Isnin, 2 Disember 2013

Tentang Ahlan wa Sahlan

Mari Belajar Bahasa Arab bersama-sama!

Prologue 

Jika ada peluang untuk belajar bahasa Arab, rebutlah ia, kerana sesungguhnya tidak rugi bahkan menguntungkan kita mempelajari bahasa jannah ini. Insya-Allah, ibadah-ibadah kita akan lebih bermakna, bertambah khusyu' serta penghayatan kerana setiap lafaz-lafaz yang kita laksanakan kita sudah memahaminya. Lebih-lebih apabila imam membacakan surah-surah, maka alangkah baiknya jika kita faham, sesungguhnya ayat-ayat al-qur'anlah yang dapat memberi ketenangan jiwa kepada kita. 

Surah Ar-Ra'du: 28
Sebagai pengenalan, saya ingin mengongsikan sedikit sebanyak apa yang saya pelajari dalam kelas bahasa Arab, mungkin sekali dapat menambah minat sesiapa juga untuk mempelajarinya, mudah-mudahan. Kita semua belajar, dan belajar memanglah banyak cabarannya. Dan Allah sudah menjanjikan sesiapa yang memudahkan jalannya menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalannya ke syurga. Begitu juga Allah mengangkat darjat orang yang diberikannya ilmu. 

Insya-Allah!

Apabila kita sebut tentang bahasa Arab, kemungkinan besar ramai akan terfikir bahasa al-qur'an dan sebagainya, dan mungkin juga perkataan yang kita biasa dengar adalah 'Ahlan wa sahlan'.

Banyak juga rancangan-rancangan televisyen seperti al-hijrah memulakan pengacaraan dengan 'Ahlan wa sahlan'. Sebagai muqadimah, suatu persoalan yang mungkin boleh kita fikirkan, iaitu apakah maksud sebenar kata Ahlan wa sahlan ini, selain yang kita fahami sebagai 'Selamat datang'?

Perkataan 'Ahlan' itu asalnya dari 'al-ahl' yang bermaksud 'keluarga' dan 'seseorang yang ahli'. Contohnya ahlil bait, ahli zikr, ahli ilm dan sebagainya. Manakala 'Sahlan' berasal dari 'sahlun' bermaksud 'mudah' atau 'senang'. Jadi gabunngannya, Ahlan wa sahlan = Keluarga dan senang. Baik, apa hikmahnya?

Ahlan wa Sahlan! 

'Keluarga' adalah kerana apabila menyebut ahlan, bermakna orang yang menyambut kita itu seolah-olah menjadikan kita ahli keluarganya, dan sahlan bermakna masuklah dan bersenang-senanglah; dan sebab itu kadang-kadang orang Arab berpelukan erat mesra seolah-olah keluarga sendiri apabila menyambut tetamu dengan ahlan wa sahlan. Begitulah indahnya bahasa Arab. 

{وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ} [البقرة: 216]}

Bermaksud:  "dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

bersama dengan suatu kata hikmah yang masyhur;

العلم بلا عمل كاالشجربلاثمر


"Ilmu tanpa amal samalah seperti pohon yang tiada berbuah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan