Disyarahkan oleh: Syaikh Feras (Syria)
Tentang Suhuf: Tidak seperti Nabi kita Muhammad (SAW) yang diturunkan kepadanya Al-Qur'an, Nabi Daud (a.s) yang diturunkan kepadanya kitab zabur, serta Nabi 'Isa (a.s) yang diturunkan kepadanya kitab Injil, suhuf-suhuf diturunkan kepada Nabi Ibrahim (a.s) dan Nabi Musa (a.s). Suhuf-suhuf ini bukanlah kitab yang sempurna, tetapi ia adalah lembaran-lembaran (serpihan) yang mengandungi ajaran-ajaran tertentu. Kesemua kitab dan suhuf ini tidak kekal kecuali Al-Qur'an, dan kesemuanya adalah rangkuman ke dalam Al-Qur'an.
Tentang keimanan kepada Rasul: Nabi seperti mana mengikut riwayat ada lebih kurang 124,000 orang, manakala Rasul pula adalah lebih kurang 360 orang. Syarat kenabian adalah mestilah:
(1) Lelaki
(2) Menerima wahyu
(3) Mempunyai syariat (Nabi: Allah s.w.t tidak mewajibkan untuk menyampaikan kepada manusia)
(3) Mempunyai syariat (Nabi: Allah s.w.t tidak mewajibkan untuk menyampaikan kepada manusia)
Seorang nabi, apabila ia diarahkan Allah supaya menyampaikan syariat, maka kedudukannya telah diangkat oleh Allah; tergolong sebagai Rasul. Hal ini sepertimana Nabi Muhammad (SAW) sendiri tatkala turunnya ayat 'iqra' masih lagi nabi yakni belum ada arahan untuk baginda menyampaikan syariat sehinggalah turunnya ayat dari surah al-muddathir 1-2, iaitu bermulalah arahan Allah s.w.t agar disampaikan syariat kepada orang lain.
Ulul 'Azmi: Golongan rasul yang menerima paling banyak cabaran iaitu Nuh (a.s), Ibrahim (a.s), Musa (a.s), Isa (a.s) dan Muhammad (SAW). Susunan mengikut darjat di sisi Allah: Nuh
Beriman dengan hari Qiyamah: Syaikh bertanya: Limaza sumiya bi yaumil aakhir? (Mengapa ia dinamai hari akhir?) Kerana hari itu adalah hari terakhir sistem masa yang kita biasa hidup ini (24 jam sehari) sudah tamat. "The day where the dimension of time is taken away". Apabila tiada lagi sistem masa-maka apa yang berlaku adalah SELAMA-LAMANYA; bermakna ia kekal. Syaikh bertanya: Bilakah hari Akhirat bermula? Jawabnya: Ia bermula pada hari kita mati. Masa itu sudah diambil dan tamat bagi kita. Maka kita akan masuk ke alam yang lain (al-barzakh) dengan dua kesudahan sama ada tempat tinggal kita di sana adalah: Taman dari taman-taman syurga, mahupun lubang dari lubang-lubang neraka. Nau'dzubillah hi min dzaalik.
Surau Abu Bakar Al-Siddiq
18.9.2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434
18.9.2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434
Kuliah disambung pada hari Sabtu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan