Sabtu, 19 Oktober 2013

KAJIAN LITERATUR: MAQASID SYARIAH (Part 1)

KAJIAN LITERATUR

CASE STUDY: THE OBJECTIVE OF THE ISLAMIC LAW
KES KAJIAN: TUJUAN (MAQASID) SYARI'AH

12.1 THE ABANDONED SHIP CASE STUDY
12.1 KES KAJIAN: TENTANG SEBUAH KAPAL YANG DITINGGALKAN

300 orang berada di dalam sebuah kapal yang belayar di lautan. Mereka mendapati bahawa keselamatan mereka terancam, dan merasakan bahawa majoriti nyawa penumpang kapal tersebut dapat diselamatkan jika 10 orang meninggalkan kapal tersebut. Apakah tindakan membuang 10 orang dari kapal tersebut adalah bermoral bagi menyelamatkan nyawa 290 orang?

Kes ini sebenarnya dibentangkan oleh Imam al-ghazali di dalam buku perundangan Islam karyanya yang bernama al-Mustasfa Min 'ilm al-'ulum.

Mari kita lihat kepada objektif-objektif perundangan Islam (syariah) sebelum kita cuba menjawab persoalan tadi. Justifikasi moral dan tindakan yang dibolehkan di dalam Islam bukanlah berdasarkan peribadi, atau keinginan peribadi atau menurut kepentingan yang majoriti; ia hanyalah digariskan semata-mata dari al-Qur'an dan Sunnah atau Sistem Syariah.

Mengapa Allah menurunkan undang-undang ini?

Sebahagian daripada cendekiawan Islam dalam perundangan (fiqh) terutamanya Ibnu Taimiyyah mengatakan bahawa Allah menurunkan garis panduan atau undang-undang (legislatif/syariah) yang sedemikian rupa bertujuan untuk (1) mencapai keadilan. Pakar fiqh lain pula menyatakan tujuannya adalah untuk (2) mencapai kebahagiaan (berpuas hati kerana mengikut garis panduan Tuhan -pent.); Al-Ghazali menyatakan tujuan Allah menurunkannya adalah untuk (3) mencapai dan merealisasikan kepentingan seseorang manusia di muka bumi ini.

Ulangkaji:
(1) Mencapai keadilan
(2) Mencapai kebahagiaan/kepuasan.
(3) Mencapai dan merealisasikan kepentingan seseorang manusia.

Jika diamati betul-betul pada ketiga-tiga tujuan yang disebutkan oleh ahli-ahli fiqh tersebut, kita dapat melihat kesinambungan di antara satu sama lain: Kebahagiaan manusia tidak dapat dicapai tanpa adanya keadilan, dan keadilan adalah antara kepentingan utama dan keinginan pada seluruh manusia di muka bumi ini.

THE MAQASID MODEL OF EXISTENTIAL STRUCTURE
KERANGKA MAQASID STRUKTUR PEWUJUDAN


Syariah diturunkan adalah untuk satu dasar tujuan yang universal: untuk menyedari atau untuk menjadikan nyata akan keinginan utama manusia di atas muka bumi.

Maslahah dalam bahasa Arab, diterjemahkan secara literal bermaksud 'faedah'/'manfaat' atau 'keinginan'. Ia ditakrifkan oleh Imam Al-ghazali sebagai: sesuatu yang memelihara feadah atau menghalangi kerosakan.

Fitrah manusia adalah cenderung untuk mencari kebahagiaan dan untuk menjalankan kehidupan sebaik mungkin. Namun, hal ini tidak dapat dicapai oleh manusia melainkan mereka bekerjasama sesama sendiri. Tetapi kerjasama adalah mustahil melainkan manusia hidup dalam keadaan aman. Keamanan dan keselamatan tidak dapat dicapai melainkan adanya peraturan-peraturan yang akan menjaga hak masing-masing sama rata. Walaubagaimanapun, peraturan-peraturan adalah tiada berguna melainkan adanya autoriti untuk menjalankan atau menguatkuasakannya dan menggunapakai kesemuanya sama-rata. Bagi tujuan-tujuan inilah dari sudut hikmahnya menjadikan Syariah itu mencapai maslahah atau faedah menurut dua jalan ini:

(1) Untuk mencapai masaalih. Oleh kerana manusia tidak dapat memberikan faedah kepada sesama sendiri secara sama rata: mereka mendiskriminasi sesama mereka, mereka membunuh sesama sendiri, mereka mencuri sesama mereka, mereka mengaibkan sesama mereka hanya semata-mata berbeza warna kulit, bangsa, kuasa, status sosial, dan dalam sebuah kata yang mudah: mereka hanya menginginkan (memusatkan) kehendak mereka sahaja dan menggunakan orang lain semata-mata alat untuk mencapai manfaat mereka semata. Allah adalah keadilan hakiki dan hanya Allah yang dapat menghukum kepada manusia yang memberikan kebaikan kepada mereka (kerana Allah sebagai Rabb yang menciptakan manusia, sudah tentu Ia lebih mengetahui tentang kehendak manusia dan apa yang terbaik buat manusia. -pent.)

(2) Undang-undang suci mencapai tujuan-tujuannya dengan memelihara atau menjaga faedah universal manusia dengan menentukan peraturan-peraturan berserta dengan hukuman-hukuman yang tertentu. 

Oleh yang demikian, dapatlah difahami bahawa undang-undang Islam mempunyai fungsi dua-sisi.

BAHAN BACAAN: ISLAMIC DIVINE LAW OF SHARI'AH
THE OBJECTIVES (MAQASID) OF THE ISLAMIC DIVINE LAW
AUTHOR: Mashad Al-Allaf


Tiada ulasan:

Catat Ulasan