Isnin, 12 September 2011

Life Is A Journey From Our Brain to Our Heart


CAMPUS LIFE

"How you define life?" soal profesor Ramlee kepada pelajar berketurunan cina. "For me life is an adventure. Because life is full of challenges that we need to overcome." jawabnya. "Okay, give me the challenges in your life?" tanya Prof lagi. "Exams". Jawab pelajar cina itu selamba. Tersenyum lebar sang pensyarah diikuti gelaktawa yang lainnya. "You should not think that examination is your pressure, but actually your pleasure. Then you know how good life is it" prof cuba bawa pelajarnya berfikir. "Where our happiness come from? You there, how would you define life?" soalan dituju pula kepada pelajar di sebelah pelajar cina tadi. "life is how we interact with things." katanya. "like our receptors." Sudah, dia sebut fasal reseptor pula. Siaplah kau, kataku dalam hati sambil tersengih seorang diri. "What is receptors?" Seraya Prof bertanya. Sudahku agak. "We as a university student should talk what we know" Nasihatnya lagi. "Receptor err..is a thing that receive signals from outside of our body..." Jawabnya tanpa keyakinan. "How many receptors do we have?" soalan itu lantas meng-check mate kan budak itu. Diam. Ditanya pula yang sebelah lagi, "We does our 'need' come from?" "from our gene". Jawab pelajar itu. "How many genes do we have in human genome project?" Bingkas prof. Tergelak pelajar itu. Tiada tahu pula bilangan gene yang manusia ada! Mungkin 10,000 atau 30,000? Aku mula rasa suka akan gaya pensyarah ini. Beliau cuba mengaitkan fisiologi dengan falsafah kehidupan. Barulah nampak hubungannya. "We created our problems" "Our brain is full of confusions" aku cuba mengingat kata-kata filosofnya. Masuk akal juga. Kita sendiri cari masalah. Akhir sekali dia merungkai makna kehidupan. "Life is a journey from our brain to our heart". "Provided that our physiological need is in good condition".

*******

"Duduk kolej situ lagi ka?" tanya seorang pemuda menyapa. "tidak, tukar kolej lain pula" jawabku. Aku cam mukanya kerana selalu nampak di kolej lama. Tak kenal rapat. "eh, belajar lagi kah? ka final year?" tanyaku. " Eh, taklah. Baru masuk." jawabnya. "Baru masuk apa pula, selalu saja nampak.." aku kepelikan. "Baru masuk master sambung geologi". Dia kata ambil master setahun. Fuh, confirm pointer degree mantap. "Aku rasa kecil sangat ambil master" Dia mula buka cerita. "Yalah, aku seorang sahaja degree, yang lain semua ada yang dah kerja petronas, macam-macam background." "Aku saja student background. Terasa kecil". "Belajar memanglah begitu." jawabku (aku sendiri pun belum tentu). Seronok betul dengar orang sambung buat master lepas habis saja degree. Ex-roomate aku sendiri dapat sambung belajar dengan biasiswa lagi. Fuh memang masyuk. Tapi pointer mesti tip-top lah. Tambah pula ustaz sudah pesan awal-awal, "kamu bila sudah tamat pengajian nanti isi borang dulu untuk sambung belajar". "Ada duit ka takda, itu hal lain. Dunia sekarang kerja pun susah nak dapat." "Yang penting, ada back-up plan".

*******

Bila sebut tentang yuran, memang macam-macam keluhan boleh dengar. Nak buat macam mana, kos hidup makin meningkat. Universiti ini pun tak terkecuali. Setiap tahun pasti naik, tak banyak pun sikit. Naik sikit itu pun banyak. Ini mungkin dirasa oleh pemegang PTPTN atau MAS saja. Maklumlah, sepertimana nasihat seorang pelajar JPA, "Itulah siapa suruh tak belajar rajin-rajin." Aku doakan kejayaan semua pemegang JPA dan gunakanlah kemudahan itu sebaik mungkin. Duit rakyat juga itu, jangan boros! Kali ini lagi menarik. Belum buka sem lagi sudah ada dikreditkan. Lebih menarik ada seorang sahabat, memeriksa akaun dan mendapati hutang seribu lebih, sedangkan dia PTPTN. "Eh, bukan ka PTPTN tolakkan untuk setiap pembayaran yuran?" "Entahlah. Sabor ja lahh". Tahun ini juga dengar-dengar khabar angin untuk mengenakan yuran shuttle bas. Aku harap tak dalah. Tambah nilai prabayar pun nampaknya nak naik 6% tahun ini. Seronoknya. Orang banyak duit seronoklah. "Ah, 60sen je naik ape ada hal...". Tengok akhbar kata nak bincang dengan kerajaan, sebab ramai yang bantah. Aku ingat lagi dulu, harga gula. Dalam surat khabar kata harga gula tak naik. Pup! naik juga. Dalam tv kata harga minyak akan dikaji semula. Naik juga senyap-senyap. "Harga minyak dunia sudah meningkat." Okey. Aku paham. Sebab tulah nak bina janakuasa nuklear ya?. Dan aku yakin dan percaya, eventually prepaid akan naik. Kalau dikampung dulu RM10.50. Lepas ini entah-entah RM12.00 terus. Fasal kolej belum lagi. Aku kadang-kadang terfikir kenapa yuran kolej senantiasa meningkat saban tahun. Universiti lain jauh lebih murah berbanding universiti ini, bahkan lebih baik prasarananya. "Kalau tak mahu mahal, pergilah U lain". Mungkin ini akan keluar jika isu yuran di hebahkan di laman sosial. Jawapan anak orang kaya. Jawapan orang yang sombong. Bodoh pun ada. Yang menambah kehairanan aku apabila selepas tamat satu sesi, akan ada rombongan ke luar negara, Indonesialah, Singapuralah, wah, banyaknya duit sampai boleh ke sana. Aku cuba bersangka baik. Mungkin ada peruntukan lain. Mungkin mahal sebab maintenance. "Ye lahh.." seperti kata kawan Upin dan Upin yang jual dua seringgit.



Apa-apapun, buatlah yang terbaik ketika belajar ni Universiti. Duit kamu itu bukannya duit kamu! Belajarlah serajin-rajinnya!

Ahad, 4 September 2011

Pengajaran Ramadhan 1432H

Khutbah Jumaat lalu amat memberi sentuhan pada diriku. Tajuknya agak ringkas, Pengajaran Ramadhan. Pada mulanya, aku cuba mengagak akan isi-isinya yang bakal diutarakan oleh khatib, namun ia lebih mantap dari yang disangka. Ia banyak menyentuh soal perpaduan Umat Islam. Umat Islam kini terlalu banyak disebukkan dengan pertengkaran berkenaan hal-hal ranting (bukan dasar) sehingga menyebabkan perpecahan yang kian parah. Sebagai contoh, Solat Tarawih. Adapun perkara pokoknya iaitu ibadah puasa yang menjadi salah satu rukun Islam, sedangkan solat tarawih hanyalah sampingan sahaja. Ada pihak mengatakan 8 rakaat ditambah dengan 3 witir dan ada pula mengatakan 20 rakaat ditambah dengan 3 witir. Begitu juga dalam perkara lain. Namun, kesalnya hal ini berlarutan sehingga berlakunya sengketa di antara umat Islam. Masing-masing punyai hujah tersendiri dan dalil dari hadith Nabi S.A.W. Namun, tegas khatib, tiada nas atau dalil sama ada al-quran atau hadith menyuruh kita agar bergaduh dengan perkara furu'.

Benar apa yang dikata oleh khatib. Tiada gunanya kita bercakaran sesama sendiri pada perkara ranting yang mana masing-masing ada dalil yang benar. Bukankah, Allah telah menjanjikan satu pahala kepada hakim yang tersalah dalam ijtihadnya dan dua pahala kepada hakim yang tepat ijtihadnya. Ya benar, aku pernah mengalami situasi ini ketika aku menuntut di Universiti. Melalui apa yang aku telah lalui, dua pihak saling berbantah-bantah, saya rasa kalian juga sudah tahu-apa yang saya maksudkan. Kedua-dua pihak mengklaim yang mereka adalah di pihak yang benar. Merekalah paling Islam. Merekalah yang paling sunnah. Masing-masing gelar-menggelar diantara satu sama lain-saya tidak mahu nyatakan disini- dan saling menunjukkan sikap bermusuhan. Satu pihak ini tampaknya terlalu keras, dan kadangkala dilihat semacam terburu-buru dalam menghukum. Begitu juga dengan pihak satu lagi. Apapun, saya tidak menyalahkan mana-mana pihak.

Saya yakin dan percaya bahawa kedua-dua mahukan sunnah Rasulullah S.A.W dihidupkan. Apa yang saya lihat secara umum, kedua-dua ada kelebihan dan kekurangan. Bahkan, saling lengkap-melengkapi. Saya amat khuatir benda seperti ini akan menjadi penyebab kepada tanggapan negatif orang bukan Islam bahkan menjauhkan lagi mereka dengan Islam. Malaysia yang sudah sedekad merdeka sepatutunya sudah menjadi hub orang Muslim yang berbilang kaum, namun sehingga kini masih lagi berada di takuk yang sama.

Berbalik kepada khutbah, seperkara lagi yang amat ditekankan ialah konsep taqwa. Ini dirujuk pada ayat 183 surah al-Baqarah. Ibadah puasa akan melahirkan muslim yang bertaqwa. Inilah 'program' yang telah 'diaturkan' oleh Allah kepada hamba-hambaNya untuk memperbaiki diri. Cuba fikirkan sejenak, jika 20 juta rakyat Malaysia yang 60% muslim keluar dari Ramadhan dengan taqwa. Apa akan terjadi pada Malaysia? Kalau rakyat bertaqwa, apa akan terjadi? Kalau pemimpin bertaqwa, apa akan terjadi pada Malaysia?


Mukadimah

Assalamualaikum warahmatullahiwabaarakaatuh

Ini merupakan corentanku yang pertama kali dibuat di ruang maya yang tiada sempadan ini. Aku berharap tiap-tiap apa yang aku tulis ini dapat menjadi iktibar dan sumber inspirasi aku untuk terus menjadi seorang muslim yang baik, anak yang baik, murid yang baik, pekerja yang baik, guru yang baik hatta hinggalah segenap aktiviti aku semuanya baik. Aku juga terpanggil untuk menulis sekadar tatapan dan luahan serta buah fikiran yang tidak dapat ku lontarkan di dunia realiti. Tiap-tiap manusia pasti ada kecenderungannya, namun tatkala sesuatu argumentasi jika dipanjangkan dengan emosi, maka hilanglah segala integriti tak kiralah di pihak mana pun kita berpaut. Justeru mungkin ada diantara tulisanku ini mungkin bertumpu pada sesuatu pihak, namun, percayalah saya juga adalah seperti kalian, insan yang inginkan kebenaran dan akan terus mencarinya.