Ahad, 20 Oktober 2013

KAJIAN LITERATUR: MAQASID SYARI'AH (Part 2)

KAJIAN LITERATUR

CASE STUDY: THE OBJECTIVE OF THE ISLAMIC LAW
KES KAJIAN: TUJUAN (MAQASID) SYARI'AH

12.2 CATEGORIES OF BENEFITS IN ISLAM
12.2 KATEGORI-KATEGORI MASLAHAH DALAM ISLAM

Sebagaimana yang kita telah sebutkan bahawa Imam al-Ghazali mentakrifkan maslahah sebagai sesuatu yang memelihara atau menjaga kepentingan/faedah atau menghalangi kerosakan. Akan tetapi, kepentingan-kepentingan yang diterangkan di dalam Syariah adalah terdiri daripada 3 jenis:

1-[MASALIH MU'TABARAH] atau (Accredited benefits)

Iaitu maslahah yang ditentukan oleh Allah SWT dalam bentuk autoriti kontekstual, daripada hukum syara' yang dapat didapati untuk membuktikan keabsahan/boleh diterima pakai. (Nota tambahan: masalih mu'tabarah adalah maslahah atau kebaikan yang diambil kira oleh syara' dan dibinakan hukum-hakam bagi mendapatkan maslahah itu (kebaikan kepada manusia). Contohnya;
  • Maslahah untuk menjaga nyawa manusia -> Hukum Qisas 
  • Maslahah untuk memelihara harta benda -> Hukum memotong tangan pencuri 
  • Maslahah untuk memelihara akal -> Hukum diperundangkan hukuman ke atas peminum arak 

(Salleh Hj. Ahmad 1999:124) 

2-[MASALIH MULGHAT] atau (Nullified benefits) 

Terdapat juga beberapa maslahah atau kebaikan yang mana syari'ah mengabaikannya, kerana ia membawa kepada keburukan dan kesulitan (mafsadah). Nota tambahan: Masalih mulghat adalah maslahah yang dibatalkan oleh syara' dan tidak diberi perhitungan kerana ia menghilangkan maslahah yang lebih besar; contohnya menyerah kalah kepada musuh, maka ia tidak diperhitungkan oleh syara' walaupun di sana adanya maslahah untuk memelihara jiwa mereka yang berperang, tetapi jika maslahah ini dijaga sudah tentu ia merugikan maslahah yang lebih besar iaitu memelihara negara dari dijajah oleh musuh dan mensia-siakan kehormatan serta maruah anak watannya, justeru inilah maka Islam mewajibkan berperang menentang musuh. (Ibid 1992:124) 

3-[MASALIH AL-MURSALAH] atau (Unregulated benefits)

Iaitu maslahah-maslahah yang tiada dinyatakan oleh syara' sama ada terdapat peraturan-peraturan tetap untuknya. Dan masalih ini boleh digunakan secara bebas oleh hakim dan ahli fiqh. 

BENEFITS AND THE OBJECTIVES OF SYARI'AH
KEPENTINGAN-KEPENTINGAN DAN TUJUAN SYARI'AH

Menurut Imam Al-ghazali, masalih atau kepentingan akan menjadi harmoni dan konsisten dengan objektif atau tujuan Syari'ah, kerana tujuan dasar pensyari'atan adalah untuk memelihara kepentingan manusia dan menghapuskan kerosakan (mafsadah). Dengan merujuk kepada prioriti dan keutamaan; para cendekiawan Muslim telah membahagikan masalih kepada 3 bentuk:
  1. Daruriyyat 
  2. Hajiyyat
  3. Tahseeniyyat
Diagram tentang maslahah 

BAHAN BACAAN: ISLAMIC DIVINE LAW OF SHARI'AH
THE OBJECTIVES (MAQASID) OF THE ISLAMIC DIVINE LAW
AUTHOR: Mashad Al-Allaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan