Ahad, 13 November 2011

I want to be An Astronaut

Bila terkenang balik zaman persekolahan aku pasti akan teringat akan cita-cita yang diimpikan. Yalah, tak semua yang kita nak itu kita akan dapat. Heh. Zaman sekolah dulu kan seringkali cikgu, kawan-kawan akan ajukan soalan semacam ini, "Bila besar nanti kau nak jadi apa?" atau "Apa cita-cita awak". Ya. Tersenyum sendirian bila fikirkan semula. Dulu, aku bercita-cita untuk jadi astronaut. Oh, bahasa melayunya angkasawan. Tapi macam kurang enak sahaja bila dengar. Takpalah, KIV dulu. Kenapa astronaut. Sebab dari kecil aku memang suka tengok awan. Lagi-lagi kalau waktu malam. Ia penuh misteri. Ada benda yang diluar jangkaan manusia. Ini pun tak nafi didorong oleh ayah saya (heh, bukan jadi pun). Sebab ayah aku minat dia suka kumpul majalah National Geographic. Memang berlambak-lambak koleksi dia di rumah. Antara penemuan yang menarik semestinya eksplorasi dan eskpidisi angkasa.

Aku ada terbaca satu artikel dari National Geographic berkenaan dengan extra-terrestrial, maksudnya hidupan lain di luar. Memang menarik sekali, kerana ramai saintis dan pemikir mencipta teori berkenaan ini. Ada yang menyangkal, ada yang menaruh harapan. Dari kecil jugalah sampai sekarang aku masih belum dapat jawapan yang pasti. Apakah ada hidupan lain di luar sana? Apakah adanya 'diri kita' dalam dimensi lain diluar sana? Sebab, bukankah bumi hanyalah satu planet kecil dari sistem suria? Dan sistem suria kita hanyalah satu bintik kecil dalam galaksi bima sakti. Habis yang lain bagaimana pula? Bermilion-milion lagi bintik tambahan galaksi bukan satu tapi banyak. Apa mungkin tiada hidupan semacam kita diluar sana. Fuh. Rasa macam jadi Einstein pula. Tapi satu saja yang aku belum buat; dan sepatutnya aku buat terlebih dahulu. Kaji Al-Qur'an. Al-Qur'an pasti ada jawabannya.

Dan kenapa pula aku tiba-tiba terfikir tentang astranaut. Ini kerana aku terjumpa satu komik korea (terjemahan gempakstarz) satu-satunya siri komik yang berilmiah (heh.) dan paling menarik. Tajuknya SURVIVAL IN SPACE: ASTRONAUT TRAINING. Jalan ceritanya memang kelakar dan mudah faham. Biar aku cerita sedikit tentang komik best ini. Ia mengisahkan 3 calon muda, dua berasal dari korea dan seorang dari Russia dalam menjalani latihan untuk pemilihan untuk menaiki soyuz di Russia. Ketiga-tiga budak ini memang dipilih terbaik dari kalangan terbaik. Masing-masing mahu mengharumkan nama tanah air mereka.


Jadi komik ini memberikan gambaran latihan-latihan asas sebelum layak menjadi seorang angkasawan. Hah, satu lagi. Angkasawan/ astronaut/kosmonaut sebenarnya gelaran yang diberi kepada pemandu kapal angkasa dan specialist angkasa sahaja, yang naik sekejap itu dipanggil 'pelancong angkasa'. Macam yang Datuk Syeikh Muszaphar. Bagi aku, aku cukup bangga dan beliau merupakan orang yang cukup hebat kerana mewakili bangsa melayu nusantara ke angkasa. Kena ubah minda Melayu. Biar tinggi angkasa (foah). Bukan senang nak ke sana. Latihan-latihan yang dijalankan cukup mencabar mental dan fizikal. Ini lebih dari latihan ketenteraan. Ini kerana;

Pertama: Saringan kesihatan dibuat dengan teliti, hampir boleh dikatakan tidak boleh mempunyai kecacatan. Saya pernah menghadiri suatu majlis bersama Syeikh Muszaphar di Kelantan pada 2008 yang menyatakan bahawa, fizikal badan yang sihat sahaja lulus, parut sedikit pun tidak diterima (wau!).

Kedua: Pengetahuan yang amat-amat mantap berkenaan angkasa, bumi, graviti, dan yang berkaitan. Ada temuduga oleh pakar-pakar angkasa. Fizik kena mantap.

Ketiga: Latihan fizikal dan mental. Ini paling penting, kerana apa jua mungkin boleh berlaku apabila di angkasa. Seseorang perlu berfikir pantas dan membuat keputusan dalam keadaan tekanan. Antara latihan yang (pergh) dijalankan adalah; kerusi pusing selama 10 minit (pening tahap gaban), zero-gravity, parachute jump, simulasi altitud tinggi, simulasi kapal angkasa dalam air, latihan survival di laut, dan banyak lagi.

Memang dahsyat untuk jadi seorang angkasawan!

"This is one small step for a man, one giant leap for mankind." -Neil Armstrong






Tiada ulasan:

Catat Ulasan