Rabu, 4 November 2015

LATARBELAKANG MASALAH KAJIAN VS. SOROTAN LITERATUR: KENALI PERBEZAANNYA

Apakah perbezaan di antara Latarbelakang Masalah Kajian dengan sorotan literatur?

1. Latarbelakang adalah: kompilasi maklumat yang cukup berdasarkan analisis ke atas argument atau masalah yang anda usulkan; dan langkah yang diperlukan untuk mencapai kepada rekabentuk dan implementasi penyelasaian dan hasil yang diperoleh.

2. Ianya merupakan hasil yang anda buat untuk menentukan bahawa ini adalah masalah, ini adalah langkah-langkah menyelesaikan masalah ini.

3. Ia memerlukan penyelidikan dan intepretasi yang betul terhadap kajian dan tidak ketinggalan citation untuk menyokong kajian yang telah dilakukan.

4. Pertama, mestilah memberikan gambaran yang umum terhadap topik tesis dan memperkenalkan idea idea yang teranyam yang akan digunakan di sepanjang penulisan tesis – ini sebolehnya mengambil kira-kira satu perenggan.

5. Kemudian, sediakan maklumat yang terperinci, yang tepat tentang metodologi/kaedah yang telah diselidiki; bergantung kepada topik individual, ianya mungkin beberapa perenggan.

6. Untuk mengelakkan plagiarism (ciplak), cite-kan sumber anda.

7. Perkenalkan eksperimen anda setelahnya dengan menghuraikan secara ringkas berkenaan metodologi yang telah digunakan dan tujuan metodologi yang anda mahu gunakan; dengan kata lain, mengapa perlu kaedah ini dan bukan yang lain?

Sorotan literatur kebiasaannya diletakkan pada Bab 2, dan ianya adalah kajian, pentelaahan hasil kerja orang lain di dalam bidang atau topik yang anda ingin kaji. Hasil kerja anda bukanlah 100% dari anda. Ianya adalah penambahbaikan terhadap hasil kerja orang terdahulu. Sorotan literatur adalah suatu cara untuk mempamerkan bahawa anda tidak mengulangi apa yang telah dilakukan tetapi anda sedang menambahbaik terhadap apa yang tersedia didapati.

Bab Latarbelakang adalah berfungsi sebagai persembahan kontekstual atau maklumat awal yang penting untuk memahami isi utama tesis anda. Mungkin, di sana terdapat sejarah pembentukan yang mencetuskan persoalan kajian anda. Mungkin di sana terdapat perdebatan terhadap istilah-istilah utamanya atau skop sub-kajian anda. Mungkin juga, anda ingin membawakan bersama beberapa disiplin ilmu lain, dan anda hendaklah menerangkan aspek mana pada setiap disiplin yang anda masukkan atau tidak dimasukkan.

Suatu Sorotan Literatur membina struktur konseptual yang menyimpulkan kesemua idea-idea pokok dari kesemua literatur yang berkaitan. ‘Struktur konseptual’ di sini bermaksud: suatu cara yang tersusun dalam menghubungkaitkan idea-idea yang berasingan supaya kepentingan relatif dan inter-relatif adalah jelas dan menonjol kepada pembaca. Apakah idea paling utamanya? Apakah idea yang menyokong idea utama tersebut? Apakah idea yang berlawanan dengannya? Atas asas apa orang memutuskan idea tersebut sama ada menyokong atau menolak?

Sorotan literatur pada kebiasaannya adalah lebih panjang dan ianya boleh jadi kesuluruhan hasil/artikel atau juzuk sesuatu tesis. Bahagian ‘Latarbelakang’ pada kebiasaannya pendek dan merupakan bahagian pertama artikel penyelidikan. Untuk sorotan literatur, anda seharusnya meneliti dengan ketat terhadap kesemua hasil kajian yang ada, menaksir penemuan yang penting di dalamnya, membincangkan dan mencari kerelevanan terhadapnya.

Review yang lemah: sekadar menyenaraikan hasil-hasil kajian dan dapatan mereka sahaja. Sebetulnya, anda boleh juga memasukkan hipotesis terutamanya apabila terdapatnya kontroversi. Sebagai contoh, lakukan pembezaan dari sudut metodologikal, terangkan kontroversi yang mungkin di dalam dapatan. Anda tidak seharusnya membuat ia terlalu panjang atau terlalu spekualsi yang syadid kerana anda perlu bergantung kepada literatur yang ada. Pada akhir sorotan literatur anda boleh beri sedikit soalan terbuka dan jaminan kajian lebih lanjut sekiranya review anda telah memberikan contoh kontroversi atau contoh kekurangan maklumat di dalam literatur.

Latarbelakang sewajarnya menerangkan secara lalu apa yang telah dilaporkan di dalam literatur setakat ini. Sepatutnya, anda telah mampu untuk mempersembahkan bahawa literatur sebelum ini terdapat semacam kekurangan ataupun memerlukan maklumat tertentu atau suatu kontroversi yang akan anda sampaikan di dalam kajian anda. Anda seharusnya menghuraikan mengapa keterkurangan maklumat tersebut atau kontroversi tersebut perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun, anda perlu elakkan membuat hipotesis atau andaian di dalam latarbelakang. Kesemua itu perlu diletakkan pada bahagian perbincangan.

Rujukan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan