Rabu, 4 November 2015

LATARBELAKANG MASALAH KAJIAN VS. SOROTAN LITERATUR: KENALI PERBEZAANNYA

Apakah perbezaan di antara Latarbelakang Masalah Kajian dengan sorotan literatur?

1. Latarbelakang adalah: kompilasi maklumat yang cukup berdasarkan analisis ke atas argument atau masalah yang anda usulkan; dan langkah yang diperlukan untuk mencapai kepada rekabentuk dan implementasi penyelasaian dan hasil yang diperoleh.

2. Ianya merupakan hasil yang anda buat untuk menentukan bahawa ini adalah masalah, ini adalah langkah-langkah menyelesaikan masalah ini.

3. Ia memerlukan penyelidikan dan intepretasi yang betul terhadap kajian dan tidak ketinggalan citation untuk menyokong kajian yang telah dilakukan.

4. Pertama, mestilah memberikan gambaran yang umum terhadap topik tesis dan memperkenalkan idea idea yang teranyam yang akan digunakan di sepanjang penulisan tesis – ini sebolehnya mengambil kira-kira satu perenggan.

5. Kemudian, sediakan maklumat yang terperinci, yang tepat tentang metodologi/kaedah yang telah diselidiki; bergantung kepada topik individual, ianya mungkin beberapa perenggan.

6. Untuk mengelakkan plagiarism (ciplak), cite-kan sumber anda.

7. Perkenalkan eksperimen anda setelahnya dengan menghuraikan secara ringkas berkenaan metodologi yang telah digunakan dan tujuan metodologi yang anda mahu gunakan; dengan kata lain, mengapa perlu kaedah ini dan bukan yang lain?

Sorotan literatur kebiasaannya diletakkan pada Bab 2, dan ianya adalah kajian, pentelaahan hasil kerja orang lain di dalam bidang atau topik yang anda ingin kaji. Hasil kerja anda bukanlah 100% dari anda. Ianya adalah penambahbaikan terhadap hasil kerja orang terdahulu. Sorotan literatur adalah suatu cara untuk mempamerkan bahawa anda tidak mengulangi apa yang telah dilakukan tetapi anda sedang menambahbaik terhadap apa yang tersedia didapati.

Bab Latarbelakang adalah berfungsi sebagai persembahan kontekstual atau maklumat awal yang penting untuk memahami isi utama tesis anda. Mungkin, di sana terdapat sejarah pembentukan yang mencetuskan persoalan kajian anda. Mungkin di sana terdapat perdebatan terhadap istilah-istilah utamanya atau skop sub-kajian anda. Mungkin juga, anda ingin membawakan bersama beberapa disiplin ilmu lain, dan anda hendaklah menerangkan aspek mana pada setiap disiplin yang anda masukkan atau tidak dimasukkan.

Suatu Sorotan Literatur membina struktur konseptual yang menyimpulkan kesemua idea-idea pokok dari kesemua literatur yang berkaitan. ‘Struktur konseptual’ di sini bermaksud: suatu cara yang tersusun dalam menghubungkaitkan idea-idea yang berasingan supaya kepentingan relatif dan inter-relatif adalah jelas dan menonjol kepada pembaca. Apakah idea paling utamanya? Apakah idea yang menyokong idea utama tersebut? Apakah idea yang berlawanan dengannya? Atas asas apa orang memutuskan idea tersebut sama ada menyokong atau menolak?

Sorotan literatur pada kebiasaannya adalah lebih panjang dan ianya boleh jadi kesuluruhan hasil/artikel atau juzuk sesuatu tesis. Bahagian ‘Latarbelakang’ pada kebiasaannya pendek dan merupakan bahagian pertama artikel penyelidikan. Untuk sorotan literatur, anda seharusnya meneliti dengan ketat terhadap kesemua hasil kajian yang ada, menaksir penemuan yang penting di dalamnya, membincangkan dan mencari kerelevanan terhadapnya.

Review yang lemah: sekadar menyenaraikan hasil-hasil kajian dan dapatan mereka sahaja. Sebetulnya, anda boleh juga memasukkan hipotesis terutamanya apabila terdapatnya kontroversi. Sebagai contoh, lakukan pembezaan dari sudut metodologikal, terangkan kontroversi yang mungkin di dalam dapatan. Anda tidak seharusnya membuat ia terlalu panjang atau terlalu spekualsi yang syadid kerana anda perlu bergantung kepada literatur yang ada. Pada akhir sorotan literatur anda boleh beri sedikit soalan terbuka dan jaminan kajian lebih lanjut sekiranya review anda telah memberikan contoh kontroversi atau contoh kekurangan maklumat di dalam literatur.

Latarbelakang sewajarnya menerangkan secara lalu apa yang telah dilaporkan di dalam literatur setakat ini. Sepatutnya, anda telah mampu untuk mempersembahkan bahawa literatur sebelum ini terdapat semacam kekurangan ataupun memerlukan maklumat tertentu atau suatu kontroversi yang akan anda sampaikan di dalam kajian anda. Anda seharusnya menghuraikan mengapa keterkurangan maklumat tersebut atau kontroversi tersebut perlu diselesaikan. Walaubagaimanapun, anda perlu elakkan membuat hipotesis atau andaian di dalam latarbelakang. Kesemua itu perlu diletakkan pada bahagian perbincangan.

Rujukan:

Isnin, 2 November 2015

KEPENTINGAN SOROTAN LITERATUR

Definisi Sorotan Literatur:
"Pemilihan dokumen-dokumen yang ada (diterbitkan atau tidak) terhadap topik, yang mengandungi maklumat, idea, data dan bukti yang ditulis dari suatu pendirian untuk memenuhi beberapa tujuan atau menunjukkan beberapa pandangan terhadap dasar topik berkenaan, bagaimana ia akan disiasat, serta penilaian secara efektif terhadap dokumen-dokumen ini dalam memperhubungkan dengan kajian yang sedang diusulkan."
1. Tanpanya, kita tidak dapat memperoleh kefahaman terhadap topik yang ingin kita kaji; apa yang telah dilakukan oleh pengkaji-pengkaji lain berkenaannya, bagaimana ia telah dikaji, dan apakah isu utamanya?

2. Penyelia menganggap anda telah faham dengan mantap kajian terdahulu topik anda.

3. SL akan mempersiapkan anda dengan kefahaman terhadap teori utama di dalam ruang subjek dan bagaimana ianya diaplikasikan serta dibangunkan, begitu juga dengan kritik utama yang telah dijalankan.

Teori utama (main theory)
Kritik utama (main critism)


4. Review atau sorotan itu sendiri adalah juzuk penting terhadap pembangunan akademik anda - dalam mencapai tahap yang mahir di dalam bidang berkenaan.


MERANGKA SOROTAN LITERATUR

1. Apabila kita berbicara tentang kualiti sesuatu review, ia tidak lari daripada suatu yang dipanggil sebagai 'annotated bibliography' - iaitu sekadar ringkasan tipis dalam pembacaan; dan ia bukan soratan literatur!

2. Kualiti bermaksud:

☕ Ruanglingkup yang bersesuaian - keluasannya dan kedalamannya

☕ Penelitian ketat dan konsistensi

☕ Kejelasan dan keringkasan susunannya

☕ Analisis dan sintesis yang mantap dan efektif; atau dengan kata lain, menggunakan idea-idea di dalam literatur untuk menjustifikasikan pendekatan yang berkaitan sahaja terhadap topik

☕ Pemilihan metod (kaedah)

☕ Dapat mendemonstrasikan bahawa kajian ini akan menyumbangkan sesuatu yang baharu.

KESARJANAAN

Sifat kesarjanaan perlu diterapkan sebelum membuat suatu penyelidikan; umpamanya, kita ingin merangka sebuah soal-selidik, maka, ianya bukanlah seperti membuat senarai 'shopping' akan tetapi perlu kepada pengamatan dan pengetahuan yang tuntas terhadap keseluruhan penyelidikan tersebut. Dengan kata lain, ianya bermaksud:

✎ Tahu bagaimana untuk menyatakan tujuan dan objektif kajian anda.
✎ Mendefinisikan konsep besar dan andaian metodologikal
✎ Mengoperasikan konsep-konsep tersebut dan metodologikal dengan memilih teknik yang secocok untuk mengumpul maklumat
✎ Mengetahui bagaimana anda akan menyatukan hasil-hasilnya.

Integrasi - kunci utama dalam kesarjanaan adalah integrasi. Integrasi di sini bermaksud:

✎ Membuat suatu perhubungan di antara idea-idea, teori-teori dan pengalaman-pengalaman.
✎ Mengaplikasikan satu metod atau kaedah dari suatu area kepada area lain: meletakkan episode kepada rangkakerja teoritikal yang lebih besar, oleh itu menyediakan sudut pandang baharu terhadap fenomenon yang dikaji.
Aktiviti kesarjanaan = berfikir secara sistematik
⚈ Mempersoal secara sistematik
⚈ Bertanya secara sistematik
⚈ Sikap yang teliti dan cermat (scrutinized attitude)

Ciri-ciri penulisan:

♦ Kejelasan (clarity)
♦ Tekal (consistence)
♦ Padu; bertalian secara logik (coherence)

Ciri-ciri di atas merupakan ciri penulisan yang terbaik, dan ia adalah sesuatu yang sangat sukar untuk dicapai dalam apa jua bentuk penugasan, tak kira seberapa panjang sekalipun. Walaubagaimanapun, ianya bukanlah misteri yang mustahil dikecapi, akan tetapi dua syarat yang perlu ada untuk mencapainya adalah:

(1) Mengekspresi secara gamblang di dalam penulisan;

(2) Komitmen secara gamblang di dalam pembacaan.

Pengenalan Untuk menunjukkan tujuan, objektif, skop, rasional dan ciri rekabentuk kajian tersebut. Rasional biasanya disokong oleh rujukan-rujukan hasil kerja lain yang mana telah dikenalpasti akan permasalahan umumnya.
Sorotan Literatur Untuk membentangkan kemahiran-kemahiran di dalam pencarian keperpustakaan; untuk menunjukkan penguasaan subjek area dan kefahaman terhadap permasalahan; untuk menjelaskan topik kajian, rekabentuk kajian dan metodologi.
Metodologi Untuk mempersembahkan kesesuaian teknik yang digunapakai dalam mengumpul data dan pendekatan metodologikal yang diimplementasikan. Rujukan yang relevan dari literatur akan selalunya digunakan untuk menunjukkan suatu kefahaman akan teknik-teknik pengumpulan data dan implikasi metodologi, serta untuk menjustifikasikan kegunaannya terhadap teknik-teknik alternatif.

PERSOALAN-PERSOALAN DALAM MERANGKA SL

(1) Apakah teori, konsep dan idea penting?

(2) Apakah isu yang major dan perdebatan berkenaan topik?

(3) Apakah sumber permulaan dan definisi topik?

(4) Apakah soalan utama dan masalah utama yang telah diajukan sehingga saat ini?

(5) Bagaimana pengetahuan terhadap topik distrukturkan dan disusun?

(6) Bagaimana pendekatan-pendekatan terhadap persoalan-persoalan ini dapat menambah dan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan?

Ahad, 1 November 2015

TEACHING THINKING | Edward De bono

Teaching Thinking (Book) Edward De Bono
Vocabulary


1. Resentment. (Kebencian; rasa geram)

A feeling of displeasure or indignation at someone or something regarded as the cause of injury or insult; pique; irritation.

Suatu perasaan tidak senang atau yang menyebabkan rasa mara terhadap seseorang atau sesuatu yang dianggap sebagai punca kecederaan atau cacimakian; menyebabkan orang berasa marah; merengsakan.

Ayat: Thinking is a most awkward subject to handle. It always involves resenment.

2. Temperament. (watak, sifat)

An individual's character, disposition, and tendencies as revealed in his reactions.

Sifat peribadi, watak, dan kecenderungan sepertimana yang ditonjolkan melalui perbuatannya.

Ayat: The fundamental human thinking operations seem very similar, even though the overlying temperament and behaviour may be different.


3. Sage. (Orang yang bijaksana; bijakpandai)

One venerated for experience, judgment, and wisdom.

Orang yang muktabar, terhormat atas pengalaman, penghakiman, dan kebijaksanaan.

Ayat: I had been led to believe by various sages in the education field that teachers and heads would resent (marah, tersinggung) any attempt to treat thinking as a skill.


4. Innate. (Asli)

Existing naturally or by heredity rather than being learned through experience

Wujud secara semulajadi atau melalui perwarisan; bukan pembelajaran melalui pengalaman.

Ayat: On the contrary, there has been a very positive response, based on a feeling that thinking skill was not quite the same as accumulation of knowledge or innate intelligence.


5. Absurd. (Tidak masuk akal)

Extremely unreasonable, incongruous, or inappropriate

Sangat tidak masuk akal, tidak layak/sesuai atau tidak sepatutnya.

Ayat: It would be absurd to pretend that only newness had value.


6. Eschewing. (Menghindari)

To avoid using, accepting, participating in, or partaking of; to refrain; abstain from

Untuk mengelakkan menggunakan, menerima, menyertai atau mengambil bahagian; menahan diri; menjauhkan diri.

Ayat: I see no reason for eschewing those aspects upon which most people agreed.


7. Intrigue. (Muslihat; tipu daya)

A secret or underhand scheme; a plot.

Suatu rahsia atau skim yang tersembunyi; suatu perancangan muslihat.

Ayat: Above all I wanted to avoid the sort of book which might intrigue the reader.


8. Pompous. (Sombong; angkuh)

Exaggeratedly or ostentatiously dignified or self-important.

Membesar-besarkan dengan berlebihan atau berlebih megah atau megah diri.

Ayat: We would call it 'cognitive studies' but that would be jargon and pompous.


9. Complacent. (Berpuas hati)

Satisfied with the current situation and unconcerned with changing it, often to the point of smugness

Berpuas hati dengan situasi semasa dan tidak mengendahkan akan sebarang perubahan padanya, selalunya ke arah kesombongan.

Ayat: We are complacent.


10. Vague. [vaeg] (Samar-samar)

Not clear in meaning or expression; inexplicit

Tidak jelas maknanya atau zahirnya; tidak terang-terangan.

Ayat: On the surface of the earth, however, most situations are vague, interrelated, subjectively defined, shifting in value and dependant on human whims.


11. Whims. (Tingkah; ragam)

A sudden or capricious idea; a fancy.

Idea yang tiba-tiba, mengejut dan berubah-ubah; bermacam-macam.

Ayat: On the surface of the earth, however, most situations are vague, interrelated, subjectively defined, shifting in value and dependant on human whims.


12. Adoration. (pemujaan)

The act of worship; profound love or regard.

Tindakan memuja, kecintaan yang mendasar.

Ayat: There are three reasons for our adoration of the critical intelligence.


13. Self-Contained. (serba lengkap)

Constituting a complete and independent unit in and of itself.

Mengandungi unit yang lengkap dan bebas di dalam dan padanya (sesuatu).

Ayat: Secondly, critical thinking allows us to work in the comfortable self-contained environment of the available data without having to worry about getting fresh data.


14. Ecclesiastical. [ek-li-sias-ti-kal] (bersifat kegerejaan)

Of or relating to a church, especially as an organized institution.

Berkaitan dengan gereja, terutamanya sebagai sebuah institusi berorganisasi.

Ayat: Thirdly, education was for a long time in the hands of the ecclesiastical authorities who founded most of our elite educational establishments and so established the traditions of education.


15. Edifices. [e-di-fi-ses] (bangunan-bangunan)

A building, especially one of imposing appearance or size

Suatu bangunan, terutamanya yang menonjolkan zahirnya atau saiznya.

Ayat: Critical thinking is of paramount importance in the ecclesiastical world since it is the only weapon against heresy (bid'ah) and deviation and since that world consists of concept edifices which must have internal validity if they are not to collapse.


16. Extol. (memuji dengan keagungan)

To praise highly, lavishly; exalt

Untuk memuji dengan tinggi, keagungan, memperdewakan.

Ayat: We rightly extol scholarship because scholarship is valuable and because scholars are what the system prides itself on producing.


17. Contemplative. (tafakkur, berfikir dalam)

Expressing or involving prolonged thought

Menunjukkan perasaan atau melibatkan di dalam keadaan berfikir panjang.

Ayat: But passive, contemplative thinking - nor matter how subtle (sin. delicate-halus) or acute (perih) - is not the same as generative thinking.


Konsep Archway Affect:

"If a stream of brilliant people go towards an archway, then from that archway will emerge a stream of brilliant people, even if the archway has done no more than straddle their passage."


Konsep Generative Thinking:

"Generative thinking is concerned with bringing things about and solving problems. Generative thinking is practical, creative and constructive. Generative thinking has to deal with the world and take action, even if, the knowledge is incomplete. Generative thinking cannot ask the world to wait while it applies itself in scholarly fashion to generating that sufficiency of knowledge on which action can properly be based."


Kata Untuk Difikirkan Matematik membuatkan kita berfikir, tetapi...:

"Where we can use mathematics it is superb thinking system. But getting to the moon is easier than solving urban poverty, juvenile deliquency or even a simple strike."


Kata Untuk Difikirkan (Edward) Tuhan tidak memerlukan untuk befikir, akan tetapi...:

"God does not need to think: thinking is used only to supplement inadequate knowledge. Too often there is a god-like attitude in education. If only we could increase knowledge then we would throw out doubt, indecision and problems."


Kata Untuk Difikirkan Pendidikan hanya ajarkan pengetahuan, kerana tiada apa lagi yang dapat diajarkan...:

"Education teaches knowledge because there is nothing else to teach. But knowledge is no more a subtitute for thinking than thinking is a subtitute for knowledge."

Analogi Salah tanggap tentang kemahiran berfikir:

"We often mistake fluency and argumentation for thinking skill. Fluency and the power of coherent expression are tools of thinking, not thinking itself. Error-free thinking is not necessarily good thinking, as will be discussed in detail later. Very able pupils usually react to an idea by making an initial judgement ('I like it', 'It will never work', and so on). They then use reason and skilled argument to back up initial judgement. The argument may be flawless, yet the thinking may be appalling beacuse it includes those major perceptual errors of looking at only part of the situations or ignoring the magnitude of effects. We also confuse debating skills with thinking: 'I can prove you wrong, therefore I am right.'"

Rabu, 21 Oktober 2015

Messages to the Children of Israel

The Heifer

Section 5

40

O Children of Israel! Call to mind
The (special) favour which I bestowed,
Upon you, and fulfil your Covenant;
With Me as I fulfil My Covenant;
With you and fear none but Me.

41

And Believe in What I reveal;
Conforming the revelation
Which is with you;
And be not the first to reject;
Faith therein, nor sell My Signs
For a small price; and fear Me,
And Me alone.

42

And cover not Truth;
With falsehood, nor conceal
The Truth when ye know (what it is).

43

And Be steadfast in prayer;
Practise regular charity;
And bow down your heads;
With those who bow down (in worship).

44

Do ye enjoin right conduct
On the people, and forget
(To practise it) yourselves
And yet ye study the Scripture?
Will ye not understand?

45

Nay, seek (God's) help;
With patient perseverance
And prayer:
It is indeed hard, except
To those who bring a lowly
spirit,-

46

Who bear in mind the certainty
That they are to meet their Lord,
And that they are to return to Him.

Section 6

47

O Children of Israel!
call to mind
The (special) favour which I bestowed Upon you;
and I preferred you,
To all others (for My message).

Question to ponder: What is this chapter try to tell us? Why is it named as "The Heifer"? What wisdom behind this? I'm still researching for this matter. Anyway what I understand about "the heifer" in general, is that it is referred to an event at the time of Moses (Peace be upon Him) and the Israelites. I found one interesting verse in the Old testament, in the Book of Numbers: 19

Now the Lord spoke to Moses and Aaron, saying. "This is the ordinance of the law which the Lord has commanded, saying: "Speak to the Children of Israel, that they bring you a red heifer without blemish, in which there is no defect and on which a yoke has never come."

Well, in my opinion, this must be have something in common. Keep searching.

Isnin, 1 Jun 2015

Terjemahan Artikel Ilmiah: 'A New Method for Sequencing DNA' (1977)

Kaedah Baharu Bagi Menjujukkan DNA

Diterjemahkan oleh Ibadurrahman
Allan M. Maxam dan Walter Gilbert
Department of Biochemistry and Molecular Biology, Universiti Harvard, Cambridge, Massachusetts 02138

Disumbangkan oleh Walter Gilbert, 9 Disember 1976.

ABSTRAK 

DNA dapat dijujukkan melalui suatu prosedur kimia yang mematahkan separa molekul DNA terlabel pada tiap-tiap pengulangan sesuatu bes. Ukuran panjang fragmen yang telah dilabel kemudiannya menentukan kedudukan bes berkenaan. Kami menerangkan tindakbalas yang membelah DNA secara yang diingini pada guanin, adenin, cytosine dan thymine sama banyak dan pada cytosine semata-mata. Apabila produk keempat-empat tindakbalas ini ditentukan berdasarkan saiz melalui elektroforesis pada gel acrylamide, urutan DNA dapat dibaca menerusi bentuk garis-garis radioaktif. Teknik tersebut membolehkan penjujukan sekurang-kurangnya 100 bes bermula dari titik pelabelan. 

...

Kami telah membangunkan kaedah baharu bagi menjujukkan molekul DNA. Prosedurnya menentukan nukleotida molekul DNA yang berhujung-terlabel dengan memecahkannya pada adenine, guanine, cytosine, atau thymine menggunakan agen kimia. Pembelahan separa pada tiap-tiap bes menghasilkan set sesarang fragmen radioaktif menjangkaui dari hujung berlabel kepada tiap-tiap posisi bes tersebut. Elektroforesis gel acrylamide menyelesaikan bebenang-bebenang tunggal ini saiz-saiznya didedahkan dalam susunan titik pembelahan. Autoradiograf gel yang terhasil dari keempat-empat pembelahan kimia yang berbeza, tiap satunya spesifik untuk satu bes akan kami terangkan, yang kemudiannya menunjukkan suatu gayabentuk garisan-garisan yang padanya dapatlah dibaca secara langsung. Kaedah ini terhad hanya dengan adanya kekuatan pada gel acrylamide; dalam keadaan untuk masa ini, kami boleh jujukkan ke hadapan lebih kurang 100 bes dari hujung pada mana-mana fragmen DNA yang telah dilabel.

Kami mensasarkan DNA dengan reagen yang mana akan mula-mula memunahkan dan membuang suatu bes dari kumpulan gulanya. Gula yang terdedah sekarang telah menjadi suatu titik lemah dalam tulangbelakang binaan berkenaan dan sangat mudah untuk runtuh; suatu alkali atau siri pemangkinan amine tindakbalas penyingkiran-β akan membelah gula tersebut sepenuhnya daripada 3' dan 5' fosfatnya. Tindakbalas tersebut bersama bes-bes adalah terhad, hanya memusnahkan 1 residue untuk setiap 50 ke 100 bes di sepanjang DNA itu. Tindakbalas kedua untuk membelah bebenang DNA mestilah sampai kepada penghabisan, supaya molekul akhir untuk di analisis tidak memiliki imej yang terselindung. Reagen khusus-purine adalah dimethyl sulfate, reagen khusus-pyrimidine adalah hydrazine.

Penjujukan ini memerlukan molekul DNA, sama ada bebenang-tunggal atau dwi-bebenang yang dilabel pada salah satu hujung bebenang dengan 32P (radio-isotop fosforus). Boleh sahaja sama ada label pada 5' atau 3'. Fragmen restriksi sebarang ukuran panjang dilabel pada kedua-dua hujung-sebagai contoh, ianya dirawat terlebih dahulu dengan alkaline phosphatase untuk menyingkirkan fosfat terminal dan kemudiannya dilabel dengan 32P dengan cara memindahkan dari ATP berlabel-γ dengan polynucleotide kinase. Berikutnya, terdapat dua pilihan strategi: sama ada (i) molekul dwi-bebenang tersebut dipotong oleh enzim restriksi kedua dan kedua-dua hujungnya dilarutkan ke dalam gel acrylamide dan diasingkan lantas dijujukkan atau (ii) molekul dwi-label berkenaan dinyahaslikan dan bebenang-bebenang berkenaan dipisah-pisahkan di dalam gel[1], diekstrak, dan dijujukkan.

KIMIA YANG KHUSUS

Pembelahan Guanine/Adenine [2]. Dimethyl sulfate memetilkan (menambah kumpulan metil -CH3) pada guanine di dalam DNA pada kedudukan N7 dan posisi N3 pada adenine[3]. Ikatan glikosidik pada purine adalah tidak stabil [3,4] dan mudah terpecah akibat haba pada pH neutral, lalu membebaskan gula. Rawatan dengan 0.1M alkali pada 90'C kemudiannya akan membelah gula berkenaan daripada kumpulan fosforus yang bersebelahan. Apabila fragmen hujung-terlabel dipecahkan di dalam gel polyacrylamide, autoradiograf mengandungi garis-garis gelap dan nipis. Garis-garis gelap ini muncul akibat pemecahan berlaku pada guanine yang mana di-metilkan 5 kali lebih pantas dari adenine[3].

Bentuk paten guanine yang kuat/adenine yang lemah ini sudah memiliki hampir separuh maklumat yang diperlukan bagi penjujukan, walaubagaimanapun, ambiguiti (kesamaran atau ketidaktentuan yang memungkin dua tafsiran dibuat) boleh timbul tatkala mengintrepertasi paten ini kerana keamatan garis yang terpisah adalah sukar untuk ditaksirkan. Bagi menentukan bes-bes tersebut kami bandingkan maklumat yang terdapat dalam kolum gel ini dengan kolum yang selari di mana pemecahan guanine di ditahan, menyebabkan adenine dibiarkan dan jelas kelihatan.

Pembelahan Adenine yang telah dipertingkatkan. Ikatan glikosidik adenosine yang telah dimetilkan adalah kurang stabil berbanding guanosine yang telah dimetilkan[4]; maka, rawatan lembut dengan menggunakan asid cair membebaskan adenine sebagaimana ianya. Pembelahan berikutnya dengan alkali menghasilkan suatu paten garisan gelap menunjukkan adenine dengan garis cerah pada guanine.

Pembelahan pada Cytosine dan Thymines. Hydrazine bertindakbalas dengan thymine dan cytosine, membelah bes berkenaan dan meninggalkan ribosylurea[5-7]. Hydrazine mungkin sekali kemudiannya bertindakbalas untuk menghasilkan hydrazone[5]. Setelah hydrazlinolysis separa berlaku dalam 15-18 M aqueous hydrazine 20', DNA dibelah dengan 0.5M piperidine. Amine putar sekunder ini, sebagai bes bebas, menggantikan kesemua hasil tindakbalas hydrazine dengan gula dan memangkinkan proses penyingkiran-β fosfat. Paten akhir mengandungi garis-garis yang memiliki keamatan yang sama daripada belahan pada cytosine dan thymine.

Pembelahan pada cytosine. Kehadiran 2M NaCl menegah tindakbalas thymine dengan hydrazine. Kemudian, pemecahan peperidine menghasilkan garis-garis yang dari cytosine.

SEBUAH MISAL

Pertimbangkan sebuah fragmen DNA 64-pasang-bes, dipotong dari DNA lac operon (rujuk daftar istilah nombor [6] dalam pautan ini) oleh enzim Alu I, enzim dari Arthrobacter luteus, yang mana memotong habis pada urutan AGCT diantara G dengan C[8]. Selepas proses fosforilasi, dua hujung 5'-nya dilabel dengan 32P. Autoradiograf didalam Rajah 1 menunjukkan dua bebenang berpisah sewaktu elektroforesis, selepas ternyahasli, di dalam gel acrylamide neutral,(1) ianya menjadi mudah diekstrak, Bagi setiap bebenang, alikuot (sedikit bahagian dari cecair -pent.) 4 tindakbalas pembelahan (G kuat/ A lemah, A kuat, C kuat dan C+T) di elektroforesiskan pada 600-1000 V dalam sebuah 40-cm 20% polyacrylamide/7 M gel urea. 12 jam kemudiannya, bahagian kedua setiap sampel dimuatkan ke dalam gel dan elektroforesis diteruskan. Rajah 2 menunjukkan autoradiograf memaparkan dua kawasan urutan setiap bebenang diambil dari satu gel ini: satu yang hampir dengan hujung terlabel dalam sampel itu yang telah dielektroforesis dalam jangka masa singkat, dan satu kawasan lebih jauh ke dalam molekul, dijarakkan oleh elektroforesis dalam jangka masa panjang. Urutannya adalah mudah untuk dibaca berdasarkan paten garis-garis. Jarak antara fragmen-fragmen semakin mengecil dari bawah menghala ke atas gel tersebut. Perbezaan dan kepelbagaian kecil pada jarak adalah spesifik-urutan dan mengisyaratkan nukleotida akhir yang ditambah, sebuah T atau G, pergerakan yang menurun lebih dari A atau T.

Rajah 1 Pengasingan bebenang sesuatu fragmen restriksi: 1.5µg sebuah fragmen DNA 64-pasang-bes (75pmol hujung 5') difosforilasikan dengan [ γ-32]ATP (800 ci/mmol) dan polynucleotide kinase, dinyahasli dalam alkali, dilapiskan ke dalam sebuah permukaan 0.3 cm x 3 cm 8% gel acrylamide , dielektroforesiskan pada 200V (dikawal) dan 20 mA (purata), sehingga pewarna xylene claynol (XC) bergerak sejauh 9 cm. Gel berkenaan pada plat kaca kemudiannya dilitup ketat dengan Saran Wrap dan didedahkan kepada filem Kodak XR-5 sinar-x selama 10 minit.

Fragmen pada hujung gel tersebut dengan bes yang hampir sekali dengan yang telah dimusnahkan oleh sasaran kimia; label-label pada garisan di dalam rajah menunjukkan bes-bes yang telah disasar. Dalam Rajah 2, 62 bes boleh dibaca untuk kedua-dua bebenang, 2 bes terakhir pada dua hujung 5' tidak ditentukan oleh gel ini. Urutan setiap bebenang adalah konsisten dan dipastikan susunan seperti ini:

Ahad, 31 Mei 2015

APA ITU PENJUJUKAN DNA?

Sains&Teknologi>Bioteknologi>Penjujukan DNA
Pengenalan kepada 'DNA Sequencing'
oleh ibadurrahman

Apakah alat ini?[1]
(c) Gambar hakmilik Oxford Nanopore Technologies
Definisi Penjujukan DNA

Penjujukan DNA merupakan proses penentuan susunan nukelotida dengan tepat yang terkandung di dalam DNA. Ianya meliputi berbagai kaedah serta teknologi bagi menentukan susunan empat bes iaitu, adenine, guanine cytosine dan thymine di dalam seurat bebenang DNA. Kemunculan kaedah penjujukan DNA secara pantas telah banyak memacu penyelidikan biologi, perubatan dan penemuan-penemuan baharu.

Keutamaan Kemahiran Penjujukan DNA

Pengetahuan tentang penjujukan DNA telah menjadi suatu perkara yang sangat diperlukan di dalam penyelidikan biologi asas, serta beberapa bidang gunaan seperti diagnosis perubatan, bioteknologi, biologi forensik, virologi dan sistematik biologi. Kepantasan penjujukan DNA telah menjadi alatan penting dalam menjujuk seluruh DNA atau genom (beberapa jenis spesis, termasuk genom manusia).

Kaedah Awal Penjujukan DNA

Jujukan DNA pertama kali diperoleh pada awal 1970-an oleh penyelidik dengan menggunakan kaedah makmal yang berasaskan kromatografi dwi-dimensi. Setelah kaedah berasaskan fluorescence (istilah Dewan Bahasa: pendaflour) terautomatik diperkenalkan, penjujukan DNA dapat dilakukan dengan lebih pantas.

Syarikat Oxford Nanopore telah sampai kepada mesin penjujukan DNA bersaiz pemacu USB yang mampu menterjemahkan blok binaan kehidupan dalam masa beberapa jam. Gambar menunjukkan genom manusia. Hak milik (c) theguardian.uk


Kegunaan Penjujukan DNA

Penjujukan DNA digunakan untuk menentukan urutan gen perseorangan, kawasan genetik lebih besar (gugusan gen atau operon), kromosom penuh atau keseluruhan genom. Penjujukan menyediakan susunan nukleotida individual yang terdapat dalam DNA atau RNA yang telah diasingkan dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bakteria, archaea,  atau apa-apa sumber maklumat genetik.

1) Kegunaan dalam biologi molekular

Penjujukan digunakan untuk mengkaji genom dan protein yang ia kodkan. Maklumat yang diperoleh melalui penjujukan membolehkan para penyelidik mengenalpasti perubahan pada gen, perkaitan dengan penyakit serta fenotip, dan menentukan sasaran ubat yang paling berpotensi.

2) Kegunaan dalam biologi evolusi

Penjujukan DNA digunakan untuk mengkaji sejauhmana organisma itu berbeza dengan lainnya dalam hubungkait antaranya serta bagaimana mereka berevolusi.

3) Metagenomik

Bidang metagenomik melibatkan penentuan organisma yang hadir di dalam air, kumbahan, kotoran atau serpihan yang ditapis dari udara, atau sample yang dicebis dari organisma. Mengetahui jenis organisma di dalam ekologi berkenaan sangat penting dalam penyelidikan ekologi, epidemiologi, mikrobiologi dan sebagainya.

4) Perubatan

Ahli teknikal perubatan mungkin sekali menjujukkan gen (atau secara teorinya, genom penuh) dari pesakit (manusia) untuk menentukan risiko penyakit keturunan. Hal ini merupakan satu bentuk pengujian gen, walaubagaimanapun pengujian gen tidak semestinya memerlukan penjujukan gen.

5) Forensik

Penjujukan DNA digunakan bersama-sama perentasan DNA (DNA profiling) untuk pengujian forensik dan pengujian pertalian keluarga.

Sejarah Teknologi Penjujukan DNA

1) Penjujukan RNA

Dengan penemuan struktur DNA sebagai dwi-heliks pada 1953, telah berlalu bertahun-tahun sebelum DNA dapat dianalisis strukturnya dengan kaedah makmal yang mempunyai kredibiliti. Penjujukan RNA merupakan salah satu bentuk penjujukan nukleotida terawal. Peristiwa terpenting dalam teknologi ini adalah dengan berhasilnya penjujukan RNA gen lengkap dan genom lengkap bakteriofaj MS2 yang ditemui oleh Walter Fiers dari University of Ghent, Belgium pada 1972 dan 1976.

2) Kaedah Penjujukan DNA terdahulu

Kaedah pertama dalam penentuan urutan DNA melibatkan pemanjangan primer khusus-lokasi (location-specific) yang dibangunkan oleh Ray Wu dari Universiti Cornell pada 1970. Katalisis DNA polymerase dan pelabelan khusus nukleotida digunakan untuk menentukan hujung melekat (cohesive end) DNA-lambda faj (phage). Di antara 1970 hingga 1973, Wu dan Padmabhan dan rakan-rakan mereka telah mendemonstrasikan bahawa kaedah ini dapat dilaksanakan untuk menentukan sebarang urutan DNA dengan menggunakan primer khusus-lokasi sintetik. Frederick Sanger kemudiannya mengambil idea ini (strategi pemanjangan primer) untuk menghasilkan kaedah penjujukan DNA yang lebih pantas dan beliau telah menerbitkan kaedahnya 'DNA sequencing with chain-terminating inhibitor' (Penjujukan DNA dengan perencat penghapus-rantaian) pada 1977.[Untuk membaca artikel yang diterbitkan, sila klik di sini, untuk membaca terjemahan artikel sila klik sini (pautan belum tersedia)] Walter Gilbert dan Allan Maxam dari Harvard turut mengemukakan kaedah penjujukan 'DNA sequencing by chemical degradation' (Penjujukan DNA melalui penguraian kimiawi). Pada 1973, Gilbert dan Maxam telah melaporkan urutan 24 pasangan-bes ditentukan dengan menggunakan analisis 'wandering-spot'. Kepesatan penjujukan DNA dibantu dengan kepesatan teknologi rekombinan DNA yang berlaku serentak telah membolehkan sampel DNA dapat diasingkan dari sumber selain daripada virus.

Penjujukan Genom Lengkap

DNA genom pertama dijujukkan adalah bakteriofaj ΦX174 (dibaca phi X174) pada 1977. Saintis dari Medical Research Council telah menterjemahkan urutan DNA lengkap virus Epstein-Barr pada 1984 dengan dapatan 170 ribu panjang pasangan-bes.

Suatu kaedah tanpa-radioaktif untuk memindahkan molekul DNA campuran jujukan (sequence mixture) ke dalam matriks tak-imobilisasi semasa elektroforesis telah dibangunkan oleh Pohl dan rakan-rakannya pada 80-an. Berikutan pengkomersilan penjujuk DNA 'Direct Blotting Electrophoresis System GATC 1500' oleh pengeluar GATC Biotech, yang mana digunkan secara meluas di dalam rangka kerja program penjujukan genom Kesatuan Eropah, urutan DNA lengkap Saccharomyces cerevisiae kromosom II dihasilkan. Makmal Leroy E. Hoods, California Institute Technology telah mengumumkan mesin jujukan separa-automatik pertama pada 1986. Hal ini diikuti dengan penjualan mesin automatik penuh oleh Applied Biosystem, ABI370 pada 1987 yang menggunakan teknik pelabelan novel membolehkan 4 deoksinukleotida dikenalpasti pada lorong yang sama. Pada 1990-an Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat telah memulakan percubaan penjujukan pada Mycoplasma capricolum, Escherichia coli, dan Saccharomyces cerevisiae pada kos US $0.75 bagi setiap pasang-bes.

Sementara itu, penjujukan cDNA manusia telah dimulai oleh makmal Craig Venter, suatu percubaan untuk menangkap bahagian yang mengkod dalam genom manusia. Pada 1995, Venter, Hamilton Smith dan rakan-rakan di Institut Kajian Genom telah menerbitkan genom lengkap organisma hidup-bebas, bakterium Haemophilus influenzae. Kromosm bulat itu mengandungi 1,830,137 bes dan penerbitan kaedah ini telah menjadi batu asas penggunaan penjujukan 'whole genome shotgun' menggantikan usaha awal pemetaan.

Kaedah Penjujukan Generasi Hadapan

Beberapa kaedah baharu penjujukan DNA telah dibangunkan pada pertengahan 1990-an dan digunakan oleh alat penjujuk DNA komersil pada tahun 2000. Pada Oktober 26, 1990, Roger Tsien dan rakan-rakannya telah memfailkan paten menerangkan tatacara jujukan 'bes-ke-bes' dengan blockers 3' yang boleh dibuang pada jajaran DNA. Pada 1996, Pal Nyren bersama pelajarnya, Moustafa Ronaghi menerbitkan kaedah mereka yang dinamai 'pyrosequencing'.

Pada 1997, Pascal Mayer dan Laurent Farrinelli telah menghantar paten kepada Pertubuhan Harta Intelek Dunia menerangkan penjujukan koloni DNA. Penyediaan sampel DNA dan kaedah penjajaran DNA rawak telah diperincikan di dalam paten berkenaan. Kaedah ini, bersama-sama kaedah yang diperkenalkan Roger Tsien 'bes-ke-bes' kini telah digunapakai di dalam penjujuk genome oleh pengeluar Illumina, Hi-Seq.

Lynx Therapeutics telah menerbitkan dan telah memasarkan MPSS atau 'Massively parallel signature sequencing' pada tahun 2000 yang telah menjadi penjujuk generasi hadapan pertama, walaupun ia tidak dijual pada makmal-makmal bebas. Pada 2004, 454 Life Sciences  telah memasarkan pyrosequence versi sejanjang yang mengurangkan kos jujukan berbanding jujukan Sanger merangkap jujukan generasi hadapan kedua selepas MPSS.

Jumlah data yang besar terhasil dari penjujukan DNA turut memerlukan pembangunan kaedah baharu dan program untuk menganalisa urutan. Phil Green dan Brent Ewing dari Universiti Washington mengusulkan 'phred quality score' mereka untuk penjujuk analisis pada tahun 1998.

Kaedah Asas Penjujukan DNA

1) Penjujukan Maxam-Gilbert

Allan Maxam dan Walter Gilbert telah menerbitkan sebuah kaedah penjujukan DNA pada 1977 berdasarkan pengubahsuaian kimia DNA dan beberapa turutan potongan pada bes-bes yang khusus. Turut dikenal sebagai penjujukan kimia, kaedah ini membolehkan sampel DNA dwi-benang yang telah dimurnikan digunapakai tanpa perlu mengalami pengklonan seterusnya. Kaedah ini menggunakan pelabelan radioaktif dan kerumitan teknikalitinya menyebabkan ia tidak lagi dipraktikkan setelah pemansuhan dibuat melalui teknik Sanger. Teknik Maxam memerlukan pelabelan radioaktif pada salah satu hujung 5' DNA dan pemurnian segmen DNA itu dijujukkan. Proses kimia kemudiannya menghasilkan bukaan pada sudut kecil satu atau dua dari 4 bes nukleotida dalam setiap 4 tindakbalas berkenaan (G, A+G, C, C+T). Kepekatan kimia penggubah dikawal untuk menghasilkan purata 1 pengubahsuaian per molekul DNA. Jadi, satu siri fragmen yang berlabel telah dihasilkan daripada hujung radio-label kepada tempat 'potongan' pertama tiap-tiap molekul. Fragmen dari keempat-empat tindakbalas dielektroforesiskan sebelah-menyebelah di dalam gel acrylamide nyahasli untuk pengasingan mengikut saiz. Untuk menvisualisasi fragmen-fragmen tersebut, gel didedahkan kepada filem sinaran-X atau autoradiografi yang akan menghasilkan garis-garis gelap yang tiap satunya merujuk kepada DNA terlabel radioaktif. [Untuk membaca terjemahan artikel Maxam-Gilbert sila klik sini]

2) Kaedah Pemusnahan Rantaian

Kaedah pemusnahan rantaian (Chain termination method) dibangunkan oleh Frederick Sanger dan rakan-rakannya pada 1977, kemudiannya telah menjadi kaedah pilihan, disebabkan kemudahan pengendaliannya dan kebolehpercayaannya. Semasa penciptaannya, kaedah pemusnahan rantaian menggunakan bahan kimia toksik dalam jumlah yang lebih sedikit dan kurang bilangan radioaktiviti berbanding kaedah Maxam-Gilbert. Kaedah Sanger kemudiannya diautomasikan dan menjadi generasi pertama dalam kalangan penjujuk DNA. Penjujukan Sanger merupakan kaedah yang bertahan dari tahun 80-an hingga pertengahan 2000-an. Di sepanjang tempoh itu, berlaku pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan kepada kaedah penjujukan antaranya pelabelan fluorescent, elektroforesis kapilari dan automasi umum. Pembangunan ini menambahbaik tahap keberkesanan jujukan justeru, mengurangkan kos operasi. Kaedah Sanger, di dalam bentuk penghasilan besar-besaran merupakan teknologi yang menghasilkan genom manusia pertama pada tahun 2001. Walaubagaimanapun, puluhan tahun kemudiannya, kaedah-kaedah yang menggunakan pendekatan yang berbeza dan radikal telah masuk ke dalam pasaran, membawa kepada penurunan kos per genom $100 million pada 2001 kepada $10,000 pada tahun 2011.

Kaedah Canggih & Terkehadapan dan Penjujukan de novo

Penjujukan skala besar seringkali menyasarkan penjujukan cebisan DNA yang sangat panjang, umpamanya keseluruhan kromosom walaupun penjujukan skala besar juga boleh digunakan untuk menghasilkan urutan pendek yang begitu banyak seperti yang dijumpai dalam 'phage display'. Bagi sasaran yang lebih panjang seperti kromosom, pendekatan biasa yang terdiri daripada pemotongan (dengan enzim restriksi) atau pengoyakan (dengan daya mekanikal) fragmen besar DNA kepada fragmen yang lebih kecil. Fragmen DNA yang telah dipecahkan kemudiannya diklonkan ke dalam vektor DNA dan digandakan di dalam hos bakteria seperti E.coli. Fragmen DNA pendek yang dimurnikan daripada koloni bakteria dijujukkan secara individual dan disusun-pasang secara elektronik menjadi suatu urutan yang panjang. Kajian mendapati bahawa dengan menambah langkah pemilihan saiz untuk mengumpul fragmen DNA yang memiliki saiz yang seragam dapat memperbaiki keberkesanan penjujukan dan ketepatan susun-pasang genom. Dalam kajian tersebut, automasi pensaizan telah dibuktikan lebih baik dari sudut keboleh-hasilan semula dan kejituannya berbanding pensaizan manual gel.

Perkataan 'penjujukan de novo' secara khususnya merujuk kepada kaedah yang digunakan untuk menentukan urutan DNA yang belum pernah diketahui urutannya. De novo berasal daripada bahasa Latin yang dapat diterjemahkan sebagai 'dari permulaan'. Ruang kosong (lompong) yang berada urutan yang telah disusun-pasang akan diisikan oleh perjalanan primer. Strategi yang berbeza memiliki imbal-tukar (trade off) yang berbeza dari sudut kepantasan dan kejituan; kaedah shotgun selalunya diguna untuk menjujuk genom besar, akan tetapi pemasangannya adalah kompleks dan rumit, terutamanya apabila melibatkan ulangan urutan, seringkali menyebabkan lompong dalam susun-pasang genom.

Kebanyakan pendekatan penjujukan menggunakan langkah pengklonan in vitro bagi memperbanyak molekul DNA individual, disebabkan kaedah pengesanan molekularnya tidak cukup sensitif buat penjujukan molekul tunggal. Emulsi PCR mengasingkan molekul DNA individual bersama-sama dengan manik bersalut-primer di dalam titisan aqueous dalam fasa minyak (oil phase). PCR kemudiannya menyalut setiap manik dengan salinan klonal molekul DNA diikuti dengan imobilisasi bagi jujukan kemudiannya. Emulsi PCR yang digunakan ini merupakan rekaan Margulis et al. (yang dikomersilkan oleh 454 Life Sciences), Shendure dan Porreca et al. (turut dikenali sebagai "Penjujukan Polony") dan penjujukan SOLiD, (dibangunkan oleh Agencourt, kemudiannya Applied Biosystem dan kini, Life Technologies).

... ... ... ...

[1] minION(tm); Percaya atau tidak, Oxford Nanopore sedang membangunkan alat penjujukan DNA bersaiz poket. Adakah alat ini dapat menjujukkan DNA dengan tepat? Untuk arkib berita mengenai alat ini sila klik di sini.

Rujukan

1) http://en.wikipedia.org/wiki/DNA_sequencing diambil pada 1/06/2015

2) Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM), http://prpm.dbp.gov.my/Default.aspx diambil pada 2/06/2015

Daftar istilah

[1] DNA - Asid deoksiribonukleik asid, juzuk utama yang membentuk bahan genetik (bahan penentu ciri-ciri kebakaan) kebanyakan organisma hidup, termasuk sesetengah virus yang terkandung dalam nukleus sel organisma yang berkenaan.

[2] Penjujukan - kemampuan peranti penghantaran untuk menyusun data atau isyarat dalam satu siri yang bersambung tanpa bantuan langsung manusia.

[3] Genom - (English:Genome) turutan DNA lengkap bagi satu set kromosom. Istilah genom boleh digunakan secara khusus bagi maksud set lengkap DNA nukleus dan juga bagi organel yang mengandungi DNA-nya sendiri.

[4] Kromatografi - kaedah untuk memisahkan komponen sesuatu bahan atau campuran, iaitu dengan memasukkannya ke dalam larutan dan didasarkan pada perbezaan sifat berpindah komponen tersebut melalui sesuatu medium, iaitu komponen bergerak pada kadar yang berlainan.

[5] Fluorescence - (Istilah sasar: pendafluor) sifat bahan yang memancarkan cahaya tampak sebagai tindakbalas daripada pendedahan sinaran sumber lain. Cahaya yang dipancarkan mempunyai panjang gelombang yang lebih panjang dibandingkan dengan sinaran pengujaan.

[6] Operon - (operon: merujuk kepada 'operate' bermaksud 'pengendali', secara umumnya terkandung dalam bakteria atau sel prokaryotik - pent.) sebahagian DNA yang mengandungi satu gen operator, kadang-kadang satu gen resepsor dan beberapa gen struktur, yang bertindak atau berfungsi sebagai satu struktur. [Sejarah: Operon ditemui oleh saintis Perancis Jacob, Lwoff dan Monod pada tahun 1960-an] Contoh: ~ lac Operon dalam Escherichia coli yang berfungsi mengendalikan penguraian lakstosa. [Nota tambahan: operon mempunyai ciri-ciri ini, PROG, atau Promoter, Repressor, Operator, Gene]

[7] Nukleotida - unit asas nukleik yang sebahagiannya koenzim penting.

[8] RNA - Asid ribonukleik

[9] Archaea - Kingdom bagi mikroorganisma sel tunggal. -pent.

[10] Fenotip - (English: Phenotype) ciri fizikal keseluruhan yang dizahirkan oleh sesuatu organisma yang ditentukan oleh saling tindak antara genotip dengan persekitarannya.

[11] PCR - (English: Polymerase Chain Reaction) Tindakbalas rantai polymerase, kaedah memperbanyak atau mereplikasi DNA secara pemangkinan.  -pent. 

Almanak 2015

MEI 2015

Awal Mei -
Isu Tabung Haji membeli Tanah TRX (1MDB)

Penghujung Mei -
1) Penemuan kubur raksasa (mass grave) di sempadan Malaysia-Thailand didakwa merupakan penemuan paling buruk jenayah pemerdagangan manusia (Rohingya)

2) Pelarian Etnik Rohingya dilaporkan berada di lautan antara laut andaman, Thailand, Malaysia, Indonesia, Australia menolak untuk menerima pelarian-pelarian ini. Etnik Rohingya mengalami pembersihan etnik di Myanmar di dalangi oleh puak pengganas buddha.

3) Utusan mengeluarkan artikel muka hadapan tentang kesesatan tarikat sufi Naqsyabandiah al-Aliyah.

4) [Timur Tengah] Pimpinan Palestin telah mengugurkan usul Palestin untuk mengundi kepada FIFA untuk mengeluarkan Israel dari FIFA seperti mana yang dilakukan terhadap Yugoslavia dan Afrika Selatan atas dasar Apartheid.

5) [Timur Tengah] Angkatan bersekutu diketuai Arab Saudi melancarkan kempen serangan terhadap pemberontak Houthi di Yaman.

31.05 -
Harga Minyak RON 95 dan 97 naik 20 sen berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam (KPDNKK)

JUN 2015

Awal Jun - Muktamar Tahunan Pas, hubungan DAP-PAS mula renggang. 

5 Jun - Gempa bumi melanda negeri Sabah, di kawasan Ranau, dan antara terjejas teruk adalah di Gunung Kinabalu, ramai pendaki terperangkap kerana jalan keluar telah ditimpa tanah runtuh. Angka korban kira-kira 19 orang. Skala richter: 5.9

7 Jun - Israel melancarkan serangan ke atas Gaza
...

Oktober 2015

1) Isu Palestin: Netanyahu dihentam akibat kenyataan yang menyalahi fakta sejarah: orang Palestin penyebab Holocaust

2) Ketegangan di Baytul maqdis semakin meningkat, kemalangan jiwa di pihak rakyat Palestin hampir 47 orang berbanding warga haram Israel 9 orang. Kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh adalah berumur belasan tahun hingga 20-an.

3) Negara: TPPA masih diperbincangkan, Malaysia dilaporkan media luar "telah menanda tangani" perjanjian tersebut.

4) Dua orang Ahli Parlimen dihalau keluar dari Dewan Parlimen oleh Speaker Dewan.

5) Jerebu melanda paling teruk dikawasan Lembah Kelang. Sekolah ditutup bermula 19 Oktober 2015 akibat IPU yang tinggi.

6) Himpunan Fastaqim anjuran PAS mencatatkan kehadiran 10 ribu ahli di Stadium Sultan Muhammad, Kota Baharu Kelantan.

7) Kemalangan jiwa di LPT2 (Lebuh raya Pantai Timur 2) meningkat dan pihak berwajib berjanji membuat tinjauan terhadap lebuhraya berkenaan.

8) 2 daripada 7 kanak-kanak yang hilang di Kelantan selamat ditemui.

9) Syria: Russia menyertai perang, menjadi sekutu kepada Basyar Al-Assad dan mendakwa telah menyasarkan posisi-posisi ISIS.

10) Demam kepialu (tifoid) direncanakan di dada akhbar semakin membimbangkan - akibat kemasukan warga asing.
11) Tol naik.

Rabu, 13 Mei 2015

What's On The News? (12 May 2015)

Salam, and good day mate!

Well, its been a while, since my last post (Don't refer to #1 article, deal?). When was it? Ahh, hisa shiburi...(it's japanese word for 'long time no see', got it?) Happy new year by the way (wait, it's almost half of the year had passed, hope still not late to say that). Okay, never mind, as for today, I'm going to share with you some of the interesting article published in the newspaper (the Star) which I think that we (fellow Malaysian) should think about it (because we have too much facebook-ing and politicing), which none of these will be solved (well at least we concerned!), perhaps you are right, but let's put them aside for a moment shall we?

#1 Some Are Just Plain Lazy

So, here's the snapshot:
Click to enlarge the image. (and don't be plain lazy)
Wow. Hold, on, let me recite it one more time. Ah, perfect. The headline is just perfect. (Jezz pewrfectt!). SOME ARE JUST PLAIN LAZY. In Bahasa, it would read as: 'SESETENGAH ORANG ITU MEMANG SUDAH SEDIA MALAS'. Or in informal slang, 'SESETENGAH MAKHLUK NI DAH MEMANG PEMALAS'. (hehe) Does this ring a bell to you? No? Well, you must be damn workaholic, hardworking, or, something...

Lazy or Malas. Hm, the number one public enemy of the nation! Contagious. And potentially endemic among students. So the snapshot is actually reader's opinion posted on the Star sent by Pola Singh. I really recommend you to read this section (if you buy a copy) because it will help us to learn more about trivial issues as well as new vocabulary.