Sabtu, 3 Disember 2011

Pembudayaan Ilmu Dalam Kalangan Mahasiswa

Ceramah Ilmu diadakan di Kampus.

Nota: Tulisan ini dibuat untuk rekod simpanan aku supaya aku dapat ingat sampai bila-bila.

Bagaimana caranya kita untuk membudayakan ilmu. Iaitu kita mesti kembali kepada Allah dan Rasul-Nya. Kita perlu berdoa' supaya kita dapat memahami apa jua ilmu yang kita pelajari seperti mana Rasulullah memahami ilmu. Suatu riwayat hadith dalam sunan Ibnu Majah (Shahih) menyatakan bahawa Nabi S.A.W senantiasa mengamalkan doa' pada selepas salam solat Shubuh; (tulis rumawi)

Allaahumma inni As aluka 'ilman nafia' wa rizqan tayyiba, wa 'amalan mutaqabbala

Al-Imam Muhammad Idris as-Syafie merupakan seorang yang amat mencintai Ilmu. Antara ciri seorang yang amat mencintai ilmu adalah sohbatul-ustaz iaitu sahabat kepada guru kita. Berapa kali kita berjumpa dengan guru kita (di luar kelas)? Kata al-imam syeikh Al-Utsaimin menyatakan bahawa;

Manusia akan menyembah Allah dengan penuh sedar (bashiroh) melalui ilmu.

Apa tanda-tanda lain seorang yang 'knowledge seeker'? Didalam poketnya sentiasa ada pen. Itu merupakan senjata orang berilmu. (al-Qalam). Maka, kita perlu biasakan sebolehnya untuk membawa pen/ buku nota dalam poket kita kerana kita bersedia untuk menerima apa jua ilmu yang datang.

Kita mencari ilmu, bukan ilmu mencari kita


Ciri yang terakhir sekali ialah, peratusan duit kita, berapa banyak diperuntukkan untuk membeli kitab (buku)? Tanda orang yang benar mencintai ilmu, dia mestilah memiliki buku. (walaupun sekarang ini banyak sumber sudah ada; CD, software dsb.)

Wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan