Rabu, 4 Disember 2013

C PROGRAMMING

PENGENALAN KEPADA PENGATURCARAAN C (C PROGRAMMING)



Bahasa C diambil daripada ALGOL iaitu bahasa pengaturcaraan pertama menggunakan struktur blok. Pada 1960-an, ALGOL diguna secara meluas di negara-negara Eropah. Sebelum C, telah ada bahasa lain yang dibangunkan, antaranya pada tahun 1967, Martin Richards membangunkan BCPL (Basic Combined Programming Language), yang mempunya acess secara terus kepada memori. Pada tahu 1970, Ken Thompson membangunkan bahasa B. B merupakan versi pertama UNIX (sebuah sistem operasi komputer yang juga dibagunkan oleh Dennis ). Dengan mengambil konsep ALGOL, BCPL, dan C, Dennis Ritchie membangunkan C pada tahun 1972. 

Antara ciri-ciri dan kelebihan bahasa C:
  • bahasa yang mantap (robust) 
  • Paling popular
  • bahasa peringkat tinggi
  • bersaiz kecil - 32 katakunci (mudah dipelajari)
  • sangat sesuai dengan program berstruktur, C membolehkan pengguna untuk memikirkan masalah dalam modul/fungsi di mana pengumpulan kesemua modul itu dapat dijadikan sebuah program yang lengkap. Mudah untuk di'debug', pengujian dan dipelihara
  • tidak seperti PASCAL, ia menyokong 'loose typing', karakter yang boleh dianggap integer dan sebaliknya
  • bahasa yang stabil
  • bahasa yang pantas
  • menyokong pengaturcaraan peringkat rendah (bitwise)
  • menyokong 'pointers' untuk merujuk memori komputer, array, structures dan function
  • C adalah bahasa teras banyak bahasa lain, C++, Java, Perl
  • C adalah serbaguna
  • C boleh dipanjangkan
  • Bahasa kedua terbaik selepas bahasa pilihan pertama, selalunya ramai pengguna memilih C

Tiada ulasan:

Catat Ulasan