Isnin, 2 November 2015

KEPENTINGAN SOROTAN LITERATUR

Definisi Sorotan Literatur:
"Pemilihan dokumen-dokumen yang ada (diterbitkan atau tidak) terhadap topik, yang mengandungi maklumat, idea, data dan bukti yang ditulis dari suatu pendirian untuk memenuhi beberapa tujuan atau menunjukkan beberapa pandangan terhadap dasar topik berkenaan, bagaimana ia akan disiasat, serta penilaian secara efektif terhadap dokumen-dokumen ini dalam memperhubungkan dengan kajian yang sedang diusulkan."
1. Tanpanya, kita tidak dapat memperoleh kefahaman terhadap topik yang ingin kita kaji; apa yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain berkenaannya, bagaimana ia telah dikaji, dan apakah isu utamanya?

2. Penyelia menganggap anda telah faham dengan mantap kajian terdahulu topik anda.

3. SL akan mempersiapkan anda dengan kefahaman terhadap teori utama di dalam ruang subjek dan bagaimana ianya diaplikasikan serta dibangunkan, begitu juga dengan kritik utama yang telah dijalankan.

Teori utama (main theory)
Kritik utama (main critism)


4. Review atau sorotan itu sendiri adalah juzuk penting terhadap pembangunan akademik anda - dalam mencapai tahap yang mahir di dalam bidang berkenaan.


MERANGKA SOROTAN LITERATUR

1. Apabila kita berbicara tentang kualiti sesuatu review, ia tidak lari daripada suatu yang dipanggil sebagai 'annotated bibliography' - iaitu sekadar ringkasan tipis dalam pembacaan; dan ia bukan soratan literatur!

2. Kualiti bermaksud:

☕ Ruanglingkup yang bersesuaian - keluasannya dan kedalamannya

☕ Penelitian ketat dan konsistensi

☕ Kejelasan dan keringkasan susunannya

☕ Analisis dan sintesis yang mantap dan efektif; atau dengan kata lain, menggunakan idea-idea di dalam literatur untuk menjustifikasikan pendekatan yang berkaitan sahaja terhadap topik

☕ Pemilihan metod (kaedah)

☕ Dapat mendemonstrasikan bahawa kajian ini akan menyumbangkan sesuatu yang baharu.

KESARJANAAN

Sifat kesarjanaan perlu diterapkan sebelum membuat suatu penyelidikan; umpamanya, kita ingin merangka sebuah soal-selidik, maka, ianya bukanlah seperti membuat senarai 'shopping' akan tetapi perlu kepada pengamatan dan pengetahuan yang tuntas terhadap keseluruhan penyelidikan tersebut. Dengan kata lain, ianya bermaksud:

✎ Tahu bagaimana untuk menyatakan tujuan dan objektif kajian anda.
✎ Mendefinisikan konsep besar dan andaian metodologikal
✎ Mengoperasikan konsep-konsep tersebut dan metodologikal dengan memilih teknik yang secocok untuk mengumpul maklumat
✎ Mengetahui bagaimana anda akan menyatukan hasil-hasilnya.

Integrasi - kunci utama dalam kesarjanaan adalah integrasi. Integrasi di sini bermaksud:

✎ Membuat suatu perhubungan di antara idea-idea, teori-teori dan pengalaman-pengalaman.
✎ Mengaplikasikan satu metod atau kaedah dari suatu area kepada area lain: meletakkan episode kepada rangkakerja teoritikal yang lebih besar, oleh itu menyediakan sudut pandang baharu terhadap fenomenon yang dikaji.
Aktiviti kesarjanaan = berfikir secara sistematik
⚈ Mempersoal secara sistematik
⚈ Bertanya secara sistematik
⚈ Sikap yang teliti dan cermat (scrutinized attitude)

Ciri-ciri penulisan:

♦ Kejelasan (clarity)
♦ Tekal (consistence)
♦ Padu; bertalian secara logik (coherence)

Ciri-ciri di atas merupakan ciri penulisan yang terbaik, dan ia adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai dalam apa jua bentuk penugasan, tak kira seberapa panjang sekalipun. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah misteri yang mustahil dikecapi, akan tetapi dua syarat yang perlu ada untuk mencapainya adalah:

(1) Mengekspresi secara gamblang di dalam penulisan;

(2) Komitmen secara gamblang di dalam pembacaan.

Pengenalan Untuk menunjukkan tujuan, objektif, skop, rasional dan ciri rekabentuk kajian tersebut. Rasional biasanya disokong oleh rujukan-rujukan hasil kerja lain yang mana telah dikenalpasti akan permasalahan umumnya.
Sorotan Literatur Untuk membentangkan kemahiran-kemahiran di dalam pencarian keperpustakaan; untuk menunjukkan penguasaan subjek area dan kefahaman terhadap permasalahan; untuk menjelaskan topik kajian, rekabentuk kajian dan metodologi.
Metodologi Untuk mempersembahkan kesesuaian teknik yang digunapakai dalam mengumpul data dan pendekatan metodologikal yang diimplementasikan. Rujukan yang relevan dari literatur akan selalunya digunakan untuk menunjukkan suatu kefahaman akan teknik-teknik pengumpulan data dan implikasi metodologi, serta untuk menjustifikasikan kegunaannya terhadap teknik-teknik alternatif.

PERSOALAN-PERSOALAN DALAM MERANGKA SL

(1) Apakah teori, konsep dan idea penting?

(2) Apakah isu yang major dan perdebatan berkenaan topik?

(3) Apakah sumber permulaan dan definisi topik?

(4) Apakah soalan utama dan masalah utama yang telah diajukan sehingga saat ini?

(5) Bagaimana pengetahuan terhadap topik distrukturkan dan disusun?

(6) Bagaimana pendekatan-pendekatan terhadap persoalan-persoalan ini dapat menambah dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan