Khamis, 26 Disember 2013

Terjemahan Artikel Arab: Tentang Surah An-Naas

RAW TEXT 1
وإنما قدم الربوبية لمناسبتها للاستعاذة، فهي تتضمن نعمة الصون والحماية والرعاية، ثم ذكر الملكية لأن المستعيذ لا يجد عونا له ولا غوثا إلا مالكه، ثم ذكر الألوهية لبيان أنه المستحق للشكر والعبادة دون سواه.

TRANSLATED TEXT (MALAY)


Dan sesungguhnya disebutkan (al-rububiyyah) itu adalah suatu yang sewajarnya dijadikan tempat untuk memohon perlindungan. Maka ia menjamin akan nikmat kelestarian dan pemeliharaan (bagi hidup manusia). Kemudian disebutkan (pula) (al-mulkiyyah) kerana tiada tempat untuk memohon perlindungan akan sebarang pertolongan dan tidak pula bantuan melainkan hanya dari kekuasaan-Nya. Kemudian disebutkan akan (al-uluhiyyah) kerana sesugguhnya Dia-lah yang paling berhak untuk disyukuri dan diperibadatkan tanpa ada lain setanding dengan-Nya. 

RAW TEXT 2
والسبب في تكرار لفظ {النَّاسِ} هو مزيد البيان والإظهار، والتنويه بشرف الناس مخلوقات اللَّه تعالى، وقال: (ربّ الناس) مع أنه ربّ جميع المخلوقات، فخصّ الناس بالذّكر للتشريف، ولأن الاستعاذة لأجلهم.

TRANSLATED TEXT

Dan tujuan disebutkan dengan penegasan lafaz (an-naas: manusia) adalah sebagai penambahan untuk keterangan dan kejelasan (signifikan) dan menunjukkan bahawa kemuliaan manusia sebagai ciptaan Allah Taala, dan difirmankan sebagai (rabbinnaas: Rabb manusia) untuk menunjukkan juga bahawa Dia-lah tuhan kepada kesemua ciptaan, keseluruhan makhluk; tetapi dikhususkan manusia itu kerana untuk memuliakan manusia, kerana (manusia perlu) akan permohonan (kepada Allah) ke atas (segala) benda yang perlu dihindar darinya. 

RAW TEXT 3
{مِنْ شَرِّ الْوَسْواسِ الْخَنَّاسِ} أي ألجأ إلى اللَّه وأحتمي من شرّ الشيطان ذي الوسوسة، الكثير الخنوس أي الاختفاء والتأخر، بذكر اللَّه، فإذا ذكر الإنسان اللَّه تعالى خنس الشيطان وانقبض، وإذا لم يذكر اللَّه انبسط على القلب. قال ابن عباس في هذه الآية: الشيطان جاثم على قلب ابن آدم، فإذا سها وغفل وسوس، فإذا ذكر اللَّه خنس.

TRANSLATED TEXT

(Min syarrilwaswaasilkhannaas) iaitu, (memohon supaya) dihindarkan daripada kejahatan syaitan yang memiliki (sifat) was-was, iaitu banyaknya (al-khunuus: sesuatu yang tersembunyi dan dilewat-lewatkan). Dengan mengingati Allah, dan apabila manusia mengingati Allah, (sifat) khunus itu terperangkap, sebaliknya jika manusia itu tidak mengingati akan Allah, maka akan bertambah-tambahlah (al-khunus: bisikan syaitan yang bermula dengan bisikan berakhir dengan tindakan maksiat kesudahannya) di dalam hati. Berkata Ibnu 'Abbas (RA) berkenaan ayat ini, "(Bahawa) Syaitan itu mendiami di dalam hati anak-anak Adam, sekiranya (mereka) leka dan lalai, (maka datang dan bertambahlah) was-was, (sebaliknya) apabila (anak Adam) mengingati Allah, maka hilanglah (semakin menghilang akan was-was itu)". 

RAW TEXT
وقد سلط اللَّه الشيطان على الناس إلا من عصمه اللَّه، للمجاهدة والفتنة والاختبار، ثبت في الصحيح أنه «ما منكم من أحد إلا وكّل به قرينه، قالوا: وأنت يا رسول اللَّه؟ قال: نعم إلا أن اللَّه أعانني عليه، فأسلم، فلا يأمرني إلا بخير».

TRANSLATED TEXT

Dan telah menumpahkan (menjadi tewasnya) manusia oleh Allah (tetapi ia tidak terjadi apabila adanya) pertahanan dari Allah. (dan boleh jadi) untuk menguji kesungguhan (keimanan) melalui hasutan-hasutan (itu bahawa ianya) merupakan ujian (dari Allah, dan atas sebab inilah Allah memerintahkan agar memohon kepada-Nya perlindungan) seperti mana yang disebutkan di dalam Sahih, "Tidak ada diantara setiap dari kamu, melainkan kesemuanya memilki (seseuatu yang mengikuti) qarinah. Mereka berkata, "Dan kamu juga, wahai Rasulullah?" "Ya, Allah membantuku mengatasinya, maka aku terselamat (dari tipu dayanya) maka tidak aku lakukan sesuatu melainkan hanya perkara yang memberi kebaikan"

RAW TEXT
وثبت في الصحيحين عن أنس في قصة زيارة صفية للنّبي صلّى اللَّه عليه وسلّم، وهو معتكف، وخروجه معها ليلا، ليردها إلى منزلها، فلقيه رجلان من الأنصار، فلما رأيا النّبي صلّى اللَّه عليه وسلّم أسرعا، فقال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: «على رسلكما، إنها صفية بنت حييّ، فقالا: سبحان اللَّه، يا رسول اللَّه، فقال: إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم، وإني خشيت أن يقذف في قلوبكما شيئا- أو قال: شرّا».

TRANSLATED TEXT

Dan ditegaskan dalam dua Sahih, daripada Anas tentang ziarah Shafiyyah : “Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam pernah ber-i’tikaf. Lalu aku datang mengunjungi beliau di suatu malam dan berbincang dengan beliau. (Setelah selesai), aku pun berdiri untuk pulang dan beliau pun berdiri bersamaku untuk mengantarku – dan tempat tinggalnya di desa Usamah bin Zaid - . (Di tengah perjalanan), ada dua orang laki-laki dari Anshar yang lewat. Ketika melihat Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, mereka pun cepat-cepat berlalu. Lalu Nabi shallallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Berhentilah kalian berdua, ia adalah Shafiyyah binti Huyay”. Mereka berkata : “Subhaanallaah (Maha Suci Allah) wahai Rasulullah”. Beliau bersabda : “Sesungguhnya syaithan berjalan pada aliran darah anak Adam. Dan aku khawatir jika ia mencampakkan kejahatan dalam hati kalian berdua” – atau beliau berkata : “sesuatu”.

RAW TEXT
وروى الحافظ أبو يعلي الموصلي عن أنس بن مالك قال: قال رسول اللَّه صلّى اللَّه عليه وسلّم: «إن الشيطان واضع خطمه على قلب ابن آدم، فإن ذكر اللَّه خنس، وإن نسي التقم قلبه، فذلك الوسواس الخنّاس».

TRANSLATED TEXT

Dan telah diriwayatkan oleh Al-Hafiz Abu Ya'la Al-Muwasolli daripada Anas bin Malik, ia berkata, telah bersabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya syaitan mendiami pinggir hati anak-anak Adam, maka apabila mengingat ia akan Allah (maka ia melembutkan), dan sekiranya ia melupai (Allah) akan hatinya, maka itulah bisikan-bisikan yang semakin mendatang."

Surah An-Naas

Surah an-naas

Madaniyyah;  dan ianya mempunyai 6 ayat.
·         Dinamakan surah an-naas kerana ia diambil daripada pembukaan firman Allah SWT: (قُل أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ) dan perkataan (ٱلنَّاس) ditekankan di dalam surah ini sebanyak 5 kali. Dan surah ini diturunkan bersama surah yang sebelumnya; adapun banyak pendapat dari kalangan ulama’ ia merupakan surah Makkiyyah, dan sebahagian yang lainnya mengatakan ianya Madaniyyah, iaitu seperti surah yang sebelumnya.
·         Dan ia merupakan surah terakhir di dalam Al-Qur’an; ternyata bahawa telah bermula Al-Qur’an dengan surah Al-fatihah yang merupakan isti’aanah kepada Allah dan pujian ke atas-Nya, dan begitulah sebagai penutupnya dengan surah memohon perlindungan untuk isti’aanah kepada Allah juga.

Kandungan Surah An-naas

Surah ini merupakan dua surah ‘al-muwwa’izzatayni’ iaitu doa’ untuk memohon perlindungan kepada Allah Ta’ala, Rabb kepada manusia daripada kejahatan iblis dan tentera-tenteranya yang sentiasa memikat manusia dengan suntikan was-was mereka.
Dan telah kita ketahui  bahawa sesungguhnya surah ini berserta Surah Al-Falaq dan Surah Al-Ikhlas diamalkan oleh Rasulullah untuk memohon perlindungan daripada terkena perbuatan sihir orang Yahudi. Dan ada Ulama’ berpendapat bahawa al-muwwai’zzatayni juga merupakan doa’ untuk menghindari kenifaqan.

Diriwayatkan daripada At-Tirmidhi, daripada ‘Uqbah bin ‘Aamir bahawa Nabi SAW bersabda, “Allah telah menurunkan kepadaku ayat-ayat yang tiada sebanding dengannya: (قُل أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلنَّاسِ) sehingga akhir surah dan (قُلۡ أَعُوذُ بِرَبِّ ٱلۡفَلَقِ) sehingga akhir surah.” Dan At-tirmidhi mengatakan Hadith Hassan Shahih, dan turut diriwayatkan oleh Muslim: Pelindungan daripada keburukan-keburukan syaitan.

Tafsir dan keterangan

(قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلهِ النَّاسِ) iaitu katakanlah wahai rasul, pohonlah perlindungan daripada Allah murabbi kepada manusia, yang member penjagaan dan pemeliharaan kepada mereka, yang menciptakan mereka, yang mentadbir segala perkara dan menambahbaik segala urusan mereka, yang pada-Nya kekuasaan mutlak, penguasa yang Maha perkasa, dan Dia-lah al-ilaah yang selayaknya disembah oleh manusia dan kata nama al-ilaah adalah khusus kepada Allah; tiada sekutu pada-Nya akan suatupun.

Dan disebutkan akan tiga sifat-sifat Allah: Ar-rububiyyah, al-mulk, al-uluhiyyah; maka Dia-lah Rabb ke atas segala sesuatu, raja ke atas segala sesuatu 

Rabu, 25 Disember 2013

HANYA SI MISKIN YANG FAHAMI ERTI LAPAR


HANYA SI MISKIN YANG FAHAM ERTI LAPAR

Ketika awal perkhidmatan saya di sebuah IPTS dulu, ada beberapa pelajar yang yang tidak membayar yuran pengajian beberapa semester (sekalipun yuran IPTS tersebut antara yang terendah di Malaysia)ز

Satu perbincangan telah dibuat untuk melihat perkara ini. Pelajar-pelajar tersebut telah dipanggil untuk mengetahui masalah mereka.
Antara alasan mereka ialah tidak mampu kerana latar belakang keluarga yang miskin.

Bila diberi cadangan, bolehkan membayar secara bulanan dengan kadar RM50 sahaja? Ada yang memberi kesanggupan dan ada yang berdiam diri dan memberi alasan yang sama - tidak mampu.

RM50 sebulan pun tak mampu?

Selepas itu, satu lawatan secara rahsia telah dibuat ke rumah pelajar-pelajar berkenaan di kampung mereka.

Sebahagian dari mereka adalah amat miskin, rumah yang kecil, mandi air telaga, adik beradik yang ramai, ayah yang bekerja kampung yang secara pasti tidak mampu untuk menjelaskan yuran pengajian mereka.

Saya jadi terdiam..

Moral : bercakap, berceramah motivasi tentang kenaikan kos hidup dan rasionalisasinya memang mudah tapi yakinlah orang yang tidak pernah kehabisan makanan tidak akan faham erti kelaparan.
مَن لم يذق طعم الجوعِ لا يعرف حقيقة الجوع

https://www.facebook.com/muhammadlukman.ibrahim/posts/548159965275267

Isnin, 16 Disember 2013

Soneta Tercekik (2013)


SONETA TERCEKIK


Makin berkarat taring kuasa
mencengkam erat rakyat jelata;
jikalau tol mahal dirasa,
gunakan saja jalan biasa!


Terkenang zaman Jepun menjajah
tiada sabun, gosok tuala,
dan jika beras melambung juga
makanlah ubikayu semula.


“Kami dengar, kami prihatin”
tertampal di sebanyak dinding,
usahlah susah, janganlah rungsing,
kami simbahkan sebanyak Brim!


Sumber Brim pun amatlah mudah
dikeruk dari sakumu juga.
Hutang negara merayap naik,
itulah nikmat paling baik!


Orang percaya kita berhutang,
rakyat nanti sedia bayarkan.
Dari Sabah sampai ke Perlis,
tidak usah bimbang kita muflis.


Ingatlah segala-gala ini
hingga ke pilihanraya nanti.
Fikirlah waktu membuang undi
supaya tidak tercekik lagi!



Oleh: A. Samad Said (Disember 2013)


Ahad, 15 Disember 2013

Bulan-bulan dalam Taqwim Islam: Tips bahasa Arab

SALAM, how is it going bro?!

LEVEL: BEGINNER


Sumber foto: internet

Hari ini kita bincang bahasa Arab berkenaan bulan-bulan dalam Kalendar Islam. Umum mengetahui, bahawa bulan-bulan yang kita biasa dengar iaitu:

Muharram, Sofar, Rabi'ul awwal, Rabi'ul Aakhir, Jumaadal Uula, Jumaadal Aakhirah, Rojab, Sya'ban, Romadhan, Syawwal, Dzul Qa'dah, Dzul Hijjah. 1

Cuma, perhatikan bahawa sengaja saya tulis bulan-bulan tersebut yang mungkin lain dari kebiasaan kita,

Muharam, safar, rabiul awal, rabiul akhir, jamadil awal, jamadil akhir, rejab, sya'ban, ramadan, syawal, zulkaedah, dan zulhijjah. 2

Well, one might said, “Does it matters?”

Ada bezakah? Apa signifikannya?

Bezanya, 1 → menunjukkan seseorang itu belajar bahasa Arab, advanced, cool dan 2 adalah sebaliknya dan kurang cool. Kerana bila kita sebut bulan-bulan atau apa sahaja dengan makhraj arab yang betul, baru 'ruh' Islam itu sampai semasa kita mengungkapkannya. Dan, semua pasti tahu kan, bahawa bahasa Arab, kalau berubah sedikitpun hatta baris sekalipun, ia dapat mengubah keseluruhan maknanya, apatah lagi berubahnya huruf (yang dikeranakan makhraj yang tidak betul!)

Contohnya kalau kita baca surah al-fatihah (rukun solat!) Ayat yang kedua, transliterasi: 'Alhamdulillah hi rabbil 'alamiin.' kalimah 'alamiin adalah bermula dengan huruf 'ain. Makhraj 'ain itu kena jelas seolah-olah orang utara sebut ayaq (air). Jika dibaca dengan makhraj 'alif' atau alamiin sahaja, ia tidak lagi membawa makna 'sekalian alam' tetapi berubah maknanya kepada 'segala penyakit'! Lihatlah bagaimana berubah sesuatu kalimah hanya kerana makhraj dapat memesongkan makna seluruh ayat!

1:2

Tafsiran yang salah: alhamdulillah hi rabbil alamiin (segala puji bagi Allah tuhan segala penyakit)! Naudzubillah hi min dzaalik. Itu pentingnya, sebagai orang Islam, perlu melengkapkan diri dengan mempelajari Bahasa Arab, dan praktikkannya dalam kehidupan harian.

So, let's move out.

#KAEDAH 1: ISIM (KATA NAMA) MESTILAH BERAKHIR DENGAN TANWIN BERBARIS DEPAN ATAU DIMULAI DENGAN ALIF LAM

مُحَرَّمٌ - muharramun/ muharram (ok, satu soalan. Kenapa huruf mim tanwin baris depan, kenapa tidak muharraman ke, muharramin ke. Jawapannya, kerana ia adalah isim. Isim atau kata nama, hukum asalnya adalah tanwin baris depan (dhommah).

صَفَرٌ - sofarun/ sofar - ok. standard. tanwin baris depan sebab isim. Isim=kata nama/noun. Tiada masalah.

رَبِيعٌ الأَوَّلُ - robiul awwal (ok. Kita tahu rabiu'n itu isim. Kenapa awwal itu pula baris depan? Kenapa tak rabi'u al-awwali ke atau rabi'u al-awwala ke. Jawapannya, kerana awwal itu adalah sifat atau adjektif. Jadi hukum asal sifat atau adjektif, dia mengikut kalimah yang disifatkannya, dalam kes ini, rabi'un. Tanwin berbaris dhommah. Maka, al-awwalu turut berbaris dhommah.)

Baik, seterusnya,

جُمَادَى الأُولَى – Jumadal Uula. 

(Erk. Bukan jamadil awwal ke selalu kita dengar?) 

Rileks dulu. Nak bagitahulah ni, satu-satu ya. 

#KAEDAH 2: HUKUM UMUM BAGI ISIM MUANNATH ADALAH MEMILIKI TA' MARBUTHAH, TETAPI TERDAPAT SYARAT LAIN YANG MENUNJUKKAN MUANNATH IAITU ALIF MAQSURAH (huruf ya tanpa titik ى)

Jika kita guna Jumaada جُمَادَى kita kena guna الأُولَى al-uula dan tak boleh guna al-awwal seperti dalam Robi'ul awwal. Sebab? Sebab, bentuk kalimah جُمَادَى dikategorikan sebagai muannath مؤنث (feminin). (soalan, eh bukan muannath ni yang hujung dia ta' marbuthah ke?) Betul. Tapi tak semestinya tiada ta marbuthah, bukan muannath, ada beberapa ciri lain yang memberi signal sesuatu isim itu muannath. Dan, awwal adalah untuk mudhakkar مذكر. Kalau form permulaanya muannath, yang mengikutnya mestilah juga muannath kan? Selain
ة marbuthah, ada tanda lain menunjukkan muannath iaitu antaranya alif maqsurah atau yang kita tengok sebagai huruf ya tanpa titik: ى

"Nak guna awwal الأَوَّل jugak! Uula tak cool!"

Kalau nak guna awwal, so, kena guna bentuk jamadi bukan jumaada. Ringkasnya,

Femininمؤنث form: جُمَادَى الأُولَى (jumaada uulaa)
Masculine مذكر form: جَمَادِ الأَوَّل (jamadil awwal)

Boleh saja, nak guna mana-manapun, asalkan form yang kita guna itu betul, barulah cool.
So far, get it? Alhamdulillah.  

Next...

Begitu juga halnya dengan jamadil aakhir. Yang manakah kalimah yang tepat dan betul menurut lunas undang-undang bahasa Arab?

Femininمؤنث form: جُمَادَى الآخِرَة (jumaada al-aakhirah)
Masculine مذكر form: جَمَادِ الآخِر (jamadil aakhir)

Pernahkan, semasa kita solat tarawih, ada di surau-surau atau masjid yang mana menggunakan kata-kata ini selang raka'at (ini bukan perbincangan fiqh ya, cuma bahasa arab),

"خليفة اوَْل" abu bakr al-siddiq...Radhiallahuanhu. Ma'mum menjawab.
kalau bilal itu sebut خليفة اولى "khalifatul uula", haa...bilal itu kena pergi kursus bahasa Arab. Kita dengar memang lah macam betul, bahasa arab...tapi kita orang yang dah ada ilmu, kita kena ada standard lah kan?

رَجَبٌ - Rojabun/Rojab - Ok. Standard. Cuma yang kurang best, orang kita selalu sebut 'rejab'. Betulkan. Rojab. Arab sikit.

شَعْبَانُ و رَمَضَانُ - Sya'baanu dan Ramadhaanu. - Dua bulan ini special. Sebab hujungnya TIDAK boleh tanwin seperti isim lain atau bulan lain macam Rojab atau Muharram. Maka, tiadalah bunyi seperti sya'baanun atau ramadhaanun.  Ia sedemikian kerana dua kalimah ini dikategorikan sebagai ممنوع من الصرف (pengecualian dari sorof). Haa...ini kes advanced sedikit. Untuk yang baru berjinak-jinak, kita tahu yang ni cukup dah. 

Next....

شَوَّالٌ - syawwalun/syawwal. Ok, standard.

ذُوالقَعْدَةِ وَ ذُوالحِجَّةِ - dzulqa'dati dan dzulhijjati. 'dzu' bermaksud 'mempunyai', dan ia bukanlah sifat/adjektif makanya, ia tidak berbaris dhommah.  


Wallahuta'ala 'alam, cukup sekadar itu dahulu,  akan dikemaskinikan insya-Allah.


Dicatat pada,
16 Disember 2013
12 Sofar 1435 H
Malaysia

Soalan? Cadangan? Komen?
sila email: ibadurrahman89@gmail.com

Khamis, 12 Disember 2013

The Great News

THE GREAT NEWS

Concerning what are they disputing?
Concerning the Great News.
About which they cannot agree.
Verily, they shall soon to know!
Verily, verily they shall soon to know!

Have We not made the earth as wide expanse?
And the mountains as pegs?
And created you in pairs,
And made your sleep for rest,
And made the night as covering,
And made the day as a means of subsistence?
And built over you the seven firmaments,
And place a light of Splendour?
And do we not send down from the clouds water in abundance,
That We may produce therewith corn and vegetables,
And gardens of luxurious growth?

Verily, the Day of Sorting Out is a thing appointed-
The Day that the Trumpet shall be sounded, and you shall come to forth in crowds,
And the heavens shall be opened as if they were a mirage
Truly Hell is a place of ambush-
For the transgressors a place of destination,
They will dwell therein for ages.
Nothing cool shall they taste therein, nor any drink,
Save a boiling fluid and a fluid, dark, murky, intensely cold-
A fitting recompense 
For that they used not to fear any account,
But they treated Our Signs as false,
And all things have We preserved record.
So taste you; for no increase shall We grant you, except in Punishment!

Verily for the Righteous there will be a fulfilment of desires,
Gardens enclosed, and Grapevines,
Companions of equal age,
And a cup of full (to the Brim)
No Vanity shall they hear therein, nor Untruth.
Recompense from your Lord, a Gift, sufficient-
From the Lord of the Heavens and Earth, and all between-Most Gracious none shall have power to argue with Him.

The Day that the Spirit and the angles will stand forth in ranks, none shall speak except any who is permitted by Most Gracious, and He will say what is right.
That Day will be the sure Reality: therefore, whoso will, let him take a straight return to his Lord!

Verily, We have WARNED you a Penalty near-The Day when man will see which his hands have sent forth and the unbeliever will say,
"Woe unto me! Would that I were dust!"







Bahasa Melayu version -> Bahasa Version 078


Vocabulary 

Expanse - luas/ bentangan
Pegs - pasak
Subsistence - penghidupan
Firmaments - cakerawala/ langit
Murky - keruh
Recompense - pembalasan
Brim - muncung cawan / menjadi penuh sekali

Rabu, 11 Disember 2013

080. Surah 'Abasa: Tafsir Bahasa Melayu

Buka playlist. Play. Go through the meaning. Simpan. Muhasabah. Sediakan bekalan kita untuk kesana...

080
42 Ayat
Makkiyyah
(Yang Bermasam Muka)



Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

[1] Dia berwajah masam dan berpaling,
[2] Kerana seorang buta telah datang kepadanya
[3] Dan tahukah engkau barangkali dia ingin menyucikan dirinya?
[4] atau dia mendapatkan pengajaran, yang memberi manfaat kepadanya?
[5] adapun orang yang merasa dirinya serba cukup
[6] maka engkau memberi perhatian kepadanya,
[7] padahal tidak ada atasmu kalau dia tidak menyucikan diri
[8] dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera
[9] sedang dia takut,
[10] engkau malah, mengabaikannya,
[11] Sekali-kali jangan! Sungguh, itu suatu peringatan,

[12] maka barangsiapa menghendaki, tentulah dia akan memerhatikannya,
[13] di dalam kitab-kitab yang dimuliakan
[14] yang ditinggikan dan disucikan
[15] di tangan para utusan
[16] yang mulia lagi berbakti

[17] Celakalah manusia! Alangkah kufurnya dia!
[18] Dari apakah Dia menciptakannya?
[19] Dari setitis mani, Dia menciptakannya lalu menentukannya
[20] Kemudian jalannya dia mudahkan
[21] Kemudian Dia mematikannya lalu menguburkannya
[22] kemudian, jika Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali

[23] Sekali-kali jangan! Dia itu belum melaksanakan apa yang Dia perintahkan kepadanya
[24] Maka hendaklah manusia itu memerhatikan makanannya,
[25] Kamilah yang telah mencurahkan air melimpah
[26] Kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya
[27] lalu di sana Kami tumbuhkan biji-bijian
[28] dan anggur dan sayur-sayuran
[29] dan zaitun dan pohon kurma
[30] dan kebun-kebun rindang
[31] dan buah-buahan serta rumput rampai
[32] untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakanmu



[33] Maka apabila datang suara yang memekakkan
[34] pada hari itu manusia lari dari saudaranya
[35] dan dari ibu dan bapanya
[36] dan dari isteri dan anak-anaknya


Gambar hiasan
[37] setiap orang dari mereka pada hari itu mempunyai urusan yang menyibukkan
[38] pada hari itu ada wajah-wajah yang berseri-seri
[39] tertawa dan gembira ria

[40] dan pada hari itu ada wajah-wajah yang tertutup debu
[41] tertutup oleh kegelapan
[42] mereka itulah orang-orang kafir yang derhaka

Disyorkan oleh penganjur (bacaan Syaikh Al-Afaasi versi awal): http://www.youtube.com/watch?v=1AS7dM6EGjg
(right click to open new tab)

079. Surah An-Nazi'at: Tafsir Bahasa Melayu

Buka playlist. Play. Go through the meaning. Simpan. Muhasabah. Sediakan bekalan kita untuk kesana...

079
46 Ayat
Makkiyyah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

[1] Demi yang mencabut dengan keras,
[2] Demi yang mencabut dengan lembut.
[3] Demi yang turun dari langit dengan cepat
[4] dan yang mendahului dengan kencang
[5] dan mengatur urusan (dunia)

[6] pada hari yang ketika tiupan pertama menggoncangkan alam
[7] itu diiringi oleh tiupan kedua.
[8] Hati manusia pada waktu itu merasa sangat takut
[9] pandangannya tunduk
[10] berkata, "Apakah kita benar-benar akan dikembalikan kepada kehidupan semula?"
[11] "Apakah apabila kita telah menjadi tulang belulang yang hancur?"
[12] Mereka berkata, "Kalau demikian, itu adalah suatu pengembalian yang merugikan."
[13] Maka pengembalian itu hanyalah dengan sekali tiupan sahaja
[14] Maka seketika itu mereka hidup kembali di bumi (yang baru)

[15] Sudahkah sampai kepadamu kisah Musa?
[16] Ketika Tuhan memanggilnya di lembah suci iaitu Lembah Tuwa;
[17] pergilah engkau kepada Fir'aun! Sesungguhnya dia telah melampaui batas
[18] Maka katakanlah, "Adakah keinginanmu untuk membersihkan diri?"
[19] dan engkau akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar engkau takut kepada-Nya?
[20] Lalu memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar.
[21] Tetapi dia mendustakan dan menderhakai.
[22] Kemudian dia berpaling seraya berusaha menentang Musa
[23] Kemudian dia mengumpulkan lalu berseru,
[24] berkata, "Akulah tuhanmu yang paling tinggi."
[25] Maka Allah menghukumnya dengan azab di akhirat dan siksaan di dunia
[26] Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang takut

[27] Apakah penciptaan kamu lebih hebat ataukah langit yang telah dibangun-Nya?
[28] Dia telah meninggikan bangunannya lalu menyempurnakannya
[29] dan Dia menjadikan malamnya, dan menjadikan siangnya
[30] Dan setelah itu bumi di hamparkan-Nya
[31] Darinya Dia pancarkan mata air, dan tumbuh-tumbuhan
[32] Dan gunung-gunung dia pancangkan dengan teguh
[33] untuk kesenanganmu dan untuk haiwan-haiwan ternakmu.

[34] Maka apabila malapetaka besar telah datang
[35] iaitu pada hari manusia teringat akan apa yang telah dikerjakannya
[36] dan neraka diperlihatkan dengan jelas kepada setiap yang meilhat

[37] Maka adapun orang yang melampaui batas,
[38] dan lebih mengutamakan kehidupan dunia,
[39] maka sungguh, nerakalah tempat tinggalnya

[40] dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran tuhannya dan menahan diri dari hawa nafsunya,
[41] maka sungguh, syurgalah tempat tinggal

[42] Mereka bertanya kepadamu tentang hari kiamat, "Bilakah terjadinya?"
[43] Untuk apa engkau perlu menyebutkannya?
[44] Kepada Tuhanmulah kesudahannya
[45] Engkau hanyalah pemberi peringatan bagi sesiapa yang takut kepadanya
[46] pada hari ketika mereka melihat hari kiamat itu mereka merasa seakan-akan hanya (sebentar sahaja) tinggal (di dunia) pada waktu petang atau pagi hari.




Disyorkan, bacaan Syaikh Shuraim: http://www.youtube.com/watch?v=D3_YV6O3SCE

078. Surah An-Naba': Tafsir Bahasa Melayu

078
40 Ayat
Makkiyyah


Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

[1] Tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?
[2] Tentang berita yang besar
[3] yang dalam hal itu mereka berselisih
[4] Tidak! Kelak mereka akan mengetahui
[5] Sekali lagi tidak! Kelak mereka akan mengetahui.
[6] Bukankah Kami telah menjadikan bumi sebagai hamparan?
[7] dan gunung-gunung sebagai pasak?
[8] dan Kami menciptakan kamu berpasang-pasangan?
[9] dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirahat
[10] dan Kami menjadikan malam sebagai pakaian



[11] dan Kami menjadikan siang untuk mencari penghidupan
[12] dan Kami membangun di atas kamu tujuh (langit) yang kukuh
[13] dan Kami menjadikan pelita yang terang-benderang
[14] dan Kami turunkan air dari awan, air hujan yang tercurah dengan hebatnya
[15] untuk Kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tanam-tanaman
[16] dan kebun-kebun yang rindang
[17] Sungguh, hari keputusan adalah suatu yang telah ditetapkan.
[18] (iaitu) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, lalu kamu datang berbondong-bondong
[19] dan langitpun dibuka, maka terdapatlah beberapa pintu
[20] dan gunung-ganang pun dijalankan sehingga menjadi fatamorgana



[21] Sungguh, Jahannam itu tempat mengintai (bagi penjaga yang mengawasi isi neraka)
[22] menjadi tempat kembali orang-orang yang melampaui batas
[23] mereka tinggal di sana dalam masa yang lama,
[24] mereka tidak merasakan kesejukan di dalamnya, tidak (pula mendapat) minuman
[25] selain air yang mendidih dan nanah
[26] sebagai pembalasan yang setimpal
[27] Sesungguhnya dahulu mereka tidak pernah mengharapkan perhitungan
[28] dan mereka benar-benar mendustakan ayat-ayat Kami.
[29] Dan segala sesuatu telah kami catat dalam suatu kitab
[30] Maka kerana itu, rasakanlah! Maka tidak ada yang kami tambahkan kepadamu selain Azab.



[31] Sungguh, orang yang bertaqwa mendapat kemenangan
[32] (iaitu) kebun-kebun dan buah anggur
[33] dan gadis-gadis montok yang sebaya,
[34] dan gelas-gelas yang penuh (berisi minuman),
[35] di sana mereka tidak mendengar percakapan yang sia-sia mahupun dusta
[36] Sebagai balasan dan pemberian yang cukup banyak dari Tuhanmu,
[37] Tuhan (yang memelihara) langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Yang Maha Pengasih, mereka tidak mampu berbicara dengan Dia
[38] Pada hari ketika ruh dan para malaikat berdiri bersaf-saf, mereka tidak berkata-kata, kecuali siapa yang diberi izin oleh Tuhan Yang Maha Pengasih dan dia hanya mengatakan yang benar
[39] Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barangsiapa menghendaki, nescaya dia menempuh jalan kembali kepada Tuhannya.
[40] Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kepadamu (orang kafir) azab yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata, "Alangkah baiknya seandainya dahulu aku menjadi tanah."