Allah S.W.T. telah membekalkan 'aqal dan nafsu kepada manusia. 'Aqal dan pemikiran manusia sering dipengaruhi oleh hawa nafsu yang sering mengajak ke arah kejahatan. Oleh itu, Allah telah menyediakan peraturan-peraturan tertentu yang mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia agar mereka tidak terpesong dari kebenaran. Peraturan-peraturan ilahi ini dikenali dalam istilah syara' sebagai hukum.
Pengertian Hukum Syara'
Para 'Ulama usul fiqh mentakrifkan hukum syara' sebagai:
"Khitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf sama ada berbentuk tuntutan (iqtida'i), pilihan (takhyir) atau wad'i."
[Definisi] Khitabullah secara ringkasnya bermaksud segala yang dinisbahkan secara langsung kepada Allah (Al-Qur'an) atau melalui perantara seperti sunnah, ijma', qiyas dan lai-lain. (perlu diperincikan -pent.)
Berdasarkan pengertian ini, dapatlah diketahui bahawa hukum syara' adalah khitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat, munakahat, jinayat dan mu'amalat.
Berdasarkan pengertian ini, dapatlah diketahui bahawa hukum syara' adalah khitabullah yang berkaitan dengan perbuatan mukallaf yang merangkumi ibadat, munakahat, jinayat dan mu'amalat.
Jenis-jenis Khitabullah
1-Iqtida'i (tuntutan)
Ialah tuntutan melaksanakan sesuatu perintah sama ada tuntutan tersebut pasti atau tidak. Maksud tuntutan pasti adalah Wajib dan Haram. Manakala tuntutan tidak pasti pula ialah Sunat dan Makruh.
Contoh tuntutan pasti (jazmun) adalah yang membawa kepada hukum wajib seperti firman Allah:
●Tuntutan Pasti Wajib (jazmun wajib)
"Dan dirikanlah solat dan keluarkanlah zakat." [Q. 2:43]
Dalam ayat ini Allah memerintahkan supaya didirikan solat dengan tuntutan pasti, iaitu wajib dilaksanakan. Lafaz yang menunjukkan pasti (jazmun) adalah lafaz "aqiimu" (dirikanlah) dalam bentuk "fi'lul amar" yang bermaksud perintah.
●Tuntutan Pasti Haram (jazmun haram)
"Dan janganlah kamu menghampiri zina kerana sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan)." [Q. 17:32]
Dalam ayat ini Allah melarang orang yang beriman dari berzina dengan larangan yang pasti (jazmun). Oleh itu, ia haram dilakukan. Lafaz "laa taqrabu" menunjukkan larangan tersebut.
●Tuntutan Tidak Pasti Sunat (ghayru jazmin)
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu berhutang untuk tempoh yang tertentu hendaklah kamu mencatatkannya." [Q. 2:282]
Dalam ayat ini Allah memerintahkan supaya setiap mu'amalah yang dibuat secara hutang hendaklah direkodkan. Ini ditunjukkan oleh lafaz "faktubuuhu". Tetapi para 'ulama menetapkan bahawa ia menunjukkan tuntutan secara tidak pasti (ghayr jazmin) iaitu sunat, kerana terdapat qarinah (petunjuk) dalam ayat berikutnya yang memberikan pilihan untuk tidak merekodkan. Ayat tersebut:
"Kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (tanpa perlu menulis surat atau bersaksi) maka hendaklah (orang yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya." [Q. 2:283]
●Tuntutan Tidak Pasti Makruh (ghayru jazmin)
"...Janganlah kamu bertanya (kepada nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kamu akan menyusahkan kamu..." [Q. 5:101]
Walaupun lafaz 'laa tas aluu" (jangan kamu bertanya) dalam ayat ini berbentuk larangan secara pasti (jazmun), tetapi para 'ulama menetapkan bahawa ia menunjukkan larangan tidak pasti (ghayru jazmin) iaitu makruh, kerana terdapat Qarinah (petunjuk) dalam ayat yang sama yang memberikan kelonggaran kepada para sahabat membuat pertanyaan.
"Dan jika kamu bertanyakan ketika diturunkan Al-Qur'an tentulah Allah akan menerangkan kepada kamu. Allah memaafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan dalam Al-Qur'an)" [Q. 5:101]
2-Takhyir (pilihan)
Takhyir ialah khitabullah yang memberi pilihan kepada mukallaf sama ada hendak melakukan sesuatu atau tidak.
"Dan apabila kamu telah bertahallul bolehlah kamu berburu..." [Q. 5:2]
Para 'ulama telah menetapkan bahawa satu perintah yang dinyatakan sesudah larangan adalah harus. Dalam ayat ini, perintah supaya umat Islam berburu dibuat selepas mereka dilarang dari berbuat demikian ketika mereka dalam keadaan ihram haji. Oleh itu ia Harus dilakukan.
3-Wad'i
Ialah khitabullah yang menunjukkan sesuatu sebagai sebab (سَبَب), syarat (شَرْط), atau penghalang (ٌمَانِع) kepada sesuatu hukum.
●Sebab
"Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah dipotong tangan mereka." [Q. 5:38]
Ayat ini menjadikan perbuatan mencuri sebagai sebab wajib dipotong tangan.
●Syarat
Daripada Abu Hurairah (RA) sabda Rasulullah ﷺ :
"Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang daripada kamu apabila berhadas sehingga ia berwudhu'."
Hadith ini menjelaskan wudhu' sebagai syarat sah solat.
●Penghalang
Daripada Abu Hurairah (RA) sabda Rasulullah ﷺ :
"Orang yang membunuh tidak boleh mewarisi."
Dalam hadith ini, perbuatan membunuh menjadi penghalang kepada seseorang untuk mewarisi harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati.
Ringkasan: Khitabullah terdiri daripada tiga;
● Tuntutan (iqtida'i)
-tuntutan pasti (jazmun)
- Wajib (perintah)
- Haram (larangan)
- tuntutan tidak pasti (ghayr jazmin)
- Sunat (perintah berserta qarinah)
- Makruh (larangan berserta qarinah)
● Pilihan (takhyiir)
- Harus
● Wad'i (keadaan)
-sebab
-syarat
- penghalang

_________
Rujukan: Pendidikan Syari'ah Islamiyyah, DBP. (ms. 39-45)