Isnin, 2 Disember 2013

Pengenalan kepada Bahasa Pengaturcaraan (Programming)

Bahasa Pengaturcaraan

Katakunci: | Bahasa pengaturcaraan | syntax | bahasa peringkat tinggi | bahasa peringkat rendah | bahasa mesin Keywords: | Programming language | syntax | High-level language | low-level language | machine language


Suatu bahasa pengaturcaraan adalah suatu bahasa yang direkabentuk khusus untuk menzahirkan bentuk pengiraan yang dijalankan menggunakan komputer. Bahasa pengaturcaraan adalah digunakan untuk menghasilkan sesuatu program yang mengawal kelakuan sesuatu sistem, atau menjalankan algoritma atau juga sebagai satu mod perhubungan sesama manusia.

"Asas kepada komputer bukanlah bahasa pengaturcaraan, tetapi algoritma."

Samalah seperti bahasa manusia, bahawa 'programming language' adalah bahasa komputer; turut memiliki perbendaharaan katanya yang tersendiri, 'syntax' dan 'semantics' bagi mengarahkan sebuah komputer supaya menjalankan sesuatu tugasan. Terma 'programming language' biasanya merujuk kepada bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti BASIC, C, C++, COBOL, FORTRAN, Ada, PASCAL, dan banyak lagi. Setiap satu bahasa ini memiliki set katakunci yang tersendiri dan syntax khas untuk menyusun atur program. 

Seperti bahasa pertuturan manusia, bahasa pengaturcaraan turut mempunyai nahu atau tatabahasanya. Jika tidak disusun dengan betul, komputer tidak dapat memproses arahan-arahan, dan program tidak berjaya dilaksanakan dengan sempurna.

Bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi adalah mudah bagi manusia untuk dibaca dan difahami, akan tetapi komputer sebenarnya hanya memahami bahasa- dipanggil bahasa mesin (machine language) yang terdiri daripada digit-digit. Setiap unit pemproses pusat (CPU) yang berlainan memiliki bahasa mesinnya yang tersendiri. 

Diantara kedua-dua bahasa mesin dan bahasa peringkat tinggi, terdapat satu lagi jenis bahasa yang dikenal sebagai 'assembly language' atau bahasa pemasangan. Bahasa ini sama seperti bahasa mesin, tetapi ianya lebih mudah untuk diprogramkan kerana ia membenarkan programmer untuk menggantikan nama dengan digit (nombor). 

Bahasa perinkat tinggi: High-level language
Bahasa mesin: Machine language 
Bahasa peringkat rendah: Low-level language/ assembly language

Akan tetapi, apa-apa bahasa sekalipun yang ditulis oleh programmer mestilah ditukar kepada bahasa mesin supaya komputer dapat memahaminya. Terdapat dua cara untuk menterjemahkan bahasa pengaturcaraan kepada bahasa mesin; iaitu 'compiling' atau 'interpreting'. 

"Apakah bahasa pengaturcaraan yang sesuai?"

Bagi menjawab persoalan diatas, ia sangatlah amat baik untuk mengambilkira faktor-faktor ini:
  • Jenis komputer yang akan melaksanakan program
  • Jenis program
  • Kepakaran atau kehandalan programmer itu sendiri 
Sebagai contoh:

FORTRAN: bahasa yang paling baik untuk memproses data bernombor (numerical), tetapi sangat kurang baik untuk program yang besar.

PASCAL: sesuai untuk program yang mudah dibaca dan berstruktur, tetapi tidak fleksible seperti C.

C++: adalah penambahbaikan C dengan mempunyai ciri berorientasikan-objek, akan tetapi tersangat kompleks dan rumit untuk dipelajari.

Contoh bahasa-bahasa pengaturcaraan -online compiler

Lagi bahasa pengaturcaraan -ideone online compiler

Tiada ulasan:

Catat Ulasan