberi impak yg beso kepada company..
sy banyak keje dengan company kecik2.. kbykn mmg x mampu nak hire kalau amount byk tu utk fresh grad... lagi2 skrg ni.... banyak company yg dah start buang org... Suka · 2 · 7 jam
Ahmad Anas Ahmad Anas Tp bagaimana yg mmpu utk byr gji expat berlipat kali ganda dri local specialist, tp msih x mmpu? Suka · 1 jam
Ahmad Ziakari Ahmad Ziakari Lagi banyak kilang mencetak ijazah, diploma dan sijil. Suka · 1 · 4 jam
Fadzal Ahmad Fadzal Ahmad 1) mcm mana nk achieve 'high income nation' klu mentality x nk berubah?
2) gaji adalah antara sebab utama 'brain drain'. Kita akan kehilangan good talent. Suka · 1 · 1 jam


===================MESEJ BERAKHIR==================

(2) Yang menyokong. Ramai dikalangan yang menyokong biasanya menulis post dengan menyalahkan graduan itu sendiri. Golongan ini mensifatkan permintaan ini adalah melampau, tidak sedar diri, tak padan dengan kelayakan dan pengalaman (0).

17. Teguran Suhaib Webb kepada Tokoh Ilmuan Islam terkemuka


Respon lain:

Syaykh Abdullah Hakim Quick [Link]

===================MESEJ BERMULA==================
Muslim leaders in the Americas who do not recognize the systematic subjugation and continued suppression of Black people in the West and do not speak clearly against the organized racism that is raising its head today should step down and keep their mouths shut!!! They do not represent Prophet Muhammad (pbuh) in their cowardice and should stop blaming Black People and Native People for their weak family structure or drug addiction. Stop victimizing the victims. Is their no blood in our veins or is it cold water? Are Muslims attending conferences to be entertained or to seek guidance? May Allah raise up courageous leadership from our people and protect us from hypocrisy!!!
===================MESEJ BERAKHIR==================

18. Isu TGHH mendakwa Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi tidak sihat

Respon dari seorang individu di facebook:

================Mesej bermula==========================

GAMBAR & BERITA INI BOLEH BICARA SEBAGAI BUKTI
Dalam politik Machiavellian, "character-assassination" adalah senjata plg mudah digunakan untuk jatuhkan seseorg yg kita tak suka, atau tak setuju dengan kumpulannya. Semua sanggup dilakukan demi mengangkat politik atau matlamat kumpulan, atau parti. 'Asobiyyah diabaikan!
Politician suka menggunakannya, dan lebih berkesan jika ditaburkan bersama FITNAH. Saya faham, kalau itu perlakuan cyber-trooper upahan yg tak faham agama dan dosa. But I seriously can't condone if that were also the weapons of ulamak atau asatizah!
Tatkala ditegur isu salahguna nama Dr Yusuf Qaradhawi dan kepimpinan Ulamak Dunia itu baru ini, adalah sangat melampau apabila tindakbalas memperlekehkan maruah Syeikh dan organisasinya dilakukan secara terbuka, dgn memberi gambaran Syeikh tu sudah sangat uzur dan tua. Dan disebut kepimpinannya turut kelilingi orang tuan lain yg lemahjuga, bahkan sebahagiannya adalah boneka pada kuasa tertentu dunia.
Berduyun para pentaksub Pas terus melebar luaskan kenyataan itu untuk dis-credit langsung Syeikh Dr Yusuf Qaradhawi, dan berkata mmg Syeikh itu dah lama sakit dan dah tak mampu berfikiran rational dalam banyak isu dunia pada masa ini.
Lebih teruk lagi, Syeikh gambaran dibuat atas alasan Syeikh itu sudah tak mampu lagi melihat dan tak mampu mendengar, itu adalah bukti ketidak-upayaan Syeikh itu untuk memimpin organisasi Ulamak Dunia itu.
Come on!. That is way too much ayah chik...
Walau sekalipun tok guru Presiden Pas masih mahu kekal dgn ijtihad peribadi ke Iran bersama dgn kepimpinan syiah baru ini, namun janganlah pulak menembak maruah seseorg sebegitu sekali. You're free to endorse whatever decision you wanted, tapi janganlah sampai bermain fitnah dan dusta!
Alhamdulillah, Seorang sahabat ana dari Shah Alam dijemput dari Malaysia untuk ke satu majlis penganugerahan pada ulangtahun 90 tahun Dr Yusuf Qaradhawi di Istanbul oleh Turkkey, yg turut dihadiri ramai kepimpinan Ikhwan pada 9 disember 2016 lepas. Dan beliau menyaksikan dengan matanya sendiri wajah segar Syeikh memberikan syarahan yg cukup bersemangat, serta menjawab pelbagai soalan wakil dunia sambil berjenaka dan senyuman.
Bahkan, dalam internet itu terpapar pelbagai lagi program Syeikh di pelbagai lokasi lain memberikan pandangan dan syarahan ummah!
Nabi sebut; "Fitnah itu sifatnya tidur". Allah melaknat barangsiapa yg membangunkan fitnah itu.
Kenapa? Sebab fitrah sesuatu FITNAH itu, apabila terbangun sahaja, seolahnya dah tak mampu lagi untuk ditidurkan semula, dan dosanya berjariah.
W'alam
Rujuk - فى أكبر تجمع للإرهابيين.. تركيا تحتفل بميلاد القرضاوى وتصفه بشيخ الوسطية
ULASAN
Berpandukan kepada tarikh dlm gambar tersebut nyatalah jika Dr Yusof Al Qardawi tidak sihat tentu tidak ke Turki meraikan Majlis Penganugerahan Sempena 90 tahun Dr. Yusof Al Qardawi. Itu bermakna dakwaan Hj. Hadi tidak tepat dan dipertikai:-
1. Dr. Yusof Al Qardawi didakwa tak sihat ternyata masih sihat. (Kenyataan buta dan seumpamanya sewajar nya tidak diluahkan oleh seorang ulama mentelah pula yg diperkatakan itu ketua dia)
2. Kedua kenyataan Hj Hadi bahwa pas mengetahui.perkembangan dunia islam tetapi "dunia" dalaman Kuis terutama kesihatan ketuanya gagal diketahui.
3. Jika Hadi ada pandangan sendiri dan mahu kuis berpendirian serupa atau mengambil kira pandangannya, mengapa tidak bersua muka dgn Dr Yusof Al Qardawi yg juga ketua dia? Ini jelas menunjukan ada masalah dalaman antara dia dan pengurusan kuis.
4. Hj. Hadi dan Pas juga gagal mengeluar kan rakaman ucapan dan pendirian Hj Hadi dalam Majlis Taqrib Antara Mazhab di Tehran Iran.
5. Penyelesaian Mazhab Islam dan Syiah yg kononnya dibawa Hj. Hadi di Tehran Iran pada Majlis Taqrib di Tehran Iran sebenarnya adalah pandangan peribadi Hj Hadi sendiri bukan Pas kerana tiada keputusan itu dibincang dan tidak juga KUIS yg jelas tidak dipersetujui oleh badan itu dan Dr. Yusof Al Qardawi.
6. Sejarah dan rialiti dunia Islam juga telah membuktikan bahwa Syiah tidak pernah menjadi pilihan bahkan mereka menjadi sebahagian masalah yg paling bahaya untik umat Islam.
7. Hj. Hadi dengan jelas berada dipihak Iran tidak bersama pandangan dengan KUIS yg mempunyai ulama2 besar dunia berkreadibiliti dan membaca konflik dunia islam dan politik dunia ini dengan kajian teperinci bukan hanya dibilik sempit diatas meja dan melalui media sosial semata mata.
8. Pandangan dan pendirian Hj Hadi sebagai Presiden Pas di Malaysia adalah sangat bahaya jika berterusan menyebelahi Syiah Iran kerana Arab Saudi telah pun mengharamkan Syiah mengambil bahagian didalam musim menunaikan haji di Mekah. Apakah kerajaan Malaysia mahu mengambil risiko ini?
9. Adakah Pas hanya berbanga dengan pengkaji2 politik yg berada disekeliling nya? Sedangkan KUIS didokongi Negara2 Islam serta ulama2 terkemuka dunia. Pas dalam sejarahnya dan penasihat2 dan pengkaji Hj Hadi belum.lagi terbukti kejayaan nya walaupun dalam konteks memenangi politik di Malaysia.
Malah sejarah Parti Amanah telah lebih setahun berada dikancah politik Malaysia ada lah hasil pepecahan dilaku oleh mereka yg menjadi "pengecai" dengan senarai pilihan dalam Muktamar di Kuala Selangor. Sejarah yg tidak mengikut politik sunnah itu telah menyaksikan golongan Profisional Pas menubuhkan Parti Amanah.
10. Peristiwa tersebut diatas cukup menilai dimana letaknya kreadibiliti Hj Hadi sebagai ahli politik dan ulama. Dunia Islam tidak mungkin mengikhtiraf beliau kecuali blok Iran Syiah malah Pembangkang di Malaysia yang punya hubungan luar negara dan tahu isu isu politik dunia semasa juga punya sebab untuk tidak bersetuju dengan percaturan Syiah Iran dapat memainkan peranan mengamankan konflik dunia arab dan kuasa2 besar dunia seperti yang dipercayai oleh Hj. Hadi.
PENUTUP
Semoga Allah memberikan hidayahNya kepada kita semua demi kejayaan mereformasi politik Malaysia dan keamanan dunia serta menamatkan konflik dunia islam yang semakin dipengaruhi kuasa kuasa besar USA dan Rusia dan Yahudi Israel.
لاَ حَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ
(Laa Haula wa Laa Quwwata illa Billaah)
Mudah mudahan Engkau memilih saudara2 dan sahabat2 kami ini termasuk diantara hamba Mu yang di berikan pengampunan oleh Mu Ya ALLAH dan sentiasa mendapat Rahmat di dunia dan di Akhirat.
*In Shaa ALLAH*_
*آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن*
Abu As Siddiq Ar Radzi

================Mesej berakhir==========================

19. Pembangkitan Isu "Toblerone" dan coklat D'aim oleh nst
20.
_______________
[1] Memikior: Memikir; fikir (loghat Perak)
[2] Baru-baru ini heboh disiarkan dan diviralkan berkenaan hebahan penggunaan perkataan atau istilah baharu yang diperkenalkan. Aku nak kritik juga fasal perkara ini. Satu, berita ini disebarkan dengan merujuk kepada snapshot sebuah akhbar(?). Adakah ianya RASMI DARI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA? Kedua, mentaliti. Ada satu perkataan yang diviralkan (perkataan baharu efektif Disember 2016 (?) adalah tular) iaitu "highlight" diletakkan sebagai "imej tumpu". Ada satu occasion dalam whatsapp aku lontarkan persoalan, kerana mereka yang mewar-warkan (wara-warakan, jeesh! ada sesiapa tak boleh sahkan benda ni??) slogan "Biasakan yang betul, betulkan yang biasa." Aku kemukakan ayat ini. "Please highlight this sentence." Adakah betul untuk diterjemah sebagai "Sila imej tumpukan ayat ini." Respon yang aku dapat, "Tulah macam pelik je. Tapi kena biasakan."Mentaliti yang amat salah bagi aku. Ya, betul, biasakan yang betul, tetapi persoalannya betulkah? Betulkah penggunaannya? Ianya salah, jadi jangan biasakan yang salah. Dalam kes ayat ini perkataan yang tepat untuk "highlight" adalah "tekankan", kerana perkataan "imej tumpu" dalam Kamus Dewan adalah istilah dalam bidang seni. Maka demikianlah ceritanya. Aku tiada masalah untuk lestarikan Bahasa kita, Bahasa Melayu, tetapi common sense jangan tinggalkan. Penggunaan dalam konteks yang betul pun kena ambil perhatian. Selfie: "Swafoto", penamaan baharu ini bagus dan perlu disokong untuk kembangkan lagi bahasa. Sama seperti tak lama dulu mulanya diperkenalkan (semula?), Booth: "Reruai". Yang semacam ini, saya tiada masalah. Ini pandangan peribadi, boleh setuju, atau tidak.
[3] Clickbait: "Umpan klik" (Ibadurrahman, 2016), iaitu umpan siber selalunya internet bagi meraih sukaan atau tontonan semata-mata dengan meletakkan gambar-gambar penarik (thumbnail) atau kepala tajuk yang kadangkala indah khabar dari rupa dan tidak menggambarkan maksud sebenar. (Ibadurrahman, 2016) ya, takrifan ini ana yang letak.
[4] Modern Malay Internet slang:
Propa: (colloq. Propaganda)
Fesbuk/fb: (colloq. Facebook)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan