Nak share sedikit tadabbur surah at-takaathur, liqo' malam tadi, pertemuan yang sangat ringkas, surah yang ditadabbur pun ringkas, tetapi makna tetap dalam. tetap menggetarkan jiwa-jiwa yang beriman. (kalau tak bergetar, better search for bugs dan debug balik. hoho) naqib yang 'senasib' dengan saya pun memulakan bicara, "perbetulkanlah niat kita, niatkan kerana Allah, semoga dengan pertemuan ini dapat memberikan kita kesedaran, lebih-lebih lagi kita yang tanam anggur ini, masa yang terluang sebegini, besar sekali kemungkinan untuk kita melakukan perkara yang sia-sia, yang menjauhkan kita dari Allah". Dengar sambil tersenyum. Senyum sang penganggur. senyum, telan air liur. haha.
Apa-pun, surah at-takasur, merupakan surah makkiyyah agak pendek, tapi kependekkan itu sangat tak mengurangkan 'bisa' nya dalam membina jiwa kita. Bahkan pendeknya surah ini menambahkan lagi sebenarnya, kekaguman, kepada kita betapa mahabijaksananya Allah, dan betapa kemukjizatan al-qur'an itu sendiri, membawa mesej penting, dalam bentuk ringkas dan padat. umpama file movie yang telah di WinRAR kan.
At-takathur. Berlumba-lumba.Berlumba-lumbanya manusia. Kathiir, artinya banyak. siapa lagi banyak. siapa lagi banyak?Bermegah-megahnya manusia.Kita tengok kancil buruk, (kita naek BMW). pandang kancil: ( --)Kita dengar orang sembang pasal ilmu yang kita mahir, dengaq lain macam, pandang: ( --)Dengaq orang maen counter strike, pakai pisau. kita dalam hati: ( --){selingan saje ni}Megah dengan harta yang dikumpulnya, ilmu yang dimilikinya, kekuatan yang ada padanya, mereka berlumba-lumba.Sehinggalah masuk kubur; barulah berhenti 'perlumbaan' mereka -hatta zurtumul maqaabir.
lataraunnal jahim! (akan kamu saksikan neraka jahannam) atas (apa yang kamu megahkan) summa lataraunnahaa 'ainal yaqiin! (kamu akan melihatnya dengan mata kepala kamu sendiri!) summa latus alunna yaumaizin 'aninna'iim!
So, don't be boastful about anything you have or achieve now.
ada lebih, infakkan. banyak saudara-saudara kita memerlukan.
ada ilmu, ajarkan. Allah ta'ala mengangkat darjat orang yang diberi ilmu. (mujadilah ayat 11)
Wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan