Rabu, 18 September 2013

Almanak 2013: Malaysia [Bahagian 1]

Tahun 2013 sudah masuk ke fasa kedua. Jadi timbul idea untuk tulis peristiwa-peristiwa yang berlaku di Malaysia. Kita perlu cakna dan sentiasa berfikir terkehadapan supaya dapat kita harungi cabaran-cabaran baru di masa kelak. *Ini adalah berdasarkan pendapat peribadi. [Dikemaskini]

25-26 DISEMBER:
- a footage of massive jumping fish and other sea creatures on Lahad Datu shore gone viral on the social media, facebook which, most of the commenter refer to a sign of incoming phenomenon, (one of the popular account, the 2004 tsunami in Acheh).
Another footage from a facebook account claimed to have the same incident at the oil rig in Terengganu waters. This claimed however, denied by various account, and said to be hoax. 

- Well-known motivator figure, Dr. Muhaya, encountering  growing negative feedbacks from the local social media user for her statement and opinion (or what she said as solution) about the worrying hiking prices of food, electric tariff, water, ice, GST, oil, property (house), toll and etc. No feedback from her at this time.

- TURUN: a demonstration may be held to celebrate the 'new year' of new lifestyle. Police making statement in facebook page to warn to detain any people who may join the rally allegedly to topple the government. 

- PALESTINE: ISRAELI launched fresh air attack killing 3 year old girl, after allegedly palestinian sniper killed Israeli personnel. Reaction by Malaysian? None. 

- MESIR: Mengalami musim salji setelah lebih 100 tahun. 

Disember 13 -
Media - Menteri Kementerian Dalam Negeri, Zamid Hamidi mendakwa ada bukti bahawa Orang nombor 2 dalam Pas berpegang kepada pengaruh Syiah. Ia rentetan daripada ucapannya sewaktu Perhimpunan Agung Umno 2013. Apa yang menarik, campur tangan KDN 'melebihi' Jakim, membuat kenyataan mempunyai bukti atas dakwaan mereka. Pendapat peribadi saya: ini semacam mahu mengalihkan isu banjir, kenaikan tarif elektrik, dan (bakal) kenaikan tambang pengangkutan awam (buat masa ini masih khabar-khabar angin, tetapi biasanya berlaku tak lama lagi..)


Disember -

Tarif baru elektrik akan naik, dikatakan 15%, Dato Maslan keluar kenyataan, rakyat jangan cepat mengamuk ekoran kenaikan tarif elektrik. gambar oleh Rossem


Disember 5 
-
Nelson Mandela, pejuang anti-apartheid terkemuka dunia meninggal dunia.



Disember 4 -
Perhimpunan Agong UMNO. Muhyiddin dan DS Najib dilapor bergilir-gilir memantau keadaan banjir. Negeri Pahang merupakan antara yang paling terjejas. Banjir teruk di Pahang (kuantan), Johor, dan Kelantan.



Disember 2 -
Berita negara menggemparkan kes rogol dan bunuh melibatkan 3 kanak-kanak di Kedah.
Kerajaan Kedah? Bekas tapak arkeologi candi di Lembah Bujang dirancang untuk dirobohkan.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Kazim Elias dilantik menjadi Ahli Majlis Tertinggi UMNO.
Tarif baru Elektrik dijangka naik.
Gaji Menteri besar, speaker, dan ahli majlis Selangor naik, berbagai reaksi antara yang menarik, kenyataan Dr. Asri, 'bagus naik kalau kerajaan telus seperti Selangor'.
Bekas mufti Perlis, Dr. Asri mengkritik keras terhadap dakwaan mufti Kedah berikutan suatu kenyataan langsung di dalam video Youtube.

Disember 3 -
Bintang terkenal Fast & Furious meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan trafik. Beliau, Paul Walker berumur 40, berlakon sebagai Brian O'connor dalam franchise F&F.



November 2 -
Saudara Ahmad Ammar (pelajar Universiti Turki) meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan melibatkan sebuah ambulans. Berumur 20 tahun, dan sangat disegani oleh orang-orang tempatan. Walaupun di usia umur yang muda, beliau sudah banyak menyertai misi-misi sukarela seperti bantuan mangsa Rohingya, Syria, dan lain-lain. 

November -
Putrajaya, kenaikan cukai pintu: "Demi kesejahteraan rakyat".




September 27 -
Harga minyak dijangka naik. Media sosial: Isu rakaman video pengawal keselamatan dan pemain bola sepak nasional hangat diperkatakan; tidak terlepas ada yang menghasilkan video-video parodi.



September 26 -
Bekas menteri besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak telah kembali ke rahmatullah. Jenazah dikebumikan bersebelahan pusara Dato' Fadzil Noor (m. 2002) di Tanah perkuburan Muassasah darul Ulum.



September 21 -
Sambutan hari ulang tahun Angkatan Tentera Malaysia di Dataran Merdeka. Pemakaian seragam digital camo yang baru diisukan dipamerkan kepada awam.



September 16 -
Hari Malaysia. Bekas ketua parti komunis Malaya, Chin Peng meninggal dunia di hospital bangkok (fakta:bertepatan dengan Hari Malaysia). Reaksi berbagai-bagai. IGP memberi jaminan bahawa walau abu pun tidak dapat jejak tanah Malaysia, Chin Peng tidak pernah jadi warganegara. Di facebook, ada pihak yang mengangkatnya sebagai pejuang Kemerdekaan. Terbunuhnya pegawai Inggeris Henry Gurney kerana beliau juga pegawai tanah jajahan Palestin mandat British. 

Segelintir ahli Pas meminta untuk kaji semula hubungan dengan PKR. Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi Pas  tetap bersama PR dan PKR.



September/Ogos -
Harga minyak naik. Temuramah televisyen tempatan gagal menemuramah orang awam yang merasakan tiada kesan harga minyak naik, namun tetap menafikan impak harga minyak dengan harga barang. Logik di mana? Akhbar: harga minyak naik bagi membantu rakyat miskin. Fathul bari: Minyak naik ketentuan Allah. Fathul Bari: Dalam Islam tiada subsidi, hanya ada cukai.

Hari kemerdekaan paling sedikit bilangan orang mengibarkan jalur gemilang. Bendera sang saka Malaya dikibarkan oleh kumpulan aktivis seperti sasterawan negara Pak Samad, Adam Adli dan lain-lain dikatakan dirampas oleh individu yang tidak dikenali di depan khalayak.

Julai -

Pergolakan Mesir dan Syria membuahkan pelbagai reaksi di facebook.



Tanpa Tarikh -

Dua anggota Tindak khas yang didakwa melakukan pembunuhan terhadap warga mongolia suatu ketika dahulu dibebaskan. 



Kes pembunuhan melibatkan senjata api semakin meningkat. Polis mengumumkan Ops Cantas bagi membendung kumpulan samseng. 

Suatu petang bersama seorang pakcik

Suatu petang bersama seorang Pakcik

Pakcik: "Dik, tolong ambil gambar pakcik. Biar nampak nama ni semua ya." kata seorang pakcik umur lewat 60-an berbaju t-hitam berseluar track bottom sambil menghulurkan telefon bimbit nokianya. Kepalanya hampir botak. Mungkin mengambil udara bandar petang-petang ini.


Le me: "Pakcik ke kiri sedikit, baru nampak nama".  mengarah pakcik tersebut mengubah sedikit posisi agar nama tertera pada tembok itu nampak jelas.

Pakcik: Sambil melihat gambar yang di ambil pada telefon bimbitnya, "ohh..okey lah ni...terima kasih dik...bukan apa, saya orang lama, bila lalu sini teringat fresh masa dulu-dulu...barangkali engkau pun belum lahir lagi, tahun 69 saya di sini. Saya dulu guru, sekarang saya rehat.." katanya sambil tertawa kecil.

Mendengarkan tuturnya seperti kesarawakan sedikit, lalu bertanya, "pakcik tinggal disinikah?"

Pakcik: "Saya duduk di Damansara, anak ada di situ, asal Miri. Sudah sampai sarawak ka? Boleh paham bahasa sarawak"?

Le me: "sik da la pakcik, kamek paham sikit ja mun klaqa sarawak"...cuba menukar landasan lidah bunyi sarawak.

Pakcik: tertawa. "Ya lah, bila lalu sini teringat zaman muda. Zaman gila. Gila kami dulu lain dengan gila kamu orang. Kami punya zaman itu sebelum agogo lagi. Pakcik dulu satu geng la dengan Anwar. Pakcik sama-sama join itu...student movement...Bagus dia dulu. Tapi sekarang tidak tahulah kan. Politik. Begitulah."

Le me: Tertawa. Tak lama kemudian pakcik meminta diri. Memperkenalkan diri sebagai Abu Bakar. 



Kuliah Hadith 40: Hadith Ke-2 [Bahagian 2]

Sambungan Kuliah Hadith 40: Hadith Ke-2
Disyarahkan oleh: Syaikh Feras (Syria)

Tentang Suhuf: Tidak seperti Nabi kita Muhammad (SAW) yang diturunkan kepadanya Al-Qur'an, Nabi Daud (a.s) yang diturunkan kepadanya kitab zabur, serta Nabi 'Isa (a.s) yang diturunkan kepadanya kitab Injil, suhuf-suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Musa (a.s). Suhuf-suhuf ini bukanlah kitab yang sempurna, tetapi ia adalah lembaran-lembaran (serpihan) yang mengandungi ajaran-ajaran tertentu. Kesemua kitab dan suhuf ini tidak kekal kecuali Al-Qur'an, dan kesemuanya adalah rangkuman ke dalam Al-Qur'an.


Tentang keimanan kepada Rasul: Nabi seperti mana mengikut riwayat ada lebih kurang 124,000 orang, manakala Rasul pula adalah lebih kurang 360 orang. Syarat kenabian adalah mestilah:

(1) Lelaki
(2) Menerima wahyu
(3) Mempunyai syariat (Nabi: Allah s.w.t tidak mewajibkan untuk menyampaikan kepada manusia)

Seorang nabi, apabila ia diarahkan Allah supaya menyampaikan syariat, maka kedudukannya telah diangkat oleh Allah; tergolong sebagai Rasul. Hal ini sepertimana Nabi Muhammad (SAW) sendiri tatkala turunnya ayat 'iqra' masih lagi nabi yakni belum ada arahan untuk baginda menyampaikan syariat sehinggalah turunnya ayat dari surah al-muddathir 1-2, iaitu bermulalah arahan Allah s.w.t agar disampaikan syariat kepada orang lain. 

Ulul 'Azmi: Golongan rasul yang menerima paling banyak cabaran iaitu Nuh (a.s), Ibrahim (a.s), Musa (a.s), Isa (a.s) dan Muhammad (SAW). Susunan mengikut darjat di sisi Allah: Nuh

Beriman dengan hari Qiyamah: Syaikh bertanya: Limaza sumiya bi yaumil aakhir? (Mengapa ia dinamai hari akhir?) Kerana hari itu adalah hari terakhir sistem masa yang kita biasa hidup ini (24 jam sehari) sudah tamat. "The day where the dimension of time is taken away". Apabila tiada lagi sistem masa-maka apa yang berlaku adalah SELAMA-LAMANYA; bermakna ia kekal. Syaikh bertanya: Bilakah hari Akhirat bermula? Jawabnya: Ia bermula pada hari kita mati. Masa itu sudah diambil dan tamat bagi kita. Maka kita akan masuk ke alam yang lain (al-barzakh) dengan dua kesudahan sama ada tempat tinggal kita di sana adalah: Taman dari taman-taman syurga, mahupun lubang dari lubang-lubang neraka. Nau'dzubillah hi min dzaalik. 

Surau Abu Bakar Al-Siddiq
18.9.2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434
Kuliah disambung pada hari Sabtu

Jumaat, 13 September 2013

Kuliyah Hadith 40: Hadith ke-2

Catatan Bertulis
 Kuliyah Hadith 40 karya Al-Imam an-Nawawi: Hadith ke-2

HADITH 2

 Rumusan hadith:

1. Hadith ini merupakan gabungan perkara-perkara dasar di dalam agama Islam iaitu Islam, Iman dan Ihsan. Dengan kata lain, Islam itu tertegaknya atas dasar-dasar ini. 

2. Suasana keadaan yang digambarkan di dalam hadith: Saidina Umar r.a serta para sahabat melihat seorang lelaki datang berjubah putih, dan tiada sebarang tanda akan ia seorang yang bermusafir, kerana kebiasaan orang musafir di padang pasir pastilah paling tidak, rambutnya tidak terurus kerana angin yang meniup di padang pasir (sedangkan lelaki itu kemas rambutnya dan hitam warnanya); dan pakaiannya paling tidak pastilah punyai kekotoran, tidakpun kesan-kesan pasir mungkin melekat (namun sekali lelaki itu berjubah putih kemas). Hal ini menjadi kehairanan kepada yang hadir di dalam majlis bersama Rasulullah tersebut termasuklah Sayyiduna Umar Al-Khattab serta sahabat lainnya, kerana lelaki tersebut seolah-olah tidak datang dari jauh, datang berdekatan, namun sama sekali tiada pula mereka mengenali, dan tiada pernah melihat akannya, bahkan ia masuk dan terus duduk merapatkan kedua-dua lututnya dengan Rasulullah SAW seloah-olah akrab dan sangat mengenali. Tambahan pula, ia bertanya, namun setelah persoalan dijawab oleh Rasulullah SAW, ia pula yang mengesahkannya. Dan Sayyiduna Umar r.a serta sahabat lainnya mentelah mungkin lelaki ini bukan orang sebarangan. 

3. Tentang adab menuntut ilmu: Ulama' merumuskan bahawa hadith ini juga menunjukkan adab paling tinggi dan terbaik, dan berkah di dalam menunutut ilmu. Cara duduk seperti duduknya mailaikat Jibril a.s. merupakan adab pelajar yang ingin menerima ilmu dari gurunya; penghormatan begitulah manfaat ilmu yang ia akan terima dari gurunya. Nasihat syaikh: Satu perkara yang tidak disenangi oleh guru yang mengajar adalah jika penuntut-penuntutnya bergerak-gerak hatta bersiwak ketika pengajaran kerana ia akan mengalihkannya jauh dari perhatian.

4. Tentang Islam: Menunjukkan perbuatan secara zhahir Tentang Iman: Apabila hati kita membenarkan ajaran nabi SAW Tentang Ihsan: Kata syaikh: Iman dan Islam adalah dua perkara yang saling berkait rapat, tiada apa yang dapat memisahkannya, samalah seperti jasad dan roh. Manakala Ihsan pula adalah buah yang telah terhasil setelah sempurna akan kedua-dua Islam dan Iman. Sempurnanya rukun-rukun Iman, dan sempurnya rukun-rukun Islam barulah peranan Ihsan itu lengkap di dalam diri muslim. 

5. Tentang solat: Syaikh berkata: Ada dua perbezaan di antara, man yusolli dan man tuqiimu as-solah (orang yang solat dan orang yang mendirikan solat). Siapa yang dikatakan orang yang solat? Iaitu orang terlalu bersegera-segera mengambil wudhu' tanpa sempurna dan solat seolah-seolah ada yang mengejarnya tanpa menjaga kesempurnaan solat-maka ia adalah orang yang solat. Manakala orang yang mendirikan solat? iaitu orang yang menyempurnakan wudhu' dan kemudiannya ia melakukan solat sunat dua raka'at (maka diampunkan Allah akan dosa-dosanya sebelum itu); ia solat seolah-olah itu solat terakhirnya serta memahami dan berfikir akan ayat-ayat al-qur'an yang dibacanya di dalam solatnya.

6. Tentang zakat: Kata Syaikh: Bahawa amalan ini merupakan amalan yang paling susah, kerana seseorang itu kena mengeluarkan harta dari koceknya. Solat, ia tidak memerlukan seseorang untuk mengeluarkan wang, begitu juga puasa. Namun, sebenarnya zakat ini mengeluarkan kotoran dari harta kita. (Syaikh merujuk kepada perkataan yang berat iaitu Maal an-najis; seolah-olah kita membuang harta najis [Baca:kekotoran] dari harta kita. Kerana az-zakah bermaksud menyucikan. Bagi pihak pemberi ia merupakan najis [Baca: kekotoran] harta yang perlu dibersihkan; manakala bagi orang yang menerima zakat ia adalah hak-nya dan ia suci dan bersih. 

7. Tentang Munafik dan Fasiq: Syaikh berkata: Muslim yang Islam, tetapi tidak beriman, maka ia munafik. Muslim yang beriman tetapi tidak taat maka ia fasiq. 

 Surau Abu Bakar Al-Siddiq
 13.9.2013 bersamaan 7 Zulkaedah 1434
 Kuliyyah akan disambung minggu depan